Khamis, 23 Disember 2010

hmm ..

pejam celik pejam celik kejap sahaja masa tu berlalu, tahun ni punya cerita pun dah hampir tamat,

ada banyak menda aku nak tulis, tapi masa tu tak mengizin kan.. ada saja yang panggil ni.. huhu...

Nanti lah sambung..

Khamis, 2 Disember 2010

Header baru yang agak comey macam aku :P

Wah... header aku berubah lagi.. header ni atas buatan sendiri tau.. no copycat dari sesapa :) . Rasa bangga jap macam dah mule pandai gune Adobe photoshop.hehe..

Aku buat header ni time kat office, kengkawan aku yang lain sibuk buat migration petronas dan aku ngebok ngan benda ni.. tahu dek bos aku kena gantung pala ni agaknyer... hehee

Yang tak best nyer, aku ni jarang sangat nak update blog. jadi aku tak laa dikenali antara blogger2 yang lain. hmmm.. tak apa lah, janji blog ni menjad salah satu diari rutin harian aku :)

esok kite continue balik, aku penat sekarang ni, nak masuk tidur.. al maklumlah tidur rumah makcik,bukan kat rumah sendiri, tu yang lambat tu.. :'(

oke.. gud nite..

Rabu, 24 November 2010

barang baik??

Berbalik dengan entry2 lepas, aku ada mention pasal hobi baru ak kan.. hikhik.. Best sgt dengan hobby baru ni, even tangan ni keras macam jantan tapi kuhalusi ngan dengan sulaman.. hahaha :p


tantekk tak kawan2... ni hasil buatan tangan ai dan adik aii tau.. hehe..


ni lak baru je buat da hari lepas.

Bila aku bawak opis (atas niat nak menujk2..) :P kawan2 perli ,

"apa barang minat cam budak2.. "

dan aku , "?????????..."
sker hati laaa aku nak minat menda pun.. sebokk jer korang erk

Ahad, 21 November 2010

isnin yang tak best


bosan tul hari ni. pagi2 dah tension tak dapat open the email. huhuu... nak buat keja pun tak dapat .. huhu..
jadi usha2 blog orang r.. then tengok barang2 nak buat felt craft.. wah.. hobby baru tuh.. :P even banyak keja.. tapi aku masih luangkan masa dengan buat benda alah ni.. Felt Craft korang tahu menda? ti aku tunjuk kan untuk entry yang akan datang..


i dah makin kurus kan.. hahahahaa.. diet woo nak cantik gak cam korang :P

Selasa, 9 November 2010

Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya...

Aku letih. Letih dengan perjalanan kehidupanku. Bukan mengeluh tapi terasa perit untuk ku tempuh..

Tapi..

Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(

"wanie, ko tak ada hati ke nak belajar bawak kete? gaji berkepuk2 pun takkan tak mampu nak belajar/beli kereta kot?? ko tengok "si polan" tu, baru je keja dah mampu beli kete mahal2 ko tu bile lagi wey? ni mesti boros giler kan"

Sentap sey bile tanya macam tu, macam ko cakap dengan tunggul kan, aku pun ada hati wey tak yah laa nak kasar2, kok yer pon gaji aku berkepuk2 takkan aku nak bagi ko ...
Aku tunduk dan berlalu tinggalkan "mereke", malas nak layan pertanyaan yang agak kurang sopan tu. hati panas. sakit. Walau dalam hati ni menjerit-jerit tanda memprotes. kalau ikut kan hati mahu ditunjal kepala sekor-sekor, berlagak memang tak hingat, bila susah.. orang yang selalu dikata ni yang dicari minta bantuan. dasar kurang diajar lah tu.

Tapi..

Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(

"wanie, jom kite benti kerja, kita belajar khusus menjahit, then dah lepas kita try buat pinjaman MARA bukan kedai jahit sendiri. Jom laa.. yelah status keja kontrak ko tu ntah sampai bila ntah, silap2 bile bos ko dapat peganti ko dibuang nyer.."

Ni lagi laa aku sentap. aku tahu niat ko murni kawanku, nak aku ada kerja tetap. ko jangan risau.. bos aku senang dengan kerja aku, tak mungkin aku kekal kerja kontrak apatah lagi mahu dibuangkan kerja. Pasal belajar khusus menjahit,terus terang aku katakan yang aku memang suke menjahit, nak2 lagi sekarang ni ramai peminat felt craft dan aku pun salah satu daripada mereka..bukan aku tak mahu...

Tapi..

Kalau lah mereke tahu kenapa sebab nya.. :'(

Banyak benda nak aku tulis, tapi deraian air mata ni seolah2 sukar untuk meneruskan taipan demi taipan.

Tak semua perkara tu harus dikongsikan, harus diceritakan mahupun tak dihebahkan demi menjaga hati dan perasaan orang lain.apa yang aku alami itu adalah penderitaan yang kekal dari kecik sampai besar, tak sama seperti "korang", "korang" dan "korang". Setiap inci masih terasa dan terkenang dengan kisah silam.Perit getir biarlah lah aku tanggung, asalkan hati "mereka2" itu puas.

Mungkin suatu hari kelak, pabila mereka tahu kebenaran nya.. biar mereka sendiri akan memahami nya..
Waallahualam.. :'(

Isnin, 8 November 2010

Teringat dan terkenang





sedap je dengar lagu ni plus lirik lagu yang menyentuh kalbu, eceh.. nak dekat2 balik kerja ni boleh lentok lagu jiwang kan.. :P


Mase kat Taman Botani, cantek tempat ni, leh main basikal lagik :)

Sekarang sedara mara dah mule sebuk bertanya tentang future life aku.. bile nak kawin? kekadang seblum diaorang tanya pun aku dah mule jawab.

Tetibe teringat kat arwah nenek (sebelah ayah), penah tanye seminggu sebelum dia meninggal dunia.

"agak-agak nye nyanyie dapat tak tengok wanie kawin?"

aku tersenyum sayu tengok wajah dia.. baru nak rapat dengan nyer..
namun Allah s.w.t lebih menyayanginyer..

Ahad, 7 November 2010

yuhuuu.. selamat hari isnin ..


Sekarang tepat pukul 9.00pg. aku sampai awal tu kat opis. orang pun bape kerat je ni mesti masing-masing sambut deepavali tu yang penat then lambat datang ke office. :P


perasan comey hari2.. :P hahaha

Hari ni nak diet no more mee or heavy foods. chewah.. kena tekad nak lawa plus nak kawin kan.. hahahaha..

Aku benci betul tido malam tadi tak nyenyak langsung, siap ngigau2 lagik sebab ingat kan lipas datang menjalar kat tangan.Mana tak nye hari khamis tu, dia menjalar kat kaki, aku tepis jatuh then henpuk dia dengan tin JACOBS,tak lama kemudian agak nya bf lipas ni hangin dia balas dendam, berterbangan kat atas kepala aku pastu berhenti kat atas rambut aku, menjerit tak ingat aku waktu tu, dah laa pukul 3 pagi.. Ntah apa yang jiran ingat kan.. @#$% betul ko lipas, setiap sejam terjaga.. Entah kenapa, sejak dua minggu ni, lipas datang bukan dalam kuantiti 1 or 2 tapi berlambak, mana lak laa dia punye sarang nak aku hapus kan sekor2...

Oke.Oke. Tak mo story pasal lipas lagi kan, meremang bulu roma aku ni.. hahahaha.. :P
nak sambung buat kerja.. dadaaaaaaa