Sabtu, 20 Februari 2010

February...memang musim orang mengawan, aik ingat kan haiwan jer mengawan.. hehe

Musim mengawan memang semakin menjadi-jadi..hehe... bulan ni saja 7 wedding aku attend.. dari sedara ke kawan baik semua aku pergi. Macam tu jugak baju aku beli sampai 3 pasang bulan ni, ye lah tak kan nak pakai baju yang sama je,benar-benar pancit bulan ni, tapi tak apa yang penting dapat lihat yang tersayang dihari yang bahagia. eceh...
http://emo.huhiho.com

Setiap percintaan mesti diakhiri dengan perkhawinan.. Agak2 bila lah yer time aku lak nak rasa semua ni. Nak tunggu putera raja ker?? ish.. tak boleh, i bukan nyer secantik manohara


atau

Luna.Mungkin sebab hidung ni tak mancung kot, sebab hidung i ni kembang. Adeh. http://emo.huhiho.com. nasib baek chumel...hehe.. Mama dan ayah jenis yang sangat sporting.Penah sekali ayah bersuara,menda ni tahun lepas punya cerita.
"ayah tengok along ni asyik dok rumah je cuti-cuti ni, tak keluar ker?? tak da bf ker?"

"bukan ke elok along dok umah, tolong mama ke lagipun isnin sampai jumaat keje jer penat r ayah"
(statement tunjuk diri ni baik, padahal teringin tu nak ada bf masa tu, nak wat cm ,mana diri ku ini tak laku dimata lelaki http://emo.huhiho.com)

(see.. ayah aku ni memang sporting kan, penah sekali dua dia kenalkan dak2 lelaki yang bujang dari opis dia, tapi aku ni jer hah yang jual mahal, dengan alasan, tak ada tak advanture kalau ayah dan mama carikan untuk diri sendiri.nak aku yang terpikat dan jatuh cinta sendiri.. baru lah dapat rasa angau, kerinduuan eceh...

http://emo.huhiho.com

Dan mama, consultant yang paling aku sayangi, tak kira lah apa jua masalah atau rahsia.. dia yang aku cari.. ingat dedulu.. masa putus chenta dengan incik boyfie, bila ngadu.. dia yang nangis.. sangat touching masa itu..kena buli dengan kengkawan pun aku beritahu.

Apa yang perlu buat masa ni kerjaya biar dah stabil, kewangan dah kukuh... Tapi yang paling penting persediaan untuk menjadi isteri orang tu kena ada.Insya-Allah doa-doa kan ya.. Sebenar nya malas nak planning lebih-lebih, sebab penah sekali tak jadi, nangis tak terkira.. tu malas nak planning. Tapi bagi aku, bila dah kawin pun, tetap nak kerja juga.. ye lah nanti sapa nak bagi duit kat aku kalau nak gi shopping.. :P

Panjang nyer mukadimah... hehe.. Actually nak cerita pasal wedding kawan baik aku ni, diaorang berdua dulu satu tempat keje dengan aku ni, kat mana lagi.. Telekom. Dulu jugak kami ni dalam satu department kat Vads tapi TM dah beli VADS ngan staff kat situ, macam tu jugak dengan organization semua berubah, rin dan syafiq still in one department ( gov) but aku lak pegang project entreprise...

Tapi diaorang berdua dah tak kje kat sana, rin dapat kat esso mobile dan syafiq lak dapat kat bank muamalat...gud luck guyz...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tanggal 13 Feb 2010 kawan ku syafiq dan rin selamat bernikah dengan dua kali lafaz. Aku lah menitis air mata macam diri sendiri pulak yang kawin, hehe.. Tak sangka kawan yang selalu bersama, gi shopping sesama, gossip bersama akhir nya jadi isteri orang.. lepas ni gelaran pun dah bertukar dari cik ke puan.. shuweet bukan..

macam rin penah cerita, diaorang ni kenal dah hampir 7 tahun.. Alhamdulillah kekal sampai kehari ni..Majlis dia, simple but look nice sangat, dari make up artist,photographer, ke pakaian pengantin, pelamin dan hidangan makan. Sangat sedap okeh.. bagi **** empat bintang.. eceh.. banyak tu..

kat sana tak banyak amik gambar sebab rasa teruja tu dua ari tak habis.. hehe.



