Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2010

wanita dan kecantikkan tak dapat dipisah kan...

Pompuan dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan,sebagaimana kita dengan technology yg terus berkembang pesat ni.Tak. Tak. Tak pompuan dengan shopping pun tak dapat dipisahkan... hikhik~~

Pejak celik-pejam celik usia terus meningkat tahun demi tahun.tahun ini, genap lah umur ku 23tahun, yaa aku sudah tau nampak nya, dan dah sesuai jadi bini orang kan hahaha.. Dulu budak comot plus gedempoll huhu.. sekarang tak lagik, tak mahu jadi macam dulu, orang pijak-pijak pala ni (kena buli) nope.. tak mungkin ada yang berani kenakan sekarang.

Masa untuk manja kan diri!!!!!!! Ya.. semalam aku pas balik dari meeting aku teman member aku wat facial muke padahal dalam hati nak try tapi takut, sebab kengkawan cakap diorang akan korek-korek muka kita ni.hahaha.. aku tahu muke ni banyak benar jewarat. Klo aku wat facial, agak2 kan 2 jam pun tak habis lagik kn,.. hihihi…

Punya lah lama kakak salon tu bagi explaination kat aku suh try jugak, sebab dia kata waktu umur gini dah sesuai benar untuk manja kan kulit, dia cakap nanti kalau nak kawin senang sebab kita dah biasa dengan benda-benda alah tu. Lama gak aku pikir, dan memandang kan aku tawar menawar dan akhir nye dia bagi kurang sebanyak RM40 . hah!! Aku just ambik basic facial saja. Just nak try, kalau bagus leh wat selalu.. hikhik :P

“Malini, please do it for me” kata kakak tu pada staff dia..

“Mak aaiii!!! Tak kan nak suh nyah ni wat muke aku” jerit hati kecik ku..

“I never want her, huhuhu” mencebik aku tanda tak setuju

“trust me… I boleh buat u jangan takut,” sekali tengok macam pompuan asli, tiba2 bila mata aku ni tertumpu kat leher dia rupanya ada halkum… cam ne tu cik kak.. tak mo deh… hehe..

nasib baik bukan dia yang kena buat kalo tak i balik terus ... huhuu.....

Terus terang masa buat tu, sakit gak muke ni, digodek-gogek dengan kuat nya…ditayang untuk buat stim, then massage . sampai cik ni tertido mana tak nya… diurut2 syok tul hikhik…

Proses pertama dia akan cuci muka kita ni, n then halakasn muka dekat tempat stim tul, sambil tu dia akan ambil alat penguntil jerawat, dan korek segala benda yang tak patut ada kat muka tu. Merah-merah muka aku ni, siap nangis lagik… tu yang tak tak boleh tahan tu.. hehe..

Dan siap semua tu. Dia wat massage kat muka, kekadang kalau kulit kita ni sensitive, Pas wat facial segala jerawat mawat akan keluar sekali banyak.. pada pandangan positif elok gak sebab ianya tak akan keluar lagik jerawat tu. Tapi yang perit nya.. huduh kejam r muka korang… huhu yang aku ni tak tahu r pulak.. huuhu..

Dan last step, dia akan cuci muka kita sekali, then wat massage.. cam gini..

Chewah, yang besh.. pas siap sume, I try tisu sebagaai bahan bukti kulit licin … lurut kejap jer tisu tu… hahaha… sengeh sorang2 bila wat aksi tu, ye lah kono r katakan bab2 ni… hehe… janji kat diri nanti aku nak buat 2 minggu sekali, dari duit habis beli baju, kali ni nak ubah arah untuk kecantikkan.... okeh kan, caya lah… hikhik…


Pas ni nak try ni pulak "gold facial treatment" :P

p/s : kena hati2 dengan produk kat luar sana, takut memberi impak pada kulit muke kalo salah pilih.. ingat tu… (^_^)

Jumaat, 15 Januari 2010

Saya jadi salah seorang GengBlogger (^__^)


Bila nak buat entry ni, sebenarnya banyak kali saya memikir kan tentang nya, tapi nak tulis juga.. Terus terang saya katakan dulu masa buat blog sendiri hanya lah untuk sekadar mengisi masa lapang di samping jadikan blog sebagai diari harian. saya ni bukan lah jenis gadis yang gemar bersosial, keluar dengan kengkawan ker, melancong ke, kawan pun tak ada lah ramai, sebab masa zaman study pun saya ni pendiam diantara kawan-kawan.. Bukan kata sombong, tapi entah lah dulu saya sangat comot kot,sebab tu lebih biasa memencil kan diri dari mengexpose tak macam dah kerja sekarang.. hehe..

