Rabu, 20 Januari 2010

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Speechless saja minggu ni.. boleh tak tukar mood macam tukar channel kat TV tu?? Okey. Okey..

Petang tadi masa duduk kat dalam train, teringat kejap masa zaman kechik-kechik. Masa yang amat nakal. Hikhik… rasa nak tergelak sorang-sorang pun ada. Tu pun adik aku dah perasaan yang aku ni senyum sorang2.

“kebenda ko ni along, ko demam erk. Sengeh macam kera busuk sorang2… hah!! Aku tahu ko ingat boypren ko yeeee”

“Diam lah ko hilang kan mood aku bersama doreamon je tadik”

hahaha tipu jer bila masa aku ingat doremon dikala kepenatan ni menjelma ditambah pula dengan bauan bangla-bangla yang mengangkat ketiak sambil memegang tiang kat dalam train tu… huhuhu… tak. Tak. Bukan benda lain yang aku mengelamun.

Sebenar nya aku teringat kan kisah lucu masa kechik-kechik. Masa kechik aku tinggal dengan atuk dan nenek memandang kan aku ni cucu mereka yang pertama. Atuk yang request kat mama dengan ayah. Aku just balik rumah pada sabtu dan ahad je.

Aku punya kampong tak jauh macam korang yang terpaksa beli tiket penerbangan lah, naik bus lah. Dan aku lak?? Balik tak sampai sejam pun.. hikhik.. mana tak nya aku nya dua-dua atuk dan nenek tinggal kat KL, sorang area Cheras (Bandar Tun Razak) dan yang sorang lagi kat area Taman melawati. Dekat bukan (^_^)

Aduh terbeliy mukadimah pulak.

Okey. Okey. Nak story sikit kisah lucu masa kanak-kanak yang masih mentah dah suka bertanya.Kiut sangat-sangat

Jom baca perbualan chumel antara neneh pah dan cucunya ni.. hehe

BAB 1

“Nenek… Nenek.. sapa perempuan tua tu, wanie takut lah” tanya aku sambil berlari macam nak nangis kearah nenek yang sedang membuat minuman.

masa tu baru balik dari sekolah tadika.atuk yang ambik

“Dia ambik Barbie doll wanie”

“Ada hantu ke??” nenek memang suka mengusik.

“oooo.. ni unyang” tambah nenek memperkenalkan.

(unyang tu panggilan untuk moyangku (^_^))

“kenapa unyang tak gosok gigi. Kuning je gigi nya, takut wanie..” tanya aku mencebik.

Sebenar nya aku tak puas hati sebab unyang rampas permainan Barbie doll aku dan bagi kat cucu kesayangan dia. (T_T)

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Google

“gigi emas tu apa? Berkilat je? Tak cantik betul” mulut aku masa kechik memang laser. Tapi budak-budak kan, mana pandai tipu. Huhu.. unyang aku pandang semacam je dari tadik.

“orang yang pakai gigi emas tu orang kaya-kaya je tau.” Tambah nenek macam malas jer nak jawab.

“nek.. kalau wanie nak beli anak patung baru, wanie ambik gigi unyang dan jual boleh dapat tak anak patung tu”

“$%$^@#% ?????????????????????????”

Tiba-tiba atuk datang buatkan kami berdua terhenti.

Aku pun tak ingat pe nenek cakap lepas tu, yang aku tengok dia macam memikir kan jawapan untuk soalan aku tu.hahahahahaha nakal kan.

BAB 2

Kalau korang nak tahu. Unyang aku ni garang sangat-sangat. Jangan kan menjawab guna perkataan “AH, EH, KEJAP “semua tak boleh tau.kalau tak ..tengok lah berbirat lah kat badan dan mulut kome masing-masing. Tapi aku tak pernah pun kena. Takut gilerr habis kulit ini nanti.. hikhik.

Meh aku mula kan cerita ~~~~

Suatu petang yang indah. Unyang ajak nenek dan mama ku pergi teman dia ke kotaraya KL.Kejadian ini diceritakan balik oleh nenek ku yang comel ni, hmmm dia cakap kalau tak salah tahun 90an .Masa tu mama baru lepas tamat belajar dan tak kawin lagik dengan ayah aku.

Ok.Ok sambung balik.

Dia minta teman pergi tengok anak bongsu unyang aku ni yang kabar nya kerja dekat hotel terkemuka pada waktu tu(entah lah betul ke tak.. hehe)

Unyang tak mahu nya naik bus turun bus. Kata nya tak standard.. huhuu.. jadi diaorang pergi dengan naik teksi. (dasyat kn )

Mula-mula round kat KL maklum lah unyang tinggal kat kampong, anak-anak nya semua dok KL jadi teruja sampai tak ingat arah tujuan sebenar.

“Cik Puan nak pergi mana, dari tadik saya tak tahu nak berhenti dimana”

“cuba kau tengok alamat ini, tak Nampak sanggat aku” jawab unyang sambil menunjuk sekeping kertas yang dah comot gara-gara tertumpah air kopi masa nak keluar rumah.

“saya tak Nampak tulisan kembang”

“Bodo betul lah kau ni, patut lah jadik draiba (driver) “ Marah unyang

confident jer unyang aku ini.Mama dan nenek aku tak berani nak kata apa-apa tak pasal-pasal kene pelangkong pulak… huhuhu

“Ala… apa ini dia tulis….errr…………..

“TELUK PENYU…..”

“@#$$%$$#@@?????????????????? Mana ada kat KL ni TELUK PENYU mak cik… konpius saya“ jawab pakcik teksi tu.

Google

Mama dan nenek duduk kat belakang tu aku tahu mesti nak gelak tapi tahan kan.. hahahaaha…

“Menda nya betul lah aku tengok ni.. aku belum buta lagi tau” angin dah unyang .

“Meh saya tengok kertas tu”, jawab mama.

“Nek….. ni bukan TELUK PENYU nek… tapi……………..

“LORD OF NEW”

Hah!!!!! Sapa yang salah sebenar nya.hehehehe………….. :P



Isnin, 18 Januari 2010

Suka mengarah?? diarah?? terarah atau tak tentu arah??

tarik nafas panjang ~~~
Fuhhh~~~

cute Pictures, Images and Photos

Tak tahu semenjak dua ni asyik nak marah orang jer, haisshhh... nak datang bulan ker apa saya ni... Sila abaikan perasaan anda di luar ok. Baek...

Semalam dapat warning from HR sebab nya saya menggunakan printer dan print out mobile phonebill tanpa kebenaran kata nya. Actually saya nak print out from 21st floor kat department saya, entah macam mana silap setting, tunggu punya tunggu tapi kertas tu tak mahu keluar-keluar.

"Ceh... tak guna punya printer", marah dalam hati
" tak apalah nanti hari rabu baru print out n pass to my boss minta dia sign", tambah saya dalam hati lagi.

Saya terus kemas-kemas barang dan bungkus laptop sebab dapat invitation kena pergi meeting kat telekom tapi entah macam mana berdetap hati ini seolah-olah ada yang tak kena sahaja. kenapa ya.. uhuuhuhu... mungkin perasaan kot malas nak ingat sangat..

Habis meeting awal, saya tak terus balik dekat office Taman Tun tapi terus balik rumah. Balik tu buka laptop kot-kot ada kerja perlu diselesai kan.. but OMG... i got warning from HR person... atas kesalahan menggunakan printer bukan tujuan kerja... Speechless kejap (T__T) orang lain guna boleh i guna tak boleh yaaa.. Merajuk tak mahu dah guna lagi.. Janji~~ (T__T) Okey.Okey cukup . tak sangka kertas tu keluar kat 19 floor... huhuhu... sedey..(T__T)

Just refresh benda yang yang berlaku minggu lepas, meeting yang sepatut nya berjalah pada pukul 3 petang tapi kelewatan atas sebab masing-masing datang lambat. but I tak pernah lewat tau. sebelum timing yang sepatutnya i dah duduk dulu tanpa dipelawa. hikhik... pukul 3:45 pm baru bermula, saya pun tak tahu kenapa masing-masing yang join meeting tu panas baran. adeh... dia suruh dia. dia merngarah dia untuk buat presentation. entah lah. but saya diam saja. tak mahu keruh kan keadaan. tiba-tiba terpacul satu statement dasyat seolah olah mengarah dari mulut salah seorang ni.