< hantaran dari pihak perempuan & lelaki >


< grab kat facebook reen :P >


< tadaaaaa... sangat chumel kan.. >

Nak upload dari kemera digital aku ni, tapi entah mana lah wayar usb aku ni... huhuhu...
yang sangat membuat aku ni sangat lah teruja sebab nyer make up artist si rin ni.. kak Dla. very gorgeous make up dia wat.. aduh, rasa cam tak sabar nak kawin dan ambik dia minta make up aku ni.

nak tengok belog dia sila tekan SINI ada picture reen pas make up...


manakala photographer yang sangat lah hebat, sampai aku ni jadi model tanpa bayaran adalah si wadi .
Gambar aku dia tak bagi lagik ni.. kena tuntut ni.. hahaha..

Sedih sikit.. sebab pas ni tak tahu dapat jumpe bila lagik kan.. ye lah masing-masing dah tak keje tempat sama..
Mish u so badly...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

tak mahu banyak cakap yang aku tahu nanti waktu aku wedding nanti nak banyak fresh follower...hehe...

Agak2 kalau macam ni leh dapat tak..? hehe..


P/S : Kak Dla, Ti waktu wanie kawin nak akak make up kan jugak tau, dan wadi.. nnti aku nak hang amik lagi picture untuk aku ni.. heeee

Jumaat, 19 Februari 2010

nak tengok cerita shah rukh khan tu... tapi tak dapat.. (T__T)


Hari ini..ari sabtu bersamaan 20 feb 2010. Eceh.. ingat kan nak keluar jejalan , window shopping ke tak pun pergi nonton wayang..pagi2 pas solat subuh. Aku dah ada menghadap depan laptop ni tengok website cinema yang "now showing" kat panggung. nak tengok sila tekan SINI

"MY NAME IS KHAN" ???????? wah.. sangat berbesar hati nak tengok citer ni.nak lagi i ni peminat cerite bollywood.. eceh.. tapi tu lah hanyer certain tempat je tayang kan citer ni. Sangat tidak Adil !!!



Tengok survey ya cerita ni lain dari filem hindi yang laen..rating sangat tinggi tu..maybe casting dia dari pelakon yang paling aku minat.Shah rukh khan dan kajol.

Star Rating:
Overall:
Cast:
Plot:
Effects:
Cinematography :

Dasyat kan.tapi kenapa tak ada kat KLCC, MID VaLLEY or TIMES SQUARE .. sangat frust.. http://emo.huhiho.com

Showtimes ResultSat 20 Feb | Sun 21 Feb | 22 | 23 | 24
My Name Is Khan (PG13)
2 Hours 30 Minutes, Hindi
Sat 20 February 2010

CATHAY CINEPLEXES-PRANGIN MALL,PENANG [Cinema Info]
5:15PM 8:15PM 11:15PM 4:15AM

CATHAY CINEPLEXES-CINELEISURE DAMANSARA,PETALING JAYA [Cinema Info]
11:00AM 2:05PM 5:10PM 8:15PM

LOTUS FIVE STAR-MAHKOTA PARADE,MALACCA [Cinema Info]
3:30PM 6:30PM 9:30PM

TGV CINEMAS-SUNWAY PYRAMID,PETALING JAYA [Cinema Info]
11:30AM 2:35PM 5:30PM 8:30PM 11:30PM

TGV CINEMAS-CAPSQUARE,KUALA LUMPUR [Cinema Info]
11:30AM 1:00PM 2:30PM 4:00PM 5:30PM 7:00PM 8:30PM 10:00PM 11:30PM

BIG CINEMAS LOTUS FIVE STARS-KOMPLEKS BUKIT JAMBUL PENANG,PENANG [Cinema Info]
11:45AM 2:45PM 5:45PM 8:45PM 11:45PM

BIG CINEMAS LOTUS FIVE STARS-BREM MALL KEPONG,KUALA LUMPUR [Cinema Info]
12:00PM 3:00PM 6:00PM 9:00PM 9:00PM 12:00AM 12:00AM

BIG CINEMAS LOTUS FIVE STARS-KULIM LANDMARK CENTRAL,KULIM [Cinema Info]
12:15PM 3:15PM 6:15PM 9:15PM 12:15AM


Doa-doa kan semoga tahun ni dapat kete... Doremon.. Sila berikan saya kereta..

Ting !!!!!!!!!!!!!!

hehe.. yolah tu..http://emo.huhiho.com
sekian...

yeaa... dah dapat cermin mata baru

Bukan semua orang mempunyai penglihatan mata yang baik dan sempurna. Terus terang aku katakan yang aku mengalami masalah penglihatan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Kalau tak salah masa tu, usia baru 9 tahun. Makk aii... kecik2 lagi dah pakai cermin mata. Nasib baek rabun jauh.. kalau rabun warna.. tak tahu lah nak kata apa... hikhik

Kalau tak silap setengah tahun aku cuba rahsia kan dari pengetahuan mama ngan ayah.. Akhir nya, masa ayah amik report card kat sekolah. cikgu bagitahu tu yang kena marah ngan ayah.. sob~~ sob~~ http://emo.huhiho.com
Aku siap nangis memberontak tak mo pakai dengan alasan nanti muka nampak cam "mak nenek". leceh lah, tak cantik la.. dan bla~~ bla~~ bla~~.

Akhirnya tewas jugak sebab ayah pasang jerat... okeh... redha.. http://emo.huhiho.com

Apek kedai optical tu kata. 2 faktor utama yang membuat kan mata ni
  1. Baca buku secara malas --> baring (jangan ikut perangai buruk ni)
  2. Tengok TV dekat sangat (kalau boleh dengan aku2 ni nak masuk dalam TV tu )

Tak semua rasa gembira gembira untuk memakai nya, ada gak yang menyatakan akan kelihatan skema, hodoh dan tak menarik. tapi kalau pandai memilih cermin mata yang sesuai akan nampak cantik kan ..http://emo.huhiho.comnak kongsi sikit untuk memilih cermin mata yang padan, menawan dan tertawan dengan mata dan bentuk muka anda... Eceh..

Wajah bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Wajah petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Wajah bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

jelous tul ngan korang muke bujur sebab leh aja padan dengan apa jua (cermin mata, pakai shawls) sebab i muka bulat mulat.. (T__T)

Wajah segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Wajah bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.


< tak leh besar kan gambar.. malu nak tunjuk diri sebenar :P >

Kenapa yaa..tak menurun power kedua belah mata ni, malah makin naik.. padahal totally aku dah buang dah tabiat lama tu.. mungkin penjagaan mata belum cukup sempurna agak nya.. Ayah suh tengok tumbuh-tumbuhan masa bangun pagi2. Adeh.. macam mana, bangun jer.. bukak tingkap nampak kete je memanjang.. maklum lah KL.. http://emo.huhiho.com

Teringin nak pakai contact lense, tapi penakut... mama kata, kalau pakai nanti masa masak kat dapur.. buat nyer terkena percikkan minyak tu cam ne...? kalo pakai spek ada perisai.. hahahah... ada2 je mama aku tu...

tapi bila dah besar ni nak jugak nampak cantik kan..dan try beli...



.
.
.
.
.
.
.



< tadaaaa... dah make over.. :P >

Sungguh tak tipu.. dah genap 2 tahun setengah aku pakai lense.. but pakai pun hanya pergi keje dan jejalan saja... bila kat rumah tetap pakai spek.

baru-baru ni aku pergi wat spek mata baru sebab yang spek lama tu, dah hampir 4 tahun usia nya..memang dah kene buang dah...

Terkejut bila amoi kedai tu cakap power mata aku dah kurang....meh tengok...


Saper cakap, kalau pakai contact lense ni hanya untuk cantik sahaja...see.. dah kurang kerabunan mata ni...

yeaaa.. akhirnye ciap cermin mata. dengan menggunakan tips yang ada tu... akhir nya.. aku pandai pilih cermin mata yang sesuai dengan wajah ni.. chewah..


sapa yang ada silau yang tinggi tu memang kena jaga mata tu...sebab, selalu nyer yang ada silau ni tak digalakkan untuk pakai lense. takut dapat sakit migrain.

p/s : yang sentiasa penting jaga mata tu http://emo.huhiho.com

kenapa Hari Valentine diharam kan

Seram sejuk bila baca surat khabar, menunjukkan peningkatan pembuangan anak yang baru dilahir kan...
Aku dapat e-mail dari member aku tentang kempen yang dilancarkan oleh kerajaan .. moh kita baca cikit...

