Sabtu, 6 November 2010

Orang lain sambut deepavali, aku pun sambut gak ke? hahaha



Lama benar tak babbling kat belog sendiri, kerja kat office berlambak-lambak sampai kan mase untuk bersama family terabai. Nak-nak lagi kawan se'group aku, dak2 india cuti sambut deepavali sempai jumaat depan. lagi lah kerja bertimpa2 kat aku ni hah plus dapat project baru Proton Edar yang kena follow up. Aduhai.. serius penat.

Walaupun dah 2tahun lebih berkhidmat kat Telekom, tapi aku tetap gi kerja menggunakan perkhidmatan awam(bus dan teksi), bukan tak mau belajar bawak kereta. tapi masa yang betul2 fix tak ada lagi. Tengok laa awal tahun depan aku nak hambik jugak lesen, ada kereta nanti senang nak gerak kemana2 tak payah lah nak bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk gi kerja. :'(

Oke tutup cerita pasal kerja yang tak penah habis tu... hikhik.. actually,hari rabu lepas kawan aku, devaki minta teman shopping plus bawak jejalan sekitar KL.Maklum laa waktu tu nk dekat hari perayaaan deepavali. Nak buat persiapan terakhir kata nya,So leh laa jejalan cuci mata tengok barangan kaum india yang biasa diaorang akan beli. Dia siap belanja aku laddu masa kat sana. Manis mak aii.. dah lah besar n manis, terkumat kamit mulut ni nak nelan, ada yang jenis pedas, yang pedas tu tak sure nama nye pe.. tapi ok lah not bad.. :)

Memandang kan waktu kitaorang gi tu waktu after office hour, jalan jem, jadi kitaorang just jalan sekitar KL sentral saja,Geram tengok baju punjab, cantek-cantek bangat.. nak beli tak mungkin, segan nak pakai.. hehee..
Sebelum balik tu sempat lagi aku gi buat lukisan inai kat tangan, sebab tengok kiut miut orang buat. tak mahal pun just RM5 saja.


Cantek kan.. :)


rase org tu buh minyak cap kapak, sebab rase pedih sikit mule-mule
tips untuk inai jadi warna pekat dan merah kena bubuh
Minyak cap kapak :)


tadaaaaa... tantek kan.. pekat gak color nyer evan tak lama adalah dalam 30mint
tapi ni lah hasil nyer,... like.. like :)

Balik umah kena perli ngan mama, siap kata,

Aiik along, orang lain yang sambut deepavali.. ko pun sama gak ker?

sambil tersipu-sipu macam siput aku terus masuk bilik.. malu gamak nyer :P

Tiada ulasan: