Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2010

Suka mengarah?? diarah?? terarah atau tak tentu arah??

tarik nafas panjang ~~~
Fuhhh~~~

cute Pictures, Images and Photos

Tak tahu semenjak dua ni asyik nak marah orang jer, haisshhh... nak datang bulan ker apa saya ni... Sila abaikan perasaan anda di luar ok. Baek...

Semalam dapat warning from HR sebab nya saya menggunakan printer dan print out mobile phonebill tanpa kebenaran kata nya. Actually saya nak print out from 21st floor kat department saya, entah macam mana silap setting, tunggu punya tunggu tapi kertas tu tak mahu keluar-keluar.

"Ceh... tak guna punya printer", marah dalam hati
" tak apalah nanti hari rabu baru print out n pass to my boss minta dia sign", tambah saya dalam hati lagi.

Saya terus kemas-kemas barang dan bungkus laptop sebab dapat invitation kena pergi meeting kat telekom tapi entah macam mana berdetap hati ini seolah-olah ada yang tak kena sahaja. kenapa ya.. uhuuhuhu... mungkin perasaan kot malas nak ingat sangat..

Habis meeting awal, saya tak terus balik dekat office Taman Tun tapi terus balik rumah. Balik tu buka laptop kot-kot ada kerja perlu diselesai kan.. but OMG... i got warning from HR person... atas kesalahan menggunakan printer bukan tujuan kerja... Speechless kejap (T__T) orang lain guna boleh i guna tak boleh yaaa.. Merajuk tak mahu dah guna lagi.. Janji~~ (T__T) Okey.Okey cukup . tak sangka kertas tu keluar kat 19 floor... huhuhu... sedey..(T__T)

Just refresh benda yang yang berlaku minggu lepas, meeting yang sepatut nya berjalah pada pukul 3 petang tapi kelewatan atas sebab masing-masing datang lambat. but I tak pernah lewat tau. sebelum timing yang sepatutnya i dah duduk dulu tanpa dipelawa. hikhik... pukul 3:45 pm baru bermula, saya pun tak tahu kenapa masing-masing yang join meeting tu panas baran. adeh... dia suruh dia. dia merngarah dia untuk buat presentation. entah lah. but saya diam saja. tak mahu keruh kan keadaan. tiba-tiba terpacul satu statement dasyat seolah olah mengarah dari mulut salah seorang ni.


"I dah instruct u untuk buat benda ni"
"Sorry ok, I'm not your staff, buat apa i buat kerja yang bukan i yang kene buat" tambah satu suara seakan marah tapi pandang muka saya.

OMG... jangan pandang saya macam tu, bukan saya yang kata menda tu. Balik kang. Just kick off meeting. jangan emo sangat. dah habis masing masing balik okeh. (T__T)

Memang semua orang tak suka diarah. tapi kalau mengarah entah lah...Boss saya selalu cakap.

"wanie u ni baik sangat lah sebab tu semua orang berani buli u.
mengarah u buat kerja sedang kan itu ukan kerja u. "

Diorang kalau menyuruh bukan main lagi "wanie tolong i" wanie buat tu" "wanie buat ni" saya tahu kekadang saya ni terlalu overdose bila buat kerja tak membantah tanpa ambil tahu skop kerja sendiri yang macam mana tapi sekarang tak boleh macam tu. kekadang saya benar-benar tertekan. nampak sangat ada sahaja muka -muka yang nak membuli. Benci sungguh. nasib baik boss saya baik hati tak pernah pun buat macam tak macam tu. orang lain buli staff anda sampai rasa kepala ni dipijak-pijak.. Adeh.

Lepas ini nak jadi garang boleh????? Just tegakkan keadilan pada benda yang benar sahaja.

Rabu, 13 Januari 2010

bungamu kini dipetik orang

Semalam saya dapat kad kahwin dari office mate, siapa ya? mesti lah cik cucimata kita ni, next month dah jadi cik puan dan kan reen tak leh join dengan level cik lagi macam kita ni.. hehe. Saya dengan berkhemah nya ingin bekerja keras untuk menurunkan berat badan ni balik tak mahu berada dalam keadaan yang sama sahaja kan,yelah nak tempah baju untuk pergi wedding tu, mesti kene cun.. bagi semua mata melilau melihat diri ku ini.. hahaha..

Actually, Semalam saya balik seawal 4:30pm dari office disebabkan mendapat panggilan hanggit dari mama dirumah yang berbunyi macam ni.
"along nak balik pukul berapa ni, kata pergi office kejap sahaja, ni dah pukul berapa, tipu yaa"
uwwwaaaaa nak nangis ku rasa bila my mom tuduh saya ni penipu... tahan sahaja bila dengar itu semua
" Kenapa ye mama, along ada kerja nak disiapkan sikit ini, karang along balik, ke mama nak pesan apa-apa?
"tak ada apa.. syirah ni hah asyik sebut nama ko je ni.. bila cakap along pergi kerja dia menangis bagai ayam tercabut ekor "
ish... biar betul statement tu, "bagai ayam tercabut ekor" ganas tul ayat tu hahahaha.. dari riuh rendah kat belakang tu terselit bunyi kucing ku mengiau, kedengaran lagi suara si kenit menangis dan merengek seakan-akan merayu memanggil kakakmu bukan kakakmu ini untuk pulang ke rumah,
"ayong alik.. pat aaaaa "
Tersentap sekejap bila dengar suara halus dia, sumpah hati ini tak sabar untuk pulang, walaupun dia bukan adik saya, tapi saya dah anggap dia antara teman yang paling rapat kalau berada dirumah
"Rin orang nak balik dulu tau..." Tiba-tiba suara saya memecah kedengaran di office
" wanie nak balik dah?? okey.." Tambah Rin
Tanpa berlengah saya pun membuat penghabisan kerja sebelum keluar dari Annexe, dua kali saya ketempat duduk tersebut untuk pasti kan semua barang dibawa keluar tanpa tinggal kan satu pun, lain lah kalau saya tinggalkan jejak kaki ni, mesti berkesan kan, hehehe.. berdetap dalam hati ini, "bila lah aku akan masuk kat office ni lagi kan, ye lah Rin this week last kerja kat sini, mungkin selepas ini agak sukar kaki ku melangkah ke sini lagi" Sebak sekejap tapi still kontrol muka ni kalau tak hilang chumel nya, hahahaha.. ngada-ngada jap :P

Tapi, ini bukan cerita yang ingin saya sampaikan, kalau bab melalut sangat cepat dari mendapat kan informasi dari internet. hehe..panjang sungguh kalau mukadimah nya,

Berbalik pada cerita asal, sesampai nya saya di lif, saya pun menekan butang untuk turun ke tingkat bawah, tiba-tiba kalut sekejap handphone tak ada dekat tangan ni. Lantas saya turun kan beg laptop ini tanpa menyedari yang pintu lif dah lama terbuka, cepat-cepat saya masuk.
"Ting" bunyi loceng lif tu apabila sampai ke tingkat 14, Seorang lelaki bertubuh tegap memasuki diruang lif ini, muka nya kemerahan hendak dikata sedang marah, entah ah tak mahu ambil tau wajah nya menampak kan sedang resah, orang nya biasa sahaja tapi tinggi, berkulit cerah usia anggaran lingkungan 20an tapi tidak menarik perhatian pandangan mata ni untuk melihat lebih lama. hahaha jahat betul mata ni, hanya memilih kecantikkan duniawi sahaja untuk melihat kan.. hyaipp apalah wanie ni...
tersentak saya bila lelaki itu tiba-tiba bersuara
"Awak nak turun mana, kenapa tak tekan butang, karang sampai malam pun tak kan sampai"
Sekali lagi saya dah buat salah sebab lif tu tak bergerak, sambil cakap dalam hati
"Eh mamat ni perli aku pulak" kata saya dalam hati
"ha'ah kan lupa pula, patut tak nampak color merah kat G ni" kata saya sambil memandang wajah dia
saya nampak dia tersenyum sambil tunduk memnadang lantai lif itu, Saya terdengar dia tersedu. Mulut saya ni pula gatal nak bertanya.
"kenapa awak menangis? kena marah dengan boss ya?? ala.. biasa lah tu kan kalau tak berkenan dihati boss akan kena marah" tanya saya dengan panjang nya.
"Bukan pasal tu.. " Jawab nya
"dah tu kenapa" tanya ku seakan mendesak
"Makwe saya nak kahwin dengan lelaki lain, ni kad kahwin nya" jawab nya sambil menunjuk sekeping kad kawin berwarna peach di hadapan saya.
Saya hanya melihat dari jauh tanpa memegang nya..nampak dia macam menahan kesedihan lalu dia menyambung lagi ayat dia
"kami dah 3 tahun bercinta, sampai hati dia buat macam ni kat saya, dia minta putus dengan mudah atas alasan kami tak lagi sehaluan.. rupa-rupa nya.."
dia tak dapat menahan kesedihan dan kebetulan pula kami dah tiba di tempat yang mutlak, tapi saya nak lagi tahu cerita.
"kad ni pun saya dapat dari kawan baik dia.. saya benci sungguh perempuan, maaf yer awak saya ada hal ni, maaf cerita kan benda ni" tambah dia meninggal kan saya terpinga keseorangan
Dah tu saya ni bukan perempuan ke?? don't simply cakap macam tu, tak semua perempuan sedemikan rupa, yang lelaki pun lebih kurang apa... Muka kita ini tak dapat di ubah tapi hati tu cukup senang berubah,kalau ada yang lebih didepan mata yang lama dibuang begitu sahaja.Sedangkan yang sudah kahwin pun boleh bercerai ini kan pula yang belum mendirikan rumah tangga kan.kalau dilihat sekarang tak mustahil perempuan zaman ini lebih melihat pada kebendaan, sebab bagi mereka tanpa wang cinta tu tak ada makna, lain lah kalau dahulu,"Susah sama susah senang sama senang " sekarang kiasan itu semua hanya lah sekadar omongan biasa. Dah biasa dengar cerita bercinta dengan orang lain, berkasih dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin pun dengan orang lain kan, tapi saya ini tak termasuk dalam golongan itu yaaa...

Buat jejaka lif tu, Sabar ya.. bukan dia jodoh awak, kalau awak kejar dia sampai mati pun kalau dihati dia ada nama lelaki lain pun tak guna bukan..Anggap lah semua yang berlaku itu ada hikmah nya semoga berjumpa yang lebih baik dan sempurna dari gadis itu......

Ahad, 27 Disember 2009

Ayong.. nak.."please.. please.. please..."


Hari ini, nak buka story tentang "budak kenit yang nakal". Pada pagi yang sepatutnya nyaman dan tenang, saya akan berasa sangat tenteram dan berbahagia, tapi hari semalam lain pula jadi nya, pagi-pagi jiwa dah kacau, sebab dikacau bilaukan oleh budak kenit yang paling dikehendaki ni, hehe.. Dah lah saya sepatutnya kene buat SOP ni, tapi semua kerja terbantut disebabkan c kenit syirah ni yang mengacau saya.. "aduh kakak kechik, pening pala ayong ari ni kakak". Paling membuatkan saya hot , bengang,bengkak dan pening mouse untuk laptop saya diambil nya dah diganti pula dengan pensel kontot yang saya berikan.. mana tak hot hati ni. Bila digertak mula lah nak lari lintang pukang ke arah mama saya dan buat muka seposen sambil menangis seolah-olah kita yang buat salah dengan dia, dan mama akan marah saya sebab buat dia menangis..aiiisyy...terkena i ni balik erk..

Mula-mula tu dia mahu jugak dengar cakap, tapi mouse kita ni juga jadi bahan permainan dia, very the noughty gurl budak ini,

"kalau di"zoom" mesti nampak perkataan dia buat, orang suh tulis

A,B,C dia ganti ngan conteng-contengan"


"dah malas nak buat, di goncang-goncang kertas tu.."

" uissh.. tak senunuh lah kakak ni duduk.. "

walaupun dia bukan adik kandung saya,tapi kami memang akrab macam kawan baik, gaya dan pertuturan nya seolah-olah seperti dia orang dewasa.. cayaaa laaa syirah, hehe... kan semua orang tahu yang dia ni memang pantang tengok kemera, hehe.. mesti nak snap picture..haissshhh... kalau tengok handphone ni, mengalah kan gambar saya sahaja,





aduhai... perasan lawa lah tu, ish2 tak pandai yang kecik yer, buat watak macam dewasa pula.. hahaha.. tapi chumel macam ayong kan.. kan .. kan...

kalau dulu, c kenit ni memang minat benar nyanyi lagu berunsur rancak, contoh macam lagu "boom boom pow" ganas kan , hahaaha siap gelek lagi, dashyat tul dak ni, hehe... pertama kali untuk hari ini.. sibuk je ganggu saya buat keje, tarik-tarik baju dan merengek-rengek.. issshh ngada betul budak kenit ni, saya dengan selamba nya jawab

"akak nak apa ni, along ada kerja ni kakak, nak buat kerja yang senang pun makan
masa berejam, akak nak apa" dia dengan buat muka
yang comel pandang muka saya


"ayong.. nak please, please please...cepat aaa"mula -mula wat macam confident..
bila kita tak paham, dia nak nangis

"aikk... menda nya adik...tak paham ayong??"

mama pun menyampuk, "dia nak lagu "jangan nakal" lah tu..."
jawab mama seakan nak marah

Salah saya ke sebab tak memahami bahasa budak kechik??? punya lah berkerut dahi saya ni, memikir kan benda pa yang dia nak kan tu, hehe.. kaco orang jee kann Sabar je laaaaaa

Isnin, 21 Disember 2009

Sorry to All..

Sorry Myspace Comments

semalam.. hari yang memenatkan aku...sebab mentelaah kerja sampai larut malam. kalau boleh aku tak mahu menyusah kan orang disebab kan kerja aku sendiri. if i know everything i can do it by own... but i'm still in learning proses, sorry too my bos, siva yang terpaksa aku ganggu nye walaupun bukan office hour dan semalam pun dia ada upacara kematian makcik nya.. sanggup bersabar dengan kerenah aku,sorry siva .. dan ganesh pulak, officemate, yang terpaksa menangguh kan waktu untuk balik awal.. semata2 teman aku, dan alasan aku nk ajar dia, tapi.. sebenarnya.. aku perlu kan teman untuk tolong aku buat migration..huhu.. sorry ganesh coz take your time.. bukan tak mahu ajak mai, hana, atau devaki.. tapi.. masing2 ada kerja yang nk dibuatkan..huhu.punya lah penah semalam dari pagi bawak ke petang dan dari petang bawa ke malam, bayang kan habis je buat kat office aku sambung balik buat kat rumah,dah lah jauh aku datang, dari rawang ke TTDI yang mengambil masa 2 jam setiap perjalan pergi dan balik, bukan mengeluh tapi beritahu tau.. huhuhu.. semalam pergi kerja pun sebab aku nak minta autograph dari siva.. eh2 bukan signature lah, dia bukan artis .. hehe, yelah.. untuk aku nye claim ni,n then tak balik sebb stay untuk migration ptg tu jadualnye pulak lepas office hour, customer janji kul 5:30, tuptup ubah planning pukul 6 pulak.. adeh, rugi masa je kan..
(T_T)

En Faizul aku nya PM untuk project KPJ pun sanggup turun padang dengan fse, sama2 try settle kan issues arise masa migration,kesian kat dia terpaksa standby sampai lewat malam, dan aku pulak.. kul 9:30 dah cabut balik umah... huhuhu.. sorry to en faizul.. SFC team pon standby jugak, hampir bergaduh aku ngan bala, sebab dia tak sabar2 nak balik, memang patut pun dia nak balik awal, sebab OT form yang aku isi, sampai kul 8mlm shaja tapi terlebih schedule pulak sampai pukul 10:30 baru dia balik , tapi sebenar nya diorang tak boleh balik selagi tak settle kerja diaorg... sorry to you and your team, really appreciate your cooperation and patient during migration last night.. kita kawan kan.. ok.. (T___T)Sorry Myspace Comments

Memang malang nasib aku semalam, laptop wat perangai pulak, merajuk agak nyer, mana tak nya,on kan dia dari pagi sampai malam. Kalau lah dia hidup mesti dah meraung penat, panas, sampai nak termuntah agaknya ,huhuhuhu... sorry laptop, hanya kau peneman aku semalam even tugas mu tak dapat diselesaikan sepenuh nya, tapi aku puas hati menggunakan engkau selama setahun setengah tau,siva cakap semalam, dia akan request kan aku ngan laptop baru .. dah laptop ni cam ne ??? akan dipulang kan balik.. uuwaaa sedih nya, tak dapat jumpa dia lagi pas ni.

sorry kat rin gak, sapaa dia??? kawan officemate aku yang paling rapat kat office, pejam celik, pejam celik dah dekat setahun lebih kami kenal.. kenapa nak minta maaf??? bukan per, dia nanti nak tender sebab got another job yang lagi bagus untuk masa depan dia.. rin, sorry kalau orang de wat salah n silap selama setahun ni.. nanti kite tak leh selalu jumpa cam biasa kan, tak leh gossip2 gak lagi kan.. hehe... rindu pulak nanti.. huhu (T___T)

dan yang terakhir pada yang amat ku kenali, aku wat salah kali ni, tak pernah aku merajuk sampai tak angkat panggilan dan balas sms beliau.. mula2 aku geram n marah, tapi sekarang dah cool.. janji tak kan garang2 lagi..
Sorry Myspace Comments

Pape pon kita semua kawan kan... sekali lagi minta maaf kat korang semua......................

Khamis, 5 November 2009

Keje Aku Di Pagi hari..

