Adik aku tanya,
"along ko pandai main dart?"
Yup.. aku pandai main dart.. nak ajak lawan? hahahaa.. tak mau.. :P 2 minggu lepas aku gi sunway lagoon with someone.. hikhik, serius seronok giler, sebab last aku menjejak kan kaki kat sana seingat aku masa usia 10tahun. Sekarang aku dah 23tahun, dah 13tahun tuh tak ke sana. Adalah pergi sunway piramid coz ada event,dan pergi pon coz attended function tuh then balik tak gi jalan cuci-cuci mata sampai habis..
Sonok gi sana. kalo 13tahun dulu,Sunway lagoon just famous dengan water park sahaja. sekarang ni ada 6 park kat situ.
1) Amusement Park
2) Water Park
3) Scream Park
4) Wild Park
5) Extreme Park
6) World of Adventure Park
Sampai sana pun dah pukul 11pg. waktu operasi dari pukul 10.00am-6.00pm. harga dalam RM100 untuk main semua park dan RM80 untuk 3 park. Kami pilih untuk main semua park memandang kan just tambah RM20 better take all park kan :) bila tolak bahagi , kita just pay RM75 sahaja sebab RM100 tu termasuk deposit n diskaun (tunjuk IC - pas warganegara )
yeah.. dapat hambik gambar dengan mascot sunway color pink lagik tuh :)
Best giler, dah rasa main macam water rafting, roller coaster, chief crazy horse carousel, butch cassidy trail, fun fair n banyak lagi. dapat gak pegang burung kakak tua siap bagi makanan walaupun asyik menjerit-jerit kegelian tapi still nak bagi juga.. hahaha,kejar berkejaran dengan burung merak, huh.. penat tapi best, sombong giler binatang tu susah nak hambik gambar sama.. hahahaa
Just berbekalkan 45mint sahaja masa untuk mandi, macam tak puas lak.. sebab rasa kejap sangat tak sempat nak belajar berenang ngan abg hensem kat sana... hahaaha.. :P aku siap bawak bekal curi-curi wey, ye laaa ikut kan mana leh bawak makanan dari luar kan. Huh pedulik per aku, penat aku masak takkan nak buang gitu sahaja. Air Milo bungkus macam pasar malam yang harga singgit kat sana RM6 untuk satu. pancit laa kalo nak beli banyak.. huhu..
masa ni dah nak balik, banyak gambar lagi.. nak upload tu makan masa lak.. hikhik
Aku sempat main mainan fun fair kat sana. beli token harga RM4 untuk satu kupon. Aku beli 3 token. Main dart 2 kali dan baling bola kat tin bersusun. Oke not bad. Tang dart tu terror dari 6 dart dapat cucuk bagi 5 belon pecah. So, dapat teddy bear comey dari kakak kaunter :)
total = i got 3 cutie bears .. hehe..
Note : nak pergi lagi kat sana. nak masuk scream park lak.. tengok kat iklan hantu tu siap kejar2 pelawat lagi.. kalo aku masuk nak kasik ketuk kepala hantu tu.. hahaha haaaiisshh berlagak bagai .. :P