"I dah instruct u untuk buat benda ni"
"Sorry ok, I'm not your staff, buat apa i buat kerja yang bukan i yang kene buat" tambah satu suara seakan marah tapi pandang muka saya.

OMG... jangan pandang saya macam tu, bukan saya yang kata menda tu. Balik kang. Just kick off meeting. jangan emo sangat. dah habis masing masing balik okeh. (T__T)

Memang semua orang tak suka diarah. tapi kalau mengarah entah lah...Boss saya selalu cakap.

"wanie u ni baik sangat lah sebab tu semua orang berani buli u.
mengarah u buat kerja sedang kan itu ukan kerja u. "

Diorang kalau menyuruh bukan main lagi "wanie tolong i" wanie buat tu" "wanie buat ni" saya tahu kekadang saya ni terlalu overdose bila buat kerja tak membantah tanpa ambil tahu skop kerja sendiri yang macam mana tapi sekarang tak boleh macam tu. kekadang saya benar-benar tertekan. nampak sangat ada sahaja muka -muka yang nak membuli. Benci sungguh. nasib baik boss saya baik hati tak pernah pun buat macam tak macam tu. orang lain buli staff anda sampai rasa kepala ni dipijak-pijak.. Adeh.

Lepas ini nak jadi garang boleh????? Just tegakkan keadilan pada benda yang benar sahaja.

Sabtu, 16 Januari 2010

Contest "Serlahkan dirimu"

semalam saya baca 2 kali link from pinkypwincess,cik pinky ajak join contest "Serlahkan Dirimu". Menarik bukan.. 4 kali saya blogwalking kat blog beliau.. hehe dasyat tu, sebenar nya teragak-agak nak join.. maklum lah tak ada gambar peribadi yang menarik perhatian untuk dijadikan pertandingan.. waduh.. skema ke ayat..


Layak ke saya join erk... hehe.. ish.. apa ni cik wanie tak baik cam tu.. semua layak bukan.. akhir nya saya tewas, dan terus menjadi follower beliau, tak sangka i yg ke #100 macam petanda baik je.. hahaha...dis is my first contest .. tak mengharap kan pun totally menang but kalo menang ape salah nya.. hehe..

saya tertarik dengan produck ini.. ampoules ingin tau sila klik sini

meh saya baca kan syarat-syarat nya di petik dari blog beliau (^_^) :-

1. terbuka sesiapa sahaja yang ade blog sendiri.

2.Letakkan contest banner berikut di sidebar blog anda dan banner tersebut tersebut mestilah link ke kepada blog cik pinky pwincess ini (klu xde link, penyertaan anda dianggap tidak lengkap syarat ye)



3. sila letakkan blog cik pinkypwincess di bloglist anda

4. WAJIB jadi follower sy agar anda tidak terlepas daripada mengetahui siapa pemenang contest ini kelak.. ;)

5. Buat entri mengenai contest ini dgn tajuk "cOntesT sErLaHkAn DiRiMu" ....Didalam entri anda juga perlu ada backlink ke blog saye ini

6. Letakkan gambar individu anda yg mane anda rase anda kelihatan menyerlah didalam gambar itu..xkisahlah gmbr close up muke je ke, half body ke, full body ke..yg penting pic itu adalah diri anda sendiri.

7. Nyatakan ape masalah kulit anda atau pun ape yg anda inginkan untuk kulit wajah anda..contoh nye masalah jerawat, masalah kulit berminyak, masalah kulit kering ..pigmentation,nk mencerahkan kulit, nk kecikkan liang pori2, nk menegangkan kulit muke dan ape2 sajelah. ini penting supaya sy tahu ape yg sesuai untuk kulit anda apabila pemberian hadiah kelak sekiranya anda berjaya.

8. Di dlm entri anda sila nyatakan anda mengetahui contest ini dari blog siapa.

9.Sila tinggalkan URL contest anda di ruangan komen pada entri ini.(sekiranya letak url di komen pada ruangan entri yg laen, penyertaan anda tidak akn diterima.) dats it!

Tarikh tutup :15-02-2010

dan ini picture yang di pertaruhkan.. (^_^)



Kalau bicara tentang maslah kulit berminyak, jerawat tu perkara biasa kan tiap-tiap bulan dan tiap-tiap bulan dan kalau boleh nak kecikkan liang pori-pori dan menegangkan kulit..

check jap dah penuhi syarat lum
  1. ada blog sendiri ( memang ada pon)
  2. contest banner ( pon dah ada kat left side)
  3. masuk kan pinkypwincess dalam blog list ( dah ini bukti nya..)
  4. follower?? dah jugak...
  5. buat entri?? (yup.. ni lah dia...(^_^)
  6. gambar dan masalah kulit seperti diatas...
Rasa nya semua dah lengkap... doakan kejayaan saya... ahakzzz aminnnn...
sekian...

Berlaku Curang??? memang benci



Entry ini saya penah bubuh dulu.. tapi saja je bubuh balik ..sebab teringatkan abg angkat saya yang sepatut nya minggu depan melangsungkan perkahwinan tapi batal gara-gara si perempuan main kayu tiga..

Ramai kengkawan dia yang intip si gadis ada hubungan lain dengan lelaki tu.. tapi kerana cinta dia lansung tak percaya.. bagi dia tunang nya adalah lebih benar dari percaya mulut-mulut orang..si gadis dok kat kuantan dan dia dok terengganu.. jauh bukan...Mungkin dah tiba masa Allah nak tunjuk sapa yang benar dan sapa yang salah abg angkat nak cari punca sebenar dan sanggup minta cuti untuk intip pergerakkan tunang tersayang.
yang lebih memalu kan dan mengaibkan, abg angkat terjah rumah sewa tunang dia, nampak dua tubuh tanpa seurat benang di badan.. buat apa.?? hanya mereka yang tahu.. Kesian kat dia.. tak tahu lah macam mana sekarang ni... (T__T) empat tahun menyemai cinta, akhir nya terlerai begitu sahaja..

Semua orang mungkin pernah mengalami benda ini, atau mungkin lebih dasyat lagi kan.. (T__T)

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta

Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Kutemukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

bila dengar lagu ni, ketahui laaa aku mmg benci lirik lagu nyer... kekadang bile teringat balik kisah hidup aku... aku terasa geram, sakit hati dan benci sngt pada insan bernama lelaki.. kekadang diaorg bnyk tul alasan yg pada hakikat nyer ingin lepas kan kita... tpi cakap laa perkataan yang nk jaga hati kite "WANIE.. AWK TERLALU BAIK BUAT SYA" "SAYA RASA AWK BOLEH DAPAT LELAKI LAGI BAIK DARI SAYA" "SAYA SAYANG KAN AWK.. TAPI NAK BUAT MACAM MANA JODOH KITA TIADA" "SAYA TAK MAMPU BERIKAN KEBAHAGIAAN BUAT AWK" "AWK DAH BANYAK BERUBAH.. TAK MACAM DULU.." " SAYA CUBA SAYANGKAN AWK.. TAPI..."

bull shit laaa sume tu... geram giler bile ingat kan balik... sume tu alasan jer semata2... kalau sayang kan saya tak da nya awk nk tinggal2 kan saya ni... pas tu.. bile dah putus dengan perempuan lain.. nk terhegeh2 datang blik.. plsss laaa aku memang tak kan pandang daa... ingat aku ni tmpt pakai buang ke...n ingat aku ni tak da rupa ke nak carii yang lainn....
soorry... aku takkan kembali pada yang dah lukakan hati aku ni..tak kira laa aku sayang ke atau tak..
sekali dah hancur kan hati aku.. sampai mati aku ingat.. tak da peluang kedua untuk KAMU!!!!!!!!

ada satu kisah... dari luahan hati aku untuk sume... kisah ni mmg terjadi pada aku sendiri.. tapi terlebih dahulu aku nak minta maaf sekiranya.. ada terkait atau kecik hati...terasa nk tulis mcm cerita novel jp...

"Dulu.. aku ada kenal seorang lelaki dari kelantan.. dia menetap kat kl ni sebb dapat keje kat sini.. aku knl dia pon dah lame.. kiranya.. dia dah jadi kawan baik aku ..dia penah ceritakan kat aku.. yang dia ada kawan baik.. yg dia kenal dari kecik lagi.. tapi malang nya,.. lost contact.. aku tak ambik port sgt pon..yee lah cerita lama dia kan..

terus terang aku kata kan yang dia ni memang minat kat aku sebab kekadang bile dia wat lawak.. lawak nya seolah2 meluahkan perasaan kat aku.. aah... biasa r kan lelaki.. aku pon tk anggap pape sangat sbb mase tu aku baru putus cinta, malas nk cari.. sebab hati masih pedih lagi.. ( gilerr r .. bile ingat kan balik.. nk cekik jer ngan ex aku tu.. haahaha ).. 6 bln dia cuba tarik perhatian aku untuk terima cinta dia... dan akhir nya aku tewas... maksud aku.. tewas tu... dia cuba ambil hati aku.. dengan mmbawa aku jalan2 kat kampung dia.. (jauh tu sampai kelantan...)

aku betul2 rase hipokrit waktu tu.. ye laa .. gi sana aku pakai baju besar, tudung labuh .. semata2 nak ikut kehendak dia... klo korag nk tahu.. dia nya family mmg warak.. aku tk bermaksud kata kan diri aku ni jahil.. tapi tak de r berpakaian seperti tu klo kuar jln2.. bagi aku.. dia kan kawan aku.. tentu laaa aku nk jaga hati dia... fuhh.. mmg berdebar waktu tu...

sampai sane..sume berjalan lancar,nampak dari air muke mak n ayah dia tanda suka kan aku, tibe2 mak nya... kuar kan statement "wanie..ewann.. korang jgn selalu kuar sgt kt KL tu.. tk manis dipndang org lgpon kite ni org islam.. kalo nk selalu jmpa, ikat laa dulu.. " mmg terkejut aku dibuat nyee mase tu.. yelaaa tk da fikir sampai jauh tu..
nk ckp tk suke... bohong r kalo aku kata yang aku tk suke.. sbb aku nmpk tnda keikhlasan pada raut wajah dia terhadap aku, n aku terasa hati ni sedikit berputik untuk sayang kan dia..

sejak jumpa family dia.. kami mmg kerap berjumpa..boleh dikatakan dlm seminggu tu, 5 atau 6 kali jumpaa.. tpi yang pelik nya.. kami tak pernah declare pape.. ntah laa aku nk ckp takut, tak pon.. sebb dah kenal lama dgn dia.. ermm mungkin sbb dia tk mule kan dulu kot.... yang buatkan aku jatuh hati dengan dia, dia tak penah merungut, sanggup korban kan masa, wang dan tenaga.. tu yg wat kan aku sygkn dia..

aku ingat lagi..mase last jumpa,time tu aku nak turun dari kete dia tetibe terpancul ayat dari mulut aku..
"awak.. saya sayang kan awk..". dia memng terkejut waktu tu.. yee laaa aku tk penah kuar kan statement mcm tu seblum ni.. aku bkn jual mahal tapi ingin mengenali.. sebb aku sedar sapa diri ni... betul sumpah.. aku amat menyaygi dia waktu tu.. aku nmpk...dia senyum.. dari air wajah dia mmg terharu sgt.. aku tutup pintu kereta.. lambaian tangan ku berikan tanda lega dari hati..

tetiba dapat msg dari dia yang berbunyi..