Hujan...hujun... lebat tul pgi tdi..
nasib baik laa aku dah sampai awal kt opis ari ni... sekurg2 nyer.. bju ni tk basah...
dari jauh.. dh nmpk bangunan tmpt aku kje.. tesergam indah...hehe..cntik kn...


hahaha... dak2 pmpuan tu tk nmpk aku ambik pic diorg mse ngah jln... eh2... semcm jer...
sume warne pink jer ni... mcm ada jnji pulak.. hehe..aku jer pkai bju color lain...aku ni nk kate rajin tk de r .. tpi nk wat cm ne kn KL nye jln sentiasa jem.. terpkse r kne gi keje awal..huhu...


ermmm.. KOSONG!!!!! tu yg aku dapt katekn pas masuk opis.. tk de org dtg kje lgi... ye laaa seawal 7:50pg.. mmg tkde saper pon kt sini .. :P
check2 ... dulu.. sume ada tk??kasut baru?? hahaha... jgn jelouss..aku bru beli kt KL sentral tau .. tpi kmarin r kira bru r tu.. saje jer nk tunjuk,..hahaha :P


bukak laptop jer terus tgk FB ngan blog... hehe.. nk jdi kn sbgai rutin harian dulu.. n then bru aku bkk e-mail.. ("pee r ko ni wanie... pemals bkn nk buat kje.. pepagi lgi dah on9 bnda lain.. hahaha.. ")
lantak laaa.. bkn ada org pon.. aku nk tgk pape pon leh... :P alaaa relaxx r beb.. lgpon... mmg bln ni aku nyer project tak se'bz' dulu.. klo dulu lain r... pepagi dah berlmbk2 e-mail.. n kje kne wat... mmg busaannn...

haaa.. ari ni aku bawak bekal tau.. nk thu aku bawak per??


tadaaaaa... hehe.. nasi lemak.... chopp2... sorry yer geng.. nmpk jer nasi lemak.. tpi tu nasi putih bersambal kn nasi lemak tau..jdi kolestraol tk de r tggi... hehe

aku mkn dulu... korang pon jgn lupe mkn k... (^____^)

Pagi Yang Kecoh..???

selmat pgi sume....ermmm.... mse ni.. korang msti tdo lgi kn.. aku pepgi dah bgun... yer r ... bju nk gi kje pon tk gosok2 lagi... huhu..per aku buat seawal 5:30 pgi ni???? haaa ... aku bru pas mndi ni... wangi dah ni...
biasa r .. name WANIE kene r WANGI... ( dasyat tul statement akuu ni...) :P
aduh2.. nk pki bju per yaa
habis aku terabur kn bju dari almari,.. tk thu nk pkai bju warne per.. mmg BUNTU...
alaaaa... dah kms dah pon... jgn ingt aku ni pmalas k...

Last2 aku teringat bju yang aku beli pas meeting kt TM ari selasa lepas.. hehe... ok2.. pkai bju ni jer laa..
aduh.. pgi2 lgi... mood mkcik aku tk baik..knp yer ngan mkcik aku?? datang bln ker?? opsss... tk de r.. semlm k jer aku tgk... oooo .. bru aku thu..anak dia wat perangai rupe nyer... puas dikjut 10 kli... jawapn nyer "OK ORG BGUN LAH NI.." tapi tk gak..bgun2 pon.. last2 kene piat dek telinga tu... haaa jgn slh kn kakak wanie...tadi daah gerakkn tau... huhuhu.. korang dendam ngan aku.. tk mo aku blnje aiskrim untuk korang... :(

Smbil tggu bang subuh yg bakal mnjelma... bkk jap FACEBOOK ...emm.. aku nk tgk keadaan restoran aku ni cm ne.. hahaha.. nasib baik mknn yg di masak tk basi.. klo tak wat hbis duit jer.. nk beli menu bru...haii... tgk r... aku ni mjude2 dah ada restoran sendiri...
siap ada 2 lagi.. jgn jelous.. :P

yea2.. today is friday...
last day b'4 cuti... nk gi mne r yer.. sok..?? tkper2.. nnt buat planning... (^_^)

akhir nyer siap pon aku ber'make up ... ni r hasil nyaa.. hahaha...


Mak cik ckp..."wanie.. ko ni nk gi kje ker dating ni.. bkn main bju kau ngan make up ko tu..."
aku pon dgn bangga nyer ckp laaa... "alaaaa acik nomi.. wanie kn mmg gini... "
aper aku kesah.. yg pnting niat tu nk gi kje tau.. huhu...

k laaa nk gi kje ni.. nanti smbung lgi...
tataaaaaa (^______^)