Kempen Jerat V-Day


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Copy poster dan sebarkan. Print, Fotocopy dan tampal di tempat2 awam...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sejarah Hari Valentine

Asal mula hari Valentine tercipta pada jaman kerajaan Romawi. Menurut adat Romawi, 14 Februari adalah hari untuk menghormati Juno. Ia adalah ratu para dewa dewi Romawi. Rakyat Romawi juga menyebutnya sebagai dewi pernikahan. Di hari berikutnya, 15 Februari mereka merayakan perayaan ‘Feast of Lupercalia.’

Pada masa itu, kehidupan belum seperti sekarang ini, para gadis dilarang berhubungan dengan anak teruna. Pada malam menjelang nya festival Lupercalia berlangsung, nama-nama para gadis ditulis di selembar kertas dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas kaca. Manakala ank teruna harus mengambil satu kertas yang berisikan nama seorang gadis yang akan menjadi pasangan di festival tersebut.

Ada juga diantara pasangan ini akhirnya saling jatuh cinta satu sama lain, bercinta selama beberapa tahun sebelum akhirnya berkawin. Dibawah pemerintahan Kaisar Claudius II, Romawi terlibat dalam peperangan. Claudius yang dikenali sebagai si kejam mengalami kesulitan mengajak pemuda untuk memperkuat bala tenterannya.

Ia yakin bahawa para teruna Romawi enggan masuk tentara karena berat meninggalkan keluarga dan kekasihnya. Akhirnya ia memerintahkan untuk membatalkan semua pernikahan dan pertunangan di Romawi. Saint Valentine yang saat itu menjadi pendeta terkenal di Romawi menolak perintah ini.

Ia bersama Saint Marius secara sembunyi-sembunyi menikahkan para pasangan yang sedang jatuh cinta. Namun aksi mereka diketahui sang kaisar yang segera memerintahkan pengawalnya untuk menyeret dan memenggal pendeta baik hati tersebut.

Ia meninggal tepat pada hari keempat belas di bulan Februari pada tahun 270 Masehi. Saat itu rakyat Romawi telah mengenal Februari sebagai festival Lupercalia, tradisi untuk memuja para dewa. Dalam tradisi ini para teruna diperbolehkan memilih gadis untuk pasangan sehari.

Dan kerana Lupercalia mulai pada pertengahan bulan Februari, para pastor memilih nama Hari Santo Valentinus untuk menggantikan nama perayaan itu. Sejak itu mulailah para teruna memilih gadis yang diinginkannya bertepatan pada hari Valentine.

Valentine dan Sekarang

Di berbagai belahan dunia, orang beramai-ramai mengamini bahwa tanggal 14 Februari adalah hari Velentine. Di Indonesia pun, para warganya turut menyambut gembira datangnya hari kasih sayang ini, meskipun sebenarnya mereka tak tahu pasti mengapa harus ikut merayakan hari tersebut.

Di AS, Miss Esther Howland tercatat sebagai orang pertama yang mengirimkan kartu valentine pertama. Acara Valentine mulai dirayakan besar-besaran semenjak tahun 1800 dan pada perkembangannya, kini acara ini menjadi sebuah ajang bisnis yang menguntungkan.

Perlahan semarak hari kasih sayang ini merebak keluar dan menular pada masyarakat di seluruh dunia dibumbui dengan versi sentimentak tentang makna valentine itu sendiri. Bahkan anak-anak kecil pun tertular dengan wabah ini, mereka saling berkirim kartu dengan teman-temannya di sekolah untuk menunjukkan rasa sayang mereka.

sumber : geocities.com/codotcomplot/aku.htm

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Tetapi bagi umat islam, perayaan hari valentine sangat diharamkan. sebab bakal perayaan hari valentine adalah upacara keagamaan romawi kuno yang penuh dengan paganisme.

Kata Hati : Rasanya tak perlu menunjuk kan kasih sayang terhadap kekasih hati dengan menunggu 14 febuari, hari-hari laen boleh tunjuk kan ape... boleh aja bagi bunga, coklat, hadiah kan...