Memaparkan catatan dengan label comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label comel. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2010

lagu cinta pemes masa zaman remaja .. :P

Jarang sekali kite dengar kalau cinta pertama itu berakhir dengan perkahwinan. tapi jika ada.. tahniah diucapkan sebab korang jumpa yang benar-benar terbaek dalam hidup korang. Flash back maza zaman budak-budak dulu.. bila ingatkan balik mesti mencuitkan hati bukan.. hehe. Aku pun tak terkecuali bercinta mahupun jatuh cinta..seawal tingkatan 5 tu.eceh... :P notty kan. bukan nak belajar sungguh-sungguh untuk SPM :P tapi tu semua cerita lama, akhir nya putus ditengah jalan maklum lah kan "cinta monyet" huhuu (T__T)

teringat balik lagu jiwang yang pemes2 lewat 90-an dan awal 2000 . Aku ini suka lagu-lagu rock kapak dedulu... tak salah dulu, group artis remaja memang menjadi kegilaan budak-budak sekolah pada waktu itu, dan aku pun diantara mereka gak :P . contoh nya, Newboyz, Antz, Q-face, Boboy dan lelain lgik. Agak-agak kan cam mana lah diaorang sekarang?? saya ni minat benor dengan syuk dari group Newboyz tu... hikhik tapi dedulu lah... :P

Moh lah tengok balik lagu pemes diorang diwaktu kegemilangan masing-masing. Eceh...





Aku kureng cikit kempulan gitu tapi kalau aku lagu cinta cinton yang paling aku minat dulu.. ni hah.. X factor dan
britney spears...




Kata hati : dah besar rupanya aku ni.. hehe...

Khamis, 28 Januari 2010

kucing ku, Si Niner sudah tua.

Genap dah sebulan usia kucing-kucing aku kat rumah ni. Actually mama da tak mo dah kucing berada kat rumah ni. Korank paham kan tak lama lagik bile masing2 akan membesar. Akan ada lah yang akan wat taik lak kat umah ni.. huhu (T___T) dan aku akan ada keje baru iaitu jadi cleaner yang membersih kan najis2 ni… hiihi… tapi apa leh wat bile dah sayang kan tak kisah r… nanti kita ajar lah diaorang biyak n kencing kat tanah :P

Kalao korang nak tahu, baby meowww ni ada 7 ekor kesemua nya, 3 ekor datang dari “mama niner” dan 4 ekor lagik datang dari “nini”. Nini ni anak niner, baru usia 7 bln tapi ah “diperkosa “ oleh kucing jantan hitam jiran sebelah umah aku tu. Kejam bukanSebab sebelum nini di’mengandungkan” aku nampak 2,3 kali kucing sebelah heret nini keluar dari umah kiteorang. Bila masa aku nak halang saja. Ayah lak tak bagi. Dia kata biarkan lah kucing tu mengawan. Huhuhu. Tak baik tul. Sebab nini kecik benar waktu tu.

Tapi sekarang . ada 6 ekor saja yang tinggal. Mana lagik sekor. Okeh.Okeh nak story sikit

Kenapa ya ibu kucing akan bawak anak2 nya lari, an kalau boleh bawa larik kat tempat gelap even aku dah bagi tempat tinggal yang empuk untuk diaorang?????

Satu malam tu, masa adik bongsu aku (irfan) tidur, si niner ni gongong sekor-sekor anak dan cucu nye kebilik adik aku tu. Dia letakkan kan kt atas katil adik aku. Korang tahu lah kan budak-budak ni tidur memang teramat lah ganas nya. Entah macam mana, adik aku tidur entah macam mana posisi. Terhimpap anak kucing tu. Adik aku leh bantai tidur lena sampai lah dia sedar esok pagi yang tengok kecik tu tak sedar kan diri.

Aku nangis wey.. yelah kalau aku tak salah kucing tu baru 4 hari lahir. Dah mati. meraung adik aku. Mana ta nya, yang mati tu lah yang dia paling sayang, sebab lagil chumel antara yang lain. Huhu (T__T). kesian kat kucing tu. Tak sempat aku bubuh nama dan “kau pergi jua” speechless kejap. (T_T)

Apa pun yang lain ini akan aku jaga sebaik mungkin. Yang tak besh nye 6 ekor yang tinggal ni semua betina . jangan beritahu mama aku okeh. Karang dengan sangkar-sangkar ni dia minta kami bagi orang., sebab mama tak suka kucing.

Si niner, kucing pertama kami, kini dia dah berusia 2 tahun, sudah tua kan. bermakna kalu calculate umur dia dah 24 tahun . Mak aiii... hah tua dah kam0 yer yayang.

umur kucing

kucing aku ni tak ada lah segebu macam kucing-kucing kat bawah ini.

cute-cat-sleeping

Google image

Google image

kucing mucing aku ni pun sama macam tuan nya, suka bebenor amik gambar. hehe

yang si chumel dua ekor ni, abang-abang kepada si nini merangkap anak kepada niner. chumel kan.. hikhik

nak tengok mana nini dan mama dia.... tadaaaaa

~

~

~

yang tembam pipi tu "mama niner" atau nama sebenar dia "liner". aku sorang ker panggil "niner" sebab itu suka hati aku jer :P kami panggil dia "Liner" sebab tengok mata dia tu.. cantikkan ada liner lagik tu ... hikhik... Dan yang sebelah tu "nini"

dan ni heroin-heroin yang dilahir kan. aku tak amik gambar banyak sebab asik2 tido jer diaorang ni. muntil-muntil kan.. hehe

Scroll down... (•ิ_•ิ)

ni mesti keja syirah ni bubuh lady bird aku kat sangkar kucing ni

apa lah keje "momot" ni.. skodeng erk


nak kuar lah tu


aik.. hilang pulak..


nak memaen rupanya...


adik beradik dah bangun..

ni "mika" (reen yg bagi nama")
model baru "minyak cap kapak" hikhik
yang ni paling aku shayang...

Nak tahu tak. Kami kat rumah. Makan ikan tapi tak ada kepala ikan. Tak senunuh bukan.. (^__^) Kalau goreng tu memang awal-awal aku dah siang ikan ni tanpa ada kepala nya.. mana pergi kepala ikan tu??? Ni hah lah yang makan.. hikhik

Kata hati :- kadang kala ada nya haiwan peliharaan, boleh gak release tension dan kurang pikir kan masalah. Jadik tak dapat dating dengan boyfie pon tak apa meowww kan ada :P

Selasa, 5 Januari 2010

kisah lama jadikan kenangan,kini usia makin mematangkan diri.. yaa itu saya

Bila tengok adik-adik bersiap nak pergi sekolah terus terang saya kata kan yang saya amat merindui detik tu masa lalu.http://emo.huhiho.com Bangun seawal 6 pagi setiap hari, masa tu lah nak gosok baju, masa tu lah nak kemas buku dan ikut jadual harian... kekadang bila mata ni masih mamai, mula lah salah ikut jadual. Pernah sekali saya silap isi buku dalam beg, dan ikut jadual hari isnin, padahal semalam nya dah hari isnin, pergi sekolah pakai baju sukan, malu beb... sebab sampai sekolah kengkawan pakai baju sekolah kita ni pula pakai baju sukan.. ahaaaks.. dengan muka yang malu pe lagi gi lah tandas dan salin pakaian balik. dan hari yang sama juga banyak kali kene diri atas kerusi sebab tak bawa buku, mana tak nya, sepatut nya ada matematik, dan saya pula bawa buku pendidikan islam, aduh.. malu nya, dah lah kena diri atas kerusi.. dan masa tu pula jejaka idaman hati masuk kelas jumpa cikgu, dan bila dia tengok saya sambil tersenyum,
"aduh.. nak lari mana aku ni,"http://emo.huhiho.com
kengkawan lak sibuk bergosip, " heii wanie, habis lah azhar nampak, jatuh saham ko wanie"
uuuwwwwaaa member jadi batu api, dibahan kan kite masa itu juga,

taubat nasuha terus saya waktu itu.. janji pada diri tak akan tinggal buku atau salah tengok jadual lagi, dan gosok baju n tudung dimalam hari dan bukan last minute.. huhuu.... sejak hari itu sampai tamat sekolah tak ada pun tinggal buku mahupun silap jadual.. huhuhu insaf-insaf .. Sebut pasal duit belanja, dari kecik lagi mama dan ayah latih tak bagi banyak duit belanja, kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, sekarang ni makanan semua barang mahal, kalau dulu singgit tu leh dapat 5 bijik kuih kan.. tak macam sekarang ni.. saya bawa singgit je setiap hari, dan kalau kena stay back untuk koko, mesti mama up kan tapi RM3 jer .. huhu...duit tu lah nak pergi makan pagi dan tengahri, rasa2 cukup tak? memang cukup pun, nak beli air sirap banyak kali pun boleh,http://emo.huhiho.com dulu harga air sirap pun baru 20sen dan nasi lemak 50sen,terlebih cukup nya kalau RM3 tu.. hehe

haaa jangan tak tahu yang cik wanie ni dah pandai bercinta semasa usia tingkatan 2 lagi, dasyat kan.. hehee, but.. tu pun just minat2 je, nak jumpa dan cakap "saya suka awak" takkan punya, korang letak lah duit satu juta pun saya takkan sentuh, haahahaha.. bukan apa, dulu saya ni lain dari sifat sekarang, kalau dulu, pemalu dan kawan-kawan pun hanya 5 orang sahaja, bukan sombong tapi tak reti bergaul, kekadang kawan baik sendiri buli pun saya terima bulat2.. lurus bendul kan waktu dulu...mana tak nya dulu kan masa zaman belajar tu saya pakai pendakap gigi.. mana lah ada yang berkenan dihati kan, nak lagi hitam melengut, muka penuh jerawat dan sangalah chubby.. hahahaha...
dan sekarang?? rasa2... hehe.. lain kan...

haiipp.. apa nya ni, budak-budak mana leh bercinta zaman sekolah, memang tak boleh sebab sedikit sebanyak boleh menggangu konsentrasi belajar tau. hahaha nak nasihat orang tapi saya pun buat benda yang sama juga.. huhu..http://emo.huhiho.com Hmmm ingat dulu, saya ini memang suke mengarang cerita berdasar kan imaginasi sendiri,sampai kan buku karangan cikgu ambil untuk dijadikan rujukan pada pelajar-pelajar manakala karangan saya yang terbaik cikgu masukkan dalam majalah sekolah.... 100% bangga waktu itu.. hehe



aduh.. buruk kan saya waktu ni, masa ni dah tingkatan 5 kalau tak silap saya lah kot,dan yang berbaju biru tu, rima nama nya... memang tak tipu saya dulu paling benci nak bergambar, bukan apa.. muka huduh.. sia2 jer kalau capture.. ye lah dulu kan pakai kodak.. bukan macam sekarang ni, camera pun digital, tak suka picture yang dah snap, just delete je, kalau dulu, nak tak nak,bila cuci gambar dan itu lah wajah anda.. hahahaha.. tak lawa betul kan.. mana entah picture yang lain,bukan tak simpan tapi tak ingat letak kat mana, sebab seingat saya, selepas SPM nyer last day, hari itu juga saya pindah... tak join dengan kengkawan pun pergi enjoy... dush2....

tahun 2010........
dah 6 tahun ku tinggal kan bangku sekolah.. sekejap benar detik dan masa itu pun berlalu.
Kini saya dah kerja dan kehidupan sudah banyak berubah, nak cerita kan zaman kolej sebenar nya lagi memeritkan.. tak apalah.. biar lah ianya menjadi simpanan d hati ini....
hope saya tak akan lupa kan sagala2 kenangan dulu dan kini....
I miss all of my memories ....http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Cik bidan terulung.. ahaakssss

Hari ini adalah hari yang sangat membuatkan saya bersa teruja dah hebat.. hehe i jadi super gurl tau today..Sebenar nya sejak malam tadi saya memang badmood dan
terkejut sesangat,http://emo.huhiho.com
sebab internet connection got problem, saya tak dapat guna internet since malam tadi dan hari ini, bukan malas tau.. tapi maxis broadband buat perangai, nasib baik saya dah settlekan tau hari ni, dah pergi maxis center dan baiki.. alhamdulillah...settle satu masalah.. kalau tak settle saya bakar kot kedai maxis tadi...http://emo.huhiho.com hahahahaha isshhh apa lah saya ni, baik zip mulut ni... http://emo.huhiho.com

Eh lari topik pula, yang sebenar nya nak ceritakan pasal kehandalan saya membidan kan kucing, hahaha itu pun nak kecoh kan, bukan apa pertama kali berlaku dalam hidup sendiri tu macam nak heboh kan sahaja..

Pagi tadi masa sedang rajin melipat kan tetiba dia merengek, saya ingat kan dia mahu makan tapi.. bukan .. saya tengok dia macam meneran sesuatu, "eh kebenda kucing aku ni", tu ayat pertama yang terkeluar dari mulut saya ni, " dia nak beranak ke??" aduh mati lah aku, macam mana nak buat ni, saya pandang muka nini dan buat macam muka confident sebenar nya cuak woo~~ tak tahu nak buat macam mana.. http://emo.huhiho.com
Ambil kain dan kotak besar... anak kucing yang chumel tu keluar setiap 20 minit.. saya kira satu per satu...1.. 2.. 3 dan 4.. yaaa ada 4 ekor kesemua nya, banyak kan.. sekarang saya dah ada 10 ekor kucing kat rumah ni, adeh ramai deh... tak sampai hati buang dan pisah mereka.. huhuhu sayang sampai bila-bila.. malam ni nak fikir nak bubuh nama apa untuk si chumel saya itu..http://emo.huhiho.com

Rabu, 30 Disember 2009

saya si peminat setia PINK !!!! hehe...

semalam saya teman kawan baik saya, Sarimah nama nya, dia kenalan saya sewaktu belajar dekat kuantan dulu.. lama tak jumpa, jadi bila jumpa semalam memang banyak benda yang dibualkan, Rasa happy sangat-sangat, walaupun kadang-kadang kami sering terserempak semasa berselisih di office tapi kami jarang berbual lama, maklum lah kerja yang sentiasa menghadkan perbualan antara kami. walaupun begitu, semalam benar-benar happy jumpa dia.

Kebetulan saya memang teman dia pergi bangunan MARA untuk membuat pengurangan bayaran, MARA memang bagus bukan sahaja membantu student bagi membuat pinjaman malahan dapat mengurangkan kadar bayaran mengikut CGPA student tersebut. TQ MARA..

saya tiba sejam lewat berbanding dengan waktu yang ditetap kan bukan sengaja tapi jalan dekat area Selayang sangat sesak, ada accident dan pembaiki jalan dibuat disana. tu yang lambat tu, tapi masa jumpa imah tak "tarik muka" pun.. fuhh lega hati.huhu.. (T__T). lepas pergi MARA kami pergi shopping brooch, sangat murah disana, saya menghabis kan dalam RM30 untuk benda itu, sangat cantik bukan?? saya kan pandai memilih, warna yang dipilih mesti lah color pink, Sebab pink membuatkan saya menawan, sungguh kan!! hehehe...



Selepas keluar masuk satu per satu kedai, sengaja saya membawa imah ke kedai buku, saya tahu dia amat meminati buku novel dan motivasi, Ya!! dan hari ini saya terpengaruh dengan nya, terpengaruh untuk membeli novel. Seingat saya, waktu belajar dulu dia yang memperkenalkan kepada budak-budak kelas IT, apa lagi kalau bukan "ayat-ayat cinta". sangat famous kan cerita tu waktu dulu?? hehe... Dan saya pula berkenan untuk membeli novel baru, bukan untuk menambah koleksi sahaja tau...Tajuk nya, BAGAIKAN PUTERI. tapi saya belum mula membaca nya, sebab mood itu belum tiba, apa pun membuatkan saya tertarik sebab sinopsis nya, saya cukup meminati sejarah, dan latar belakang nya memang berbentuk sejarah lama.


Sipnopsis
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.

aduhai, si kenit dah datang menggangu, nanti saya tambah lagi cerita.. hehe......