Bila baca blog orang saya suke membaca secara spontan tanpa meninggalkan jejak.. kiranya i ni adalah silent reader hehe.. Hati memang nak hantar komen, tapi segan, segan sebab apa entah.. Malu nak gambarkan (T__T). Tapi bila tengok orang popular di kalangan blogger-blogger mula lah cemburu buta.. apa ntah kan.. hahaha.. tak apa tahun ni saya tak akan jadi macam tu lagi, nak blogwalking kat rumah blogger-blogger yang sedia ada..siap tinggal kan kesan lagi kat blog korang.. hahaha

kemarin saya terjumpa 1 laman dimana blogger-blogger melebar kan sayap nya untuk berkenalan ditambah lagi dengan masing-masing berlumba untuk naik kan traffic bagi mendapatkan income nuffnang yang paling tinggi.. Sonok tengok gengblogger.com . semua ramah-ramah.. Mula- Mula tengok saya agak teruja sebenarnya, mana tak nya, tak sangka salah seorang rakyat malaysia boleh dapat 3K sebulan dari beliau berblogging.. Aduh.. kenapa lambat ya saya tahu benda ni semua?? atau kah mungkin kerna sibuk bekerja.. uweeek.. tipu tu...

Saya nak beritahu blog-blog yang saya gemari untuk dilawati, selain saya beli secara online hehe.. i love shopping very much.. hehe
Ya Nama gadis cantik tu hanis Zalikha tak sangka dalam diam dia leh dapat anugerah lagi dengan karya dia yang memikat hati pembaca.. dan saya pun tak terkecuali.. (^_^)


Zaman sekarang ni, jodoh di alam cyber bukan suatu yang asing bagi remaja mahupun golongan dewasa. Ada yang bertemu jodoh dalam myspace, facebook mahupon blogger. Dapat pasangan terbaik adalah satu anugerah tak semua milikinya..kalau dah dapat yang terbaik doa kan semoga berkekalan hendak nya dan yang saya maksudkan tentang ini adalah Chika. Best giler baca blog dia. walaupun setiap entry dia panjang giler ditulis.. tapi terus terang katakan bila sekali dah bace mesti jadi gian.. hahaha... Diawal perkenal dia dengan hubby nya, dia pun tak menyangka itu jodoh nya.. yelah kenal tanpa melihat wajah.. tup tup akhir nya kawin selepas beberapa bulan menyemai cinta...
hebat bukan ?? (^__^)

dan yang terakhir nya, Saya mengenali nya dengan bear pink gemuk belaan dia.. hahaha.. tak adalah sebenar nya beliau ni dikenali diantara blogger yang ramah disamping ayat nya ganas tapi mempunyai maksud tersirat.. Cik Epal itu nama panggilan beliau.. mudah masuk blog dia tanpa menunggu loading yang terlalu lama (^_^).. sonok baca entry-entry belian yang di buat secara spontan...
all the best..

I pun nak jadi cam diaorang jugak.. hahaha...
itu sahaja entry kali ni..
bubbye

Ahad, 10 Januari 2010

boyfriend application form


duduk-duduk.. sambil layan kucing baru ni
sambil tu fikir-fikir.. nak update apa ya untuk ari ni?
lama tak update kan..
silent~~~~~

saya saja on myspace...
kot-kot nak beli pape ker kat by online...
tibe-tiba...
teruja jap tengok 1 profile ni...
hehehe....
gurl yang buat tau....





HARAPAN:ISI FORM DGN JUJUR

1. NAMA ;

2. LOCATION :

3. BIRTHDAY :

4.
COLOUR BIBIR AND MUKA ANDA :

5. KUALITI PADA DIRI SENDRI :

6. APA YANG MENARIK TNTG SY :

7. PART MNRK YG WK SUKE PADA SY :

8. APA YANG WAK SUKE TNTG SY :

9. JIKA SY KESUNYIAN,APA YG AKN WK BUAT :

10. SMOKE OR DRINK? :

11.KENAPA SY MESTI PILH WK SBG BF SY :

12.YOUR NO PHONE..HAHA
:


tergelak jap....
macam-macam kan kalau tak ada idea nak dibuat..
but so nice kan...
nak jadi boyfi pon kene isi application form... hehe

Rabu, 30 Disember 2009

saya si peminat setia PINK !!!! hehe...

semalam saya teman kawan baik saya, Sarimah nama nya, dia kenalan saya sewaktu belajar dekat kuantan dulu.. lama tak jumpa, jadi bila jumpa semalam memang banyak benda yang dibualkan, Rasa happy sangat-sangat, walaupun kadang-kadang kami sering terserempak semasa berselisih di office tapi kami jarang berbual lama, maklum lah kerja yang sentiasa menghadkan perbualan antara kami. walaupun begitu, semalam benar-benar happy jumpa dia.

Kebetulan saya memang teman dia pergi bangunan MARA untuk membuat pengurangan bayaran, MARA memang bagus bukan sahaja membantu student bagi membuat pinjaman malahan dapat mengurangkan kadar bayaran mengikut CGPA student tersebut. TQ MARA..

saya tiba sejam lewat berbanding dengan waktu yang ditetap kan bukan sengaja tapi jalan dekat area Selayang sangat sesak, ada accident dan pembaiki jalan dibuat disana. tu yang lambat tu, tapi masa jumpa imah tak "tarik muka" pun.. fuhh lega hati.huhu.. (T__T). lepas pergi MARA kami pergi shopping brooch, sangat murah disana, saya menghabis kan dalam RM30 untuk benda itu, sangat cantik bukan?? saya kan pandai memilih, warna yang dipilih mesti lah color pink, Sebab pink membuatkan saya menawan, sungguh kan!! hehehe...



Selepas keluar masuk satu per satu kedai, sengaja saya membawa imah ke kedai buku, saya tahu dia amat meminati buku novel dan motivasi, Ya!! dan hari ini saya terpengaruh dengan nya, terpengaruh untuk membeli novel. Seingat saya, waktu belajar dulu dia yang memperkenalkan kepada budak-budak kelas IT, apa lagi kalau bukan "ayat-ayat cinta". sangat famous kan cerita tu waktu dulu?? hehe... Dan saya pula berkenan untuk membeli novel baru, bukan untuk menambah koleksi sahaja tau...Tajuk nya, BAGAIKAN PUTERI. tapi saya belum mula membaca nya, sebab mood itu belum tiba, apa pun membuatkan saya tertarik sebab sinopsis nya, saya cukup meminati sejarah, dan latar belakang nya memang berbentuk sejarah lama.


Sipnopsis
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.

aduhai, si kenit dah datang menggangu, nanti saya tambah lagi cerita.. hehe......

Selasa, 29 Disember 2009

itu bukan milik dan hak kekal saya

Terpesona kejap melihat cup cakes di blog kak suhana ni, tiba- tiba terlihat nama sendiri di ats permukaan kek tu, yaa nama saya ada diatas kek yang sangat comel itu, tapi siapa Jai tu?? hehe... His not mine okey.. orang lain tu, dan nama saya sama macam gurl friend dia kan..





Cantik kan.....but, i wanna it.. bila lah kan.. huhuh

Jumaat, 18 Disember 2009

jom tengok wayang..


dua minggu lepas... cerita ninja assasin jadi pilihan halwa telinga dan mata ku untuk saksi kan "Rain" dilayar perak...yang sememang nya aku ni diantara peminat fanatik beliau selepas kemunculannya menerusi drama tehebat korea "FULL HOUSE" ... kiut sangat2 ... dari seorang lelaki yang sangat angkuh berubah selepas jatuh cinta pada gadis yang pada mulanya beliau benci sangat2...

korean-drama-full-house-poster-1

Memang tak rugi tonton cerita baru rain ni...filem yang bagus untuk ditonton dan sarat dengan aksi2 serta tumpahan darah, terus terang aku kata kan yang mata ni seolah-olah tak mahu berkedip sebab tak mahu terlepas setiap babak .. chewah.. hehe lakonan dia boleh dikatakan bakal menandingi Jackie chan satu hari nanti... hahaha... apa-apa pun kedua2 mereka mempunyai tarikan dan peminat yang tersendiri


jeng jeng jeng... klip video atas ni adalah filem yang bakal ditayang kan tahun hadapan.. kalau korang nak tahu kedua2 pelakon ni adalah antara pelakon bollywood yang aku minat..sapa lagi kalasu bukan shah rukh khan dan kajol..aku minat diorang sejak dari cerita baazigar, dilwale dulhania le jayenge, Kuch kuch hota hai dan kahbie kushie kabhie gham... hahaha..
kali ni pe lah jalan cerita nya untuk filem "my name is Khan" ni.. tak sabar nak tengok ..

Click to view full size image

Click to view full size image

jangan tak tahu yang aku ni memang minat cerita hindi... Semua nya sebab ayah lah..ayah yang didik anak nya tengok cerita hindustan setiap hari sabtu pukul 2 petang kat TV3, kalau ikut kan, manelah aku minat sebab tak paham pun sepatah ayat kat cerita tu.. but sekarang dah teror cikit k... 1 hari nanti pasti akan ku jejak kaki ni ke mumbai.. Honeymoon??? opsss.. mana leh gtahu kenapa.. hehe..
ooh.. yaa.. cerita ni akan keluar masa bulan dimana harijadi aku akan tiba.. hehe...
February lahh... hehe

Isnin, 14 Disember 2009

model !!!!!!!!!!

selamat pagi... hari ni, aku wat keje kat umah.. tak tahu kenapa tak da hati nak pergi kerja...
pagi ni tak bz sangat.. pe lagi.. aku dgn aktiviti aku ni lah... online Facebook..
tetiba appear dari column msg.. dari salihin (dak TM NESINV) ..

haaa nak minta aku jadi model?? mula2 tergelak gak baca.. muka ni muka edit lah salihin.. tak layak nya nak jadi model..
aku tak balas pon.. hehehe... bukan jual mahal k, karang tak laku majalah .. :P
and 1 lagi.. tak mahu percaya sangat... karang kene tipu.. sapa nak tanggung (T__T)

Ahad, 13 Disember 2009

Selamat datang ari isnin


"Pagi yang gelap kini sudah terang..
aku adik mu.. dan engkau abg.... "
~~~lalalala~~~

happy nyer pagi ni... tak tah kenapa.. padahal penat sgt2 semalam sebab pindah bilik...
sian kat aku ni,

pada mai, anna, ganesh, kak nisa, aiin, ngan amzar.. soory... esok saya datang,



ni main game ni jap.. hihihi...
tata sume.... (◕‿◕),(^‿◕)

Sabtu, 12 Disember 2009

Inai?? nak pakai juga... tak kira..

nak macam ni jugak... bile lahh dapat kan..
dalam dua bulan ni, peti surat rumah aku sarat dengan kad2 jemputan perkhawinan, dari kawan2, jiran2 sampai lah dari sedara mara, semua kahwin, yang saya ni bila?? jeng jeng jeng..
biar lah rahsia, tapi tak bermakna tak kahwin, cuma seru tak kunjung tiba, akan ku tunggu waktu itu, biar pun matahari bersilih ganti dengan bulan, chewah.. berfalsafah pulak,
aku ni suka dengan lady bird, sebab cantik sangat2 jadi, majlis pun nak buat warna ala2 color badan lady bird boleh?? hahaha..lucu2 :P

Hari ini, hari ahad 13/12/2009, semalan main bowling, nanti aku update blog dengan gambar semalam, tapi aktiviti hari ni tetap kene teruskan... dan ya.. hari ni aku nak pakai inai juga,
Apa?? ada masalah ke?? hyaipp .. jangan ingat pengantin2 je boleh pakai macam tu, aku pun boleh juga tau, dan aku nk minta PA aku -syuhada- adik aku ni yang buaatkan... hehehe yaaa.. dia akan menjadi mangsa aku untuk pakai kan inai dijari jemari manis aku ni... ~~~lalalala~~~
dah siap nanti aku tunjuk kan hasil nya, oppsss tak boleh lebih2 macam pengantin, hanya letakkan pada kuku n kulit je,tak boleh buat corak2 tau... Baek..... (^__^)
pe lagi.. jom..

Jumaat, 11 Disember 2009

I tak rela... tapi terpaksa


Saje menggempak kan title tu...
jangan kome fikir bukan2 erk...
aku tk maksud kan benda lain k...lalalalala~~~~~~~
aku dah nyanyi... dah kira kambing satu persatu...golek2 .. guling2.. meniarap.. huh...
tapiii hampeh... tak da hati nk tido sekarang...Kenapa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kat luar tu... anjing dah melalak2 je... ntah pe ntah yang disalak nyer pon... kompius aku,.....
dan aku... pusing sana sini.. cam tak de tujuan...
aku tengah fikir kan per yaaaaaaa....????
hati ni memang tak tenang...
uuuwwwwaaaaaaaaaaaaaaaa.... nak nangis sebenar nyer...
sekarang ni.. jam menunjuk kan tetap kul 12:05pg...
aku tk dapat nk tido lagi.... mata tak nak pejam...
badan ..?? letih yang amat.. sebab bz mengemas bilik petang tadi...
next week kene pindah kat new room... tu yang penat tu...

aduh... per yang aku merepek ni... tetibe jer letak bola bowling n pin dia...
hahahaha... aku tak dapat tido sebab terlalu memikirkn pasal
perlawanan sok.... uuwwwaaaaaaaaaa... aku mane reti pon nak main benda ni...
risau beb... tak pasal2 masuk longkang...
jadi bahan dek kengkawan aku ni..
yang sememang nyer nak cari point kene kan aku...
haaaaaaaaaaaa.... cam ne yaaaa (T___T)
ikutkan hati ni... memang tak mo join..
penat tu satu.... yang mustahak nyaa... aku ingat nak gi betul kan telephone ni..
n then nak gi chow kit... kak rose (kakak yg selalu aku tempah buat baju kurung yang cantik2 untuk aku tu) order jus mate 5.. tapi.. aku dah delay dekat sebulan daaa tu kene hantar...
memang berbelah bahagi sekarang...
tiba2 mama datang n tepuk bahu aku..... terkejut i tau.. :(
mama dah marah.. sebab aku ni tak reti2 nak tido..
sok liat lak nak bangun pagi....
aduh.. pening lagi kepala ni...
bukak ker MID tu seawal 8:30am ????
musykil2.... tapi... kene gak sampai on time sok... kalau tak habis kene ceramah...
wanie................... go to sleep now ok...
jangan lupa bawak hadiah n stocking...... BAIK INGAT NI !!!!!!!!!!!!!!!!!!
kunci jam... kunci kepala .. kunci pintu dan.. kunci semua yang perlu dikunci.. hahaaha
aku tido dulu....nk peluk semua bear2 ni... hehehe
gud nitezzz~~~~~ (^___^)

Sabtu, 28 November 2009

bila nak baik..


monyok... lesu.. memang tak menampak kan diri ni akan kembali sihat... too bored.. sebabnya.. tak ada sapa nak jaga... Mama and Ayah?????? keluar... pergi mana?? entah laaa... beraya agak nya... dan aku ??? duduk rumah sorang2... belek2 komik..? malas.. tak ada mood nk baca...
tengok tv.. hati ni tak ada langsung membenarkan info2 atau warna warni cerita masuk menusuk mata aku ni (" hahaha... koyo jap... eh poyo laa :P ") dah masuk 3 hari aku terlantar kat tilam... tak dapat kuar beraya... apatah lagi nak berjongging.. memang tak memberangsangkan tul keadaan ni...

I need someone to take care of me.... uuuwwwaaaa... nak nangis walaupun sebenarnya tak nangis.. action muke jer lebih... memberontak sekejap... (T____T)
ingatkn pasal mister potato tadi kot..tak dapat makan.. tu bengkak jap hati ni.. :P
kan best kalau dapat makan potato tu dikala masa sunyi ni sambil menonton tv.. boleh imagine jap macam tonton kat panggung wayang.. hahaha...
nak kuar shopping?? lagi malas... ntah laa tak tahu nak beli per...baju?? opsss... jangan sebut.. karang tetibe jer aku jadi baik... hehe...yang pasti aku perlu kan seseorang untuk berborak2 n bersenda gurau walaupon sekejap... haaaa tak kira .. tak kira... (T___T)

ntah berapa kali keluar masuk tandas muntah2... makan ubat dah, tidur dah, kacau kengkawan ("call tadi... ") itupon dah...per aku nak buat kat umah ni sorang2 yaaaa..
duduk diam sudah... sok pon bukan kerja... jadi baik habis kan masa dengan buat benda yang tak berfaedah... eh.. silap... berfaedah ... hehe...

p/s penuh harapan : sesapa kat sni baik hati... nk minta tolong belikan mister potato boleh...??hahaha....("sebukk jer ko ni minta org wanie... duk diam2 sudaaa ")

itu saja untuk kali ni... sekian... (^___^)

kisah Burung merpati lagi....

Burung merpati di ciwalk by slackblog.

Burung Merpati (Dlm bahasa Inggeris : Domestic Pigeon atau Rock Pigeon) ,
manakala nama saintifik dia : Columba domestica.. per benda nama ni pon aku tk tahu... aku dapat kan sumber ni dari wikipedia... hehehe...

CIRI - CIRI :Burung merpati adalah haiwan berdarah panas, dan mempunyai sayap yang diselubungi pelepah, manakala paruh nya pula tidak bergigi


Kalau korang nak tahu di Eropah burung merpati sangat di lindungi, burung ini dipelihara secara lepas di alam bebas.
Di Eropah.. kebanyakkan masyarakat nyer beragama kristian dan Katolik.Orang Kristian sangat menghormati burung merpati. Selalu nya mereka menggunakan gambar burung merpati putih sebagai simbol Kebebasan, Perdamaian,Kesucian, Keindahan dan Cinta. Sebab tu.. kalau kite tengok movie, bila bab kubur jer mesti jadikan burung merpsati sebagai lambang begitu juga masa perkahwinan atau erti kata lain dengan harapan kekal... bak pepatah melayu suke menyebut "dua Merparti Sejoli".. Aku pon tak menafikan yang burung ni tanda lambang CINTA dan KASIH SAYANG...
chewah.... Orang barat percaya kalau burung merpati ni dijadikan sebagai satu simbol... sebb diaorg percaya burung merpati adalah burung yang selalu setia dan tidak pernah ingkar janji terhadap pasangannya.

pas ni leh laa minta pasangan anda jadikan burung ni sebgai hadiah harijadi... hehe

Burung Merpati

Burung kakak tua...
hinggap dijendela............ uweeekk.. tk sedap tul aku nyanyi...
hehehe

saje jer nak hibur kan hati ni.. yang aku sendiri tk pasti gembira atau tak...
yang penting aku try back to normal.... peace..........

bile tgk kt tingkap.... bnyk tul burung pipit ngan gagak.. yang nyebuk2 jer dating2 depan aku...
baling racun tikus kang baru tahu... hahaha...

aku tk minat burung jenis cam tu...nk thu burung per yang aku syuke....
jeng.. jeng .. jeng ni dia...



burung ni mmg sgt famous dari zaman rasullah lagi... yang aku maksud kn ... adalah burung merpati...

nk kongsi cikit tntng sejarah burung merpati ni :-

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Tsur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi(sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka)

betapa baik nye burung ni... tu yang wat kan aku suke...


korang oenah tak ngar cerite tengtang burung ni jadi posmen....aku pun syuke sgt2...
tapi tk thu laaa kesahihan nyer... ada jugak cerita zaman nabi dulu... buruung ni jadi pengantara surat ...
macam ni kene research ni...hehe...
per yang penting... aku mmg minat BURUNG MERPATI...

sekian.........................

Ahad, 22 November 2009

Cup caKes VS Cakes

boring tul ari ni.. tk thu nk wat per... dari pagi online fb.. tgk restoran jer... sajer search kt google.. kot2.. leh wat entry untuk ari ni...
dan akhir nyaa.. aku ketemui.. hehe...
per lagi cup cakes r... dap tul... tpi.. klo dah beli nk mkn pon aku rase sayang.. hikhik... :P
paper layan laa ngan pic bawah ni... mane tahu kot2 bagi idea nk order nnti kn.. (•ิ_•ิ)










klo ckp pasal cakes... mesti ramai dah tahu .. n terlintas fikiran terutama wat untuk bezday and wedding...
tpi sekrg ni.. tk kira laa untuk bezday ker, atau wedding... sekrg ni ari pzaper pon leh wat untuk cup cakes mahupon cakes...
dap tul tgk creamer nyer...
tk thn ni aku nk bli jer kang... hahaha ..






pic ni sume aku ambik dari blog kak suhana ... sesape nk beli cup cakes or cakes... leh r try beli ngan dia...
aku pon nk gak tau.. hehe....

tu jer untuk kali ni...
bubbyeeeeeee........... (•ิ_•ิ)