"wanie.. saya sayangkan awk jugak.. sya betul2 terharu tadi bile ayat tu akhir nya awk kuarkan.. rasa tak mahu blik pon ada... hehe"

bile baca msg tu rase nk tergelak pon ada... aku pon balas...

"gatai.... mcm ni tak mau laa ckp lagi... karang awak tak mo blik.. hehe.. "

dalam hati ni.. mmg benar2 rasa dihargai.. mungkin sekali lagi Allah nk bukakn pintu hati ni menerima insan yang bernama lelaki..aku nangis wartu tu, tanda bersyukur sbb dapat lelaki yang betul2 sempurna dimata ku..

Keesokkan hari nyaa, aku terima msg dari dia.. dia cakap ari ni dia keluar ngan kawan baik dia datang dari johor..aku pon bls laa

"hati2.. jgn gatai2 yer.. nanti sya tak mo kawan ngan awk lagi..huhuhu "

tetibe rase berat sgt hati waktu tu.. aku tk pulak terlintas nk tnye.. kawan dia tu lelaki atau pmpuan.. sbb aku percaya dgn dia.. tpi biarkan jer.. selama ni pon aku tk pnh tnye dia kuar ngan sapa n kat mana.. yg pnting dia selamat..

tapi... pelik sgt ari tu, aku tunggu dari pagi smpi mlm.. tk de 1 msg n pnggiln dari dia.. mule2 aku nk tunjuk ego gk.. biarkn jer... ye laa dia jmpe kawan lama.. mesti lupakn aku jp.. yg pada hakikit nya.. dia tk pnh wat cm ni.. huhuhu... sedey pulak..last2 seblm aku tidor.. aku dengan nada merajuk pon tulis r msg..

"kuar ngan pmpuan r tu... smpi kite pon tk ingat kn.. huhu.. tkper laaa nk tidur dulu.. selamat mlm.."

terus aku silent kan handphone... n tidur..

pagi esoknya aku terima msg dari dia...panjang... terkebil2 mata aku tgk...ye laa bru bgun waktu tu...

assalamulaikum ..wanie... maafkn sya.. sya tak bermaksud nk biarkan awk tertggu2 pnggiln dari sya.. mgkin awak kecik hti dgn sya kn... semlm.. sya tk kuar gi mana2 pon.. ada kat rumah.. sengaja tak jawab pnggiln n msg awk.. maafkn sya.. sya betul2 buntu waktu ni.. mggu ni sya bz sikit dengan keje.. n mungkin tk dpat jumpa n msg awk..mggu dpn bile dah settle sume keje.. kite jumpa.. harap awak phm.. byee waslm...

klo korang r kat tempat aku.. per korang rase?? sedey weyy.. pe dose aku smpi tetibe dia berubah?? tapi.. aku cuba kuat kan semangat.. aku bls msg dia..

" waslm... tak per.. awk settlekan sume keje awk tu.. saya tak mahu awak buntu.. nnti klo rindu msg r sya.. jga diri n keshtn yaaa...byee waslm..."

yaaa.. mmg aku nangis waktu tu... tak tahu nak cakap per...rase tertipu, kesian.. ntah laaa.. biarkn mse tu cpt berlalu..aku ingin benar mngetahui nya..
tapi.. malam tu.. tetibe aku dpt pnggiln daripada dia.. Ya-Allah.. seronok nya.. dia nak jumpe aku... tanpa bersolek.. aku bersiap ala kadar je.. n jmpe dia..
dari jauh aku nmpk kete dia n lmbaian tgn dia.. aku pon msuk dlm kete.. tetibe hati ni rase sebak..aku pon tk pasti knp tetibe perasaan ni mnghantui aku... tpi.. aku try cover lagi..
dia tak mcm selalu.. yg bnyk berckp.. tpi kli ni diam n terus memandu.. aku pon tk thu kt mne dia nk bawak waktu tu.. last2 aku terpndang bhagin kerusi blkng kete dia..ada bantal, selimut, bear yg aku bg n beberapa beg ...
aku terlintas bertanyaa..

"awk nk sewa bilik ngan sya ke sampai bnyk barang awk bwak ni...ooo nkl yer.. nk dok dgn sya..hehe" dia cume senyum jer...."

lama dia diam kan diri.. last2 dia ckp... "pasal barang ni laa sya datang nk jmpe awk.." mmg berdebar dan nak tahu perkara yang sebenar huhuhu
dia tarik nafas pnjg... n mule cerite... Ya- Allah... aku betul2 tak tahu.. yg dia nk balik kelantan rupanyaa.. knp dia harus rahsiakn perkara ni kt aku... dia ckp.. tawaran dia untuk transfer ke kelantan diluluskan.. dia buntu nk pilih samada nk gi atau tak... tpi akhir nye dia mengalah.. dengan alasan nk jga fmily dia.. Dan aku... aku ni mcm mne?? nk biarkan terkontang kanting seorg diri... aku tk suke jawapn tu.. aku mmg nangis.. nk thu nk kata gembira atau tak.. sbb aku bru luakn perasaan pada nye 3 ari sblm mlm kejadiannn...

dia pegang tgn aku ... dan berjanji tunaikn janji dia.. nk jadikan aku tunang nyaaa supaya aku tk buruk sangka diatas kepemergiaan nyer... aku redhaa n cube senyum.. tpi tawar, hati ni terasa pedih tk terkata..
sejak dua hari dia pergi.. aku betul2 rase sunyi.. jarang dah kami berbual n msg cm dulu.. sbb seingat aku dulu.. kakak dia penah ckp yang dia tak suke adik dia msg2 n call2 selalu... atas alasan tk manis.. jdi aku pendam kan perasaan ni walau rindu yg makin menebal...

mlm tu dia call aku .. dia ceritakan lagi sbuah cerita yang mngejutkn aku.. nasib baik aku tk sakit jantung dgr cerita dia tu.. huhu.. dia ckp kawan baik dia.. dak pmpuan tu dah balik.. cara dia ckp.. dia benar2 rase gmbira bile tahu dak tu blik... dan aku... knp aku rasa sedih n terasa semakin jauh dari dia... nk lgi bile dia sentuh bab yang benar2 wat aku terasa.. dia ckp.. mak n kakak dia minta pertolongan dri dia untuk hntar gi kje n balik keje... tetibe buat kn hati aku betul2 panas.. mana tak nya..dia pulak mengiya kan jer.... yee laaa sebln dua leh lagi kawan.. klo 3, 4, 5 bln.. korang rase ada perasaan kawan tu lgi ke... aaahh tak percaya aku.. dia lak taburkn dgn kata2 n janji manis kt aku.. ye laa kami rancang nk bertunang.. aku try nk lepaskan dia tapi dia tak mahu... malm tu akuu tidor dgn hati yg sakit sekli

Ntah laaa.. mase keesokkan ari nya... terdetik nk gi KL sentral sbb nk beli charger hp..sbb charger tertggl.. aku takut dia call aku tk dpt.. lalu aku putus kn untuk beli kt situ..
pas beli.. aku gi kedai buku.. tgk2 ada majalah menarik untuk dibeli..pas beli.. aku turun dari escalator tu..
tpi aku btul2 terkejut.. aku nmpk sekujur tubuh yang benar2 aku knl... Dia!! mmg Dia yang aku nmpk,... senyumn n raut wajah nya aku bnr2 ingat...tpi sapa kat sebelah dia tu..??? seorg pmpuan bertudung labuh