Jumaat, 19 Februari 2010

yeaa... dah dapat cermin mata baru

Bukan semua orang mempunyai penglihatan mata yang baik dan sempurna. Terus terang aku katakan yang aku mengalami masalah penglihatan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Kalau tak salah masa tu, usia baru 9 tahun. Makk aii... kecik2 lagi dah pakai cermin mata. Nasib baek rabun jauh.. kalau rabun warna.. tak tahu lah nak kata apa... hikhik

Kalau tak silap setengah tahun aku cuba rahsia kan dari pengetahuan mama ngan ayah.. Akhir nya, masa ayah amik report card kat sekolah. cikgu bagitahu tu yang kena marah ngan ayah.. sob~~ sob~~ http://emo.huhiho.com
Aku siap nangis memberontak tak mo pakai dengan alasan nanti muka nampak cam "mak nenek". leceh lah, tak cantik la.. dan bla~~ bla~~ bla~~.

Akhirnya tewas jugak sebab ayah pasang jerat... okeh... redha.. http://emo.huhiho.com

Apek kedai optical tu kata. 2 faktor utama yang membuat kan mata ni
  1. Baca buku secara malas --> baring (jangan ikut perangai buruk ni)
  2. Tengok TV dekat sangat (kalau boleh dengan aku2 ni nak masuk dalam TV tu )

Tak semua rasa gembira gembira untuk memakai nya, ada gak yang menyatakan akan kelihatan skema, hodoh dan tak menarik. tapi kalau pandai memilih cermin mata yang sesuai akan nampak cantik kan ..http://emo.huhiho.comnak kongsi sikit untuk memilih cermin mata yang padan, menawan dan tertawan dengan mata dan bentuk muka anda... Eceh..

Wajah bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Wajah petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Wajah bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

jelous tul ngan korang muke bujur sebab leh aja padan dengan apa jua (cermin mata, pakai shawls) sebab i muka bulat mulat.. (T__T)

Wajah segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Wajah bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.


< tak leh besar kan gambar.. malu nak tunjuk diri sebenar :P >

Kenapa yaa..tak menurun power kedua belah mata ni, malah makin naik.. padahal totally aku dah buang dah tabiat lama tu.. mungkin penjagaan mata belum cukup sempurna agak nya.. Ayah suh tengok tumbuh-tumbuhan masa bangun pagi2. Adeh.. macam mana, bangun jer.. bukak tingkap nampak kete je memanjang.. maklum lah KL.. http://emo.huhiho.com

Teringin nak pakai contact lense, tapi penakut... mama kata, kalau pakai nanti masa masak kat dapur.. buat nyer terkena percikkan minyak tu cam ne...? kalo pakai spek ada perisai.. hahahah... ada2 je mama aku tu...

tapi bila dah besar ni nak jugak nampak cantik kan..dan try beli...



.
.
.
.
.
.
.



< tadaaaa... dah make over.. :P >

Sungguh tak tipu.. dah genap 2 tahun setengah aku pakai lense.. but pakai pun hanya pergi keje dan jejalan saja... bila kat rumah tetap pakai spek.

baru-baru ni aku pergi wat spek mata baru sebab yang spek lama tu, dah hampir 4 tahun usia nya..memang dah kene buang dah...

Terkejut bila amoi kedai tu cakap power mata aku dah kurang....meh tengok...


Saper cakap, kalau pakai contact lense ni hanya untuk cantik sahaja...see.. dah kurang kerabunan mata ni...

yeaaa.. akhirnye ciap cermin mata. dengan menggunakan tips yang ada tu... akhir nya.. aku pandai pilih cermin mata yang sesuai dengan wajah ni.. chewah..


sapa yang ada silau yang tinggi tu memang kena jaga mata tu...sebab, selalu nyer yang ada silau ni tak digalakkan untuk pakai lense. takut dapat sakit migrain.

p/s : yang sentiasa penting jaga mata tu http://emo.huhiho.com

kenapa Hari Valentine diharam kan

Seram sejuk bila baca surat khabar, menunjukkan peningkatan pembuangan anak yang baru dilahir kan...
Aku dapat e-mail dari member aku tentang kempen yang dilancarkan oleh kerajaan .. moh kita baca cikit...

Kempen Jerat V-Day


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Copy poster dan sebarkan. Print, Fotocopy dan tampal di tempat2 awam...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sejarah Hari Valentine

Asal mula hari Valentine tercipta pada jaman kerajaan Romawi. Menurut adat Romawi, 14 Februari adalah hari untuk menghormati Juno. Ia adalah ratu para dewa dewi Romawi. Rakyat Romawi juga menyebutnya sebagai dewi pernikahan. Di hari berikutnya, 15 Februari mereka merayakan perayaan ‘Feast of Lupercalia.’

Pada masa itu, kehidupan belum seperti sekarang ini, para gadis dilarang berhubungan dengan anak teruna. Pada malam menjelang nya festival Lupercalia berlangsung, nama-nama para gadis ditulis di selembar kertas dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas kaca. Manakala ank teruna harus mengambil satu kertas yang berisikan nama seorang gadis yang akan menjadi pasangan di festival tersebut.

Ada juga diantara pasangan ini akhirnya saling jatuh cinta satu sama lain, bercinta selama beberapa tahun sebelum akhirnya berkawin. Dibawah pemerintahan Kaisar Claudius II, Romawi terlibat dalam peperangan. Claudius yang dikenali sebagai si kejam mengalami kesulitan mengajak pemuda untuk memperkuat bala tenterannya.

Ia yakin bahawa para teruna Romawi enggan masuk tentara karena berat meninggalkan keluarga dan kekasihnya. Akhirnya ia memerintahkan untuk membatalkan semua pernikahan dan pertunangan di Romawi. Saint Valentine yang saat itu menjadi pendeta terkenal di Romawi menolak perintah ini.

Ia bersama Saint Marius secara sembunyi-sembunyi menikahkan para pasangan yang sedang jatuh cinta. Namun aksi mereka diketahui sang kaisar yang segera memerintahkan pengawalnya untuk menyeret dan memenggal pendeta baik hati tersebut.

Ia meninggal tepat pada hari keempat belas di bulan Februari pada tahun 270 Masehi. Saat itu rakyat Romawi telah mengenal Februari sebagai festival Lupercalia, tradisi untuk memuja para dewa. Dalam tradisi ini para teruna diperbolehkan memilih gadis untuk pasangan sehari.

Dan kerana Lupercalia mulai pada pertengahan bulan Februari, para pastor memilih nama Hari Santo Valentinus untuk menggantikan nama perayaan itu. Sejak itu mulailah para teruna memilih gadis yang diinginkannya bertepatan pada hari Valentine.

Valentine dan Sekarang

Di berbagai belahan dunia, orang beramai-ramai mengamini bahwa tanggal 14 Februari adalah hari Velentine. Di Indonesia pun, para warganya turut menyambut gembira datangnya hari kasih sayang ini, meskipun sebenarnya mereka tak tahu pasti mengapa harus ikut merayakan hari tersebut.

Di AS, Miss Esther Howland tercatat sebagai orang pertama yang mengirimkan kartu valentine pertama. Acara Valentine mulai dirayakan besar-besaran semenjak tahun 1800 dan pada perkembangannya, kini acara ini menjadi sebuah ajang bisnis yang menguntungkan.

Perlahan semarak hari kasih sayang ini merebak keluar dan menular pada masyarakat di seluruh dunia dibumbui dengan versi sentimentak tentang makna valentine itu sendiri. Bahkan anak-anak kecil pun tertular dengan wabah ini, mereka saling berkirim kartu dengan teman-temannya di sekolah untuk menunjukkan rasa sayang mereka.

sumber : geocities.com/codotcomplot/aku.htm

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Tetapi bagi umat islam, perayaan hari valentine sangat diharamkan. sebab bakal perayaan hari valentine adalah upacara keagamaan romawi kuno yang penuh dengan paganisme.

Kata Hati : Rasanya tak perlu menunjuk kan kasih sayang terhadap kekasih hati dengan menunggu 14 febuari, hari-hari laen boleh tunjuk kan ape... boleh aja bagi bunga, coklat, hadiah kan...

Khamis, 11 Februari 2010

Jejalan cuci mata dan shopping

disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu ~~~

Syahdu nya lagu ni kan... hmmm....
Actually hari ni aku tak pergi kerja terpaksa ambil EL (Emergency Leave) diatas sebab-sebab tertentu.
Semalam nya, rumah jiran kena rompak, yang mengerikan suami isteri kena tetak..
Mama cakap.. sebelah kaki hampir putus.. Aduh ngeri betul.

Okeh.Okeh...
Bila dah dapat gaji, yang mesti dan wajib dibuat adalah SHOP-PING. hehe..
tapi.. terus terang aku kata kan, kalau gi shopping, aku mesti nak pergi sorang-sorang...
Sebab aku ini, kalau memilih barang memang lama,
tak sampai hati buat kan yang meneman ni menunggu dan bosan..

Dah lama tak pergi Chowkit.. Cuci-cuci mata ni, tengok barang-barang murah...
Aku ni sederhana orang nya.. jarang beli barangan branded.. Maklum lah... tak kaya :P
Chow kit salah satu tempat favourite aku, selain SOGO, Jaya Jasco sebab nya tak jauh dari rawang tu... nak compare dengan tampat lain. adeh... jenuh nak pergi... (T__T)

Puas pusing-pusing kat chow kit tu..
Mak Aiii.... semua barang dah naik harga.. tak macam dulu..
kopak aku kalau nak beli ... huhuhu....
terkubur perasaan nak beli tudung-tudung .. too expensive... (T__T)
Tiba-tiba.. mata tertumpu kat PLAZA GM.. mungkin nama nya tak popular macam KAMDAR dan MAYDIN..
Apa yang pasti, tempat ini juga jual barangan secara borong...

Sungguh tak tipu .. aku berkenan .. nak-nak pulak aksesori wanita, dari rantai (yang panjang tu, gadis bertudung pun molek memakai nya), ke gelang tangan, cincin.. handbeg, payung botol, dan macam-macam lah..

dalam banyak-banyak tu.. mata aku tertumpu pada benda-benda chomel...
entah berapa kali aku pusing kat tempat yang sama...
Aduh.. tak leh jadi ni... iman tak kuat.. kena beli jugak...
hahaahaa...
nak tahu kedai apanya...



kan tak tipu memang chomel kan barang ni... in English "CARTOON PIN" .. tapi dia datang sekali dengan pelbagai bentuk serta corak.. ada jugak untuk dijadikan penyepit baju, sepit rambut serta megnet... aduh.. memang terliur aku tengok... hahaha...
Pe lagi.. belek-belek dan grab lah.. hahaha... tak tak curi okeh.. berbayar habis lagi...
memang murah.. yalah beli borong kenalah beli dengan banyak baru dapat murah..
Nak tahu harga nya, kena datang sana ye kengkawan.. (^__^)

okeh.. dah puas hati...
ni yang saya beli... Kalau tak salah ada 40 bijik kesemua nya...
hahahaa memang tamak kan.. :P


comel bukan. mesti nak pink banyak dari warna yang lain.. :P
buat kengkawan office... i'll give you... don't worry ok...

Sebenar nya, niat asal pergi chowkit tu .. nak beli baju kurung untuk pakai masa kenduri kawan nanti,
Entah macam mana menyimpang pergi beli benda laen..

Baju kurung tu dah ku gantung kat almari.. nanti masa pergi kenduri baru leh snap gambar.. hehe..



Cukup teruja tengok tudung Fareeda kat pasaran.. Nanti cukup bulan nak beli banyak-banyak...
Tak lupa.... Cantik kan (^__^)

Rabu, 10 Februari 2010

February...

Lama benar rasa nya tak update blog. mungkin sebab betul-betul kehilangan idea untuk dijadikan bahan cerita.

February...
Kini engkau datang lagi..
yaaa.. bulan ini adalah bulan penuh dengan kasih sayang...
eceh.. Tak, tak... sebenarnya bulan dua ni bulan kelahiran diri sendiri?
apa lagi kalau bukan hari berbahagia untuk si zodiak aquarius.
18/Feb/1987 ( tu tarikh yang tak penah aku lupa.. ye lah.. hari untuk mengumpul hadiah :P )

Mungkin sebab tu, tukar mood untuk lagi kat blog ini..
Santai.. dan penuh bunga-bunga cinta.. eceh...
Tak banyak perkara nak dikongsi kan..sebab muke tumbuh jerawat.. huhu... (T__T)

Berkemas.. itu memang hobi saya.. tak boleh langsung tengok bilik sendiri ni bersepah..
memang mulut akan jadi bertih padi.. hahaha...
tahulah kan bila berkongsi bilik dengan adik.. paham-paham lah...
kalau dia yang buat sepah.. saya pun termasuk juga.. :P


Masa mengemas tu..tiba-tiba terpandang buku diari usang terselelit dibelakang rak-rak buku..
aku capai...anggaran dah 5 atau 6 tahun usia buku ini..
dibelek-belek sehelai demi sehelai... seingat aku... sejak habis SPM aku mula menulis diari sebagai peneman aku
ada cerita lucu, sedih, geram termasuk jugak cinta...
terdapat beberapa keping gambar juga.. yang menunjuk kan yang dulu aku punyai insan yang amat aku cintai..
ooo tidak... berderai air mata ni bila baca yang mengguris kan hati ni...

terselit juga.. duit RM5 dan 50sen, plastik gula-gula, tiket wayang serta surat cinta dan puisi ..
yang pasti.. barang-barang yang ada tu.. semua nyer ada cerita disebalik dalam kamus hidupku..

"CERITA LAMA...." desus hati kecil ku...

Eceh... ter'over jap.. :P
Nak buat mood romantika sebentar...
Ayat ni di ambil dari buku diari masa zaman saya mude2 dulu... hehe...
tak ingat copy dari mana yang tahu... tersirat seribu erti bagi yang menghayati...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Holding_hands_by_homarte-1.jpg Lovely image by MrHenryVanity

Love... Cinta.. Pyaar...aiyni..Amor..

Cinta itu banyak pengertian nya..
bagi yang mendalami..
Cinta adalah kawan sejati
yang telah mengenali kita dengan sebaik-baik nya
yakni sifat serta sikap baik dan buruk kita..

Setiap yang dilaku kan biarlah jujur,
kerana kejujuran itu adalah penting di dalam sebuah persahabatan..
Sebab, tanpa kejujuran hidup akan senantiasa menjadi bahan mainan orang.

Oleh itu, jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya...
kerana... keelokkan paras dapat menyesatkan ..
jadi tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum..
kerana hanya senyuman dapat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah...

Perlu kita ingat sesuatu perkara...
JIKA seseorang itu hadir dalam hidup kita
dan menjadi sebahagian daripada hidup kita..
TETAPI atas sebab tertentu dia terpaksa pergi..
JANGANLAH terlalu sedih.. TERIMALAH kenyataan itu
dan kita kena ingat... sekurang kurang nya dia pernah membahagia kan kita...

Perlu kita ingat sesuatu juga...
APABILA sinar baru hadir dalam kehidupan baru kita...
jangan sesekali cuba biarkan DIA berlalu pergi...
kerana jika DIA pergi tetapi bertandang kembali..
JANGAN berharap ianya datang pada kita semula..

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Aku tutup buku diari ini..dan perlu buang buku ini.. sebab tak ada makna lagi bagi aku
rasa sampailah masa untuk aku lupakan segala kisah silam pada cinta yang tak kesampaian...
memang sukar untuk kita lupakan sesuatu yang pernah hadir dalam hidup kita..
nak lgi lupakan pada perkara yang pernah membuatkan diri kita bahagia, tersenyum, menangis, marah.. kerana CINTA itu buta..

yang penting benda yang telah berlalu pergi... biarkanlah..
JANGAN NANGIS......
ingat pada diri ini.. mungkin ada hikmah disebalik nya...
kalau kita nangis dan dapat putarkan balik pada masa silam tak mengapa...
tapi.. kalau nangis dan tak ada kesan pun tak guna juga bukan... (T__T)


" LOVE is a special feeling that can't be explained..
it's different to everyone...
But I believe if really love someone
You will die for it..."

outloveisperfect.jpg Lake image by Solitude_de_La

" Ya-Allah... KAU temui kan lah aku jodoh yang tak lupa pada pegangan agama nya, solat nya, ibu bapa nya..adik beradik nya.. sahabat nya serta kerjaya nya.. "

" Jika yang hadir kini adalah milik aku... ku mohon pada mu satukan lah kami disuatu hari.. kerana hambamu ingin benar mengecapi bahagia sebagaimana setiap insan mengingin kan nya.... Aminnnn... "

Saya sedey okeh !!! (T___T)

Kata Hati : " Semua cinta tiada penghujung nya...tetapi cinta kepada yang maha ESA adalah segalanya " (T__T)

Ahad, 31 Januari 2010

lagu cinta pemes masa zaman remaja .. :P

Jarang sekali kite dengar kalau cinta pertama itu berakhir dengan perkahwinan. tapi jika ada.. tahniah diucapkan sebab korang jumpa yang benar-benar terbaek dalam hidup korang. Flash back maza zaman budak-budak dulu.. bila ingatkan balik mesti mencuitkan hati bukan.. hehe. Aku pun tak terkecuali bercinta mahupun jatuh cinta..seawal tingkatan 5 tu.eceh... :P notty kan. bukan nak belajar sungguh-sungguh untuk SPM :P tapi tu semua cerita lama, akhir nya putus ditengah jalan maklum lah kan "cinta monyet" huhuu (T__T)

teringat balik lagu jiwang yang pemes2 lewat 90-an dan awal 2000 . Aku ini suka lagu-lagu rock kapak dedulu... tak salah dulu, group artis remaja memang menjadi kegilaan budak-budak sekolah pada waktu itu, dan aku pun diantara mereka gak :P . contoh nya, Newboyz, Antz, Q-face, Boboy dan lelain lgik. Agak-agak kan cam mana lah diaorang sekarang?? saya ni minat benor dengan syuk dari group Newboyz tu... hikhik tapi dedulu lah... :P

Moh lah tengok balik lagu pemes diorang diwaktu kegemilangan masing-masing. Eceh...





Aku kureng cikit kempulan gitu tapi kalau aku lagu cinta cinton yang paling aku minat dulu.. ni hah.. X factor dan
britney spears...




Kata hati : dah besar rupanya aku ni.. hehe...

Khamis, 28 Januari 2010

kucing ku, Si Niner sudah tua.

Genap dah sebulan usia kucing-kucing aku kat rumah ni. Actually mama da tak mo dah kucing berada kat rumah ni. Korank paham kan tak lama lagik bile masing2 akan membesar. Akan ada lah yang akan wat taik lak kat umah ni.. huhu (T___T) dan aku akan ada keje baru iaitu jadi cleaner yang membersih kan najis2 ni… hiihi… tapi apa leh wat bile dah sayang kan tak kisah r… nanti kita ajar lah diaorang biyak n kencing kat tanah :P

Kalao korang nak tahu, baby meowww ni ada 7 ekor kesemua nya, 3 ekor datang dari “mama niner” dan 4 ekor lagik datang dari “nini”. Nini ni anak niner, baru usia 7 bln tapi ah “diperkosa “ oleh kucing jantan hitam jiran sebelah umah aku tu. Kejam bukanSebab sebelum nini di’mengandungkan” aku nampak 2,3 kali kucing sebelah heret nini keluar dari umah kiteorang. Bila masa aku nak halang saja. Ayah lak tak bagi. Dia kata biarkan lah kucing tu mengawan. Huhuhu. Tak baik tul. Sebab nini kecik benar waktu tu.

Tapi sekarang . ada 6 ekor saja yang tinggal. Mana lagik sekor. Okeh.Okeh nak story sikit

Kenapa ya ibu kucing akan bawak anak2 nya lari, an kalau boleh bawa larik kat tempat gelap even aku dah bagi tempat tinggal yang empuk untuk diaorang?????

Satu malam tu, masa adik bongsu aku (irfan) tidur, si niner ni gongong sekor-sekor anak dan cucu nye kebilik adik aku tu. Dia letakkan kan kt atas katil adik aku. Korang tahu lah kan budak-budak ni tidur memang teramat lah ganas nya. Entah macam mana, adik aku tidur entah macam mana posisi. Terhimpap anak kucing tu. Adik aku leh bantai tidur lena sampai lah dia sedar esok pagi yang tengok kecik tu tak sedar kan diri.

Aku nangis wey.. yelah kalau aku tak salah kucing tu baru 4 hari lahir. Dah mati. meraung adik aku. Mana ta nya, yang mati tu lah yang dia paling sayang, sebab lagil chumel antara yang lain. Huhu (T__T). kesian kat kucing tu. Tak sempat aku bubuh nama dan “kau pergi jua” speechless kejap. (T_T)

Apa pun yang lain ini akan aku jaga sebaik mungkin. Yang tak besh nye 6 ekor yang tinggal ni semua betina . jangan beritahu mama aku okeh. Karang dengan sangkar-sangkar ni dia minta kami bagi orang., sebab mama tak suka kucing.

Si niner, kucing pertama kami, kini dia dah berusia 2 tahun, sudah tua kan. bermakna kalu calculate umur dia dah 24 tahun . Mak aiii... hah tua dah kam0 yer yayang.

umur kucing

kucing aku ni tak ada lah segebu macam kucing-kucing kat bawah ini.

cute-cat-sleeping

Google image

Google image

kucing mucing aku ni pun sama macam tuan nya, suka bebenor amik gambar. hehe

yang si chumel dua ekor ni, abang-abang kepada si nini merangkap anak kepada niner. chumel kan.. hikhik

nak tengok mana nini dan mama dia.... tadaaaaa

~

~

~

yang tembam pipi tu "mama niner" atau nama sebenar dia "liner". aku sorang ker panggil "niner" sebab itu suka hati aku jer :P kami panggil dia "Liner" sebab tengok mata dia tu.. cantikkan ada liner lagik tu ... hikhik... Dan yang sebelah tu "nini"

dan ni heroin-heroin yang dilahir kan. aku tak amik gambar banyak sebab asik2 tido jer diaorang ni. muntil-muntil kan.. hehe

Scroll down... (•ิ_•ิ)

ni mesti keja syirah ni bubuh lady bird aku kat sangkar kucing ni

apa lah keje "momot" ni.. skodeng erk


nak kuar lah tu


aik.. hilang pulak..


nak memaen rupanya...


adik beradik dah bangun..

ni "mika" (reen yg bagi nama")
model baru "minyak cap kapak" hikhik
yang ni paling aku shayang...

Nak tahu tak. Kami kat rumah. Makan ikan tapi tak ada kepala ikan. Tak senunuh bukan.. (^__^) Kalau goreng tu memang awal-awal aku dah siang ikan ni tanpa ada kepala nya.. mana pergi kepala ikan tu??? Ni hah lah yang makan.. hikhik

Kata hati :- kadang kala ada nya haiwan peliharaan, boleh gak release tension dan kurang pikir kan masalah. Jadik tak dapat dating dengan boyfie pon tak apa meowww kan ada :P