Tapi..
Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(
"wanie, ko tak ada hati ke nak belajar bawak kete? gaji berkepuk2 pun takkan tak mampu nak belajar/beli kereta kot?? ko tengok "si polan" tu, baru je keja dah mampu beli kete mahal2 ko tu bile lagi wey? ni mesti boros giler kan"
Sentap sey bile tanya macam tu, macam ko cakap dengan tunggul kan, aku pun ada hati wey tak yah laa nak kasar2, kok yer pon gaji aku berkepuk2 takkan aku nak bagi ko ...
Aku tunduk dan berlalu tinggalkan "mereke", malas nak layan pertanyaan yang agak kurang sopan tu. hati panas. sakit. Walau dalam hati ni menjerit-jerit tanda memprotes. kalau ikut kan hati mahu ditunjal kepala sekor-sekor, berlagak memang tak hingat, bila susah.. orang yang selalu dikata ni yang dicari minta bantuan. dasar kurang diajar lah tu.
Tapi..
Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(
"wanie, jom kite benti kerja, kita belajar khusus menjahit, then dah lepas kita try buat pinjaman MARA bukan kedai jahit sendiri. Jom laa.. yelah status keja kontrak ko tu ntah sampai bila ntah, silap2 bile bos ko dapat peganti ko dibuang nyer.."
Ni lagi laa aku sentap. aku tahu niat ko murni kawanku, nak aku ada kerja tetap. ko jangan risau.. bos aku senang dengan kerja aku, tak mungkin aku kekal kerja kontrak apatah lagi mahu dibuangkan kerja. Pasal belajar khusus menjahit,terus terang aku katakan yang aku memang suke menjahit, nak2 lagi sekarang ni ramai peminat felt craft dan aku pun salah satu daripada mereka..bukan aku tak mahu...
Tapi..
Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(
Banyak benda nak aku tulis, tapi deraian air mata ni seolah2 sukar untuk meneruskan taipan demi taipan.
Tak semua perkara tu harus dikongsikan, harus diceritakan mahupun tak dihebahkan demi menjaga hati dan perasaan orang lain.apa yang aku alami itu adalah penderitaan yang kekal dari kecik sampai besar, tak sama seperti "korang", "korang" dan "korang". Setiap inci masih terasa dan terkenang dengan kisah silam.Perit getir biarlah lah aku tanggung, asalkan hati "mereka2" itu puas.
Mungkin suatu hari kelak, pabila mereka tahu kebenaran nya.. biar mereka sendiri akan memahami nya..
Waallahualam.. :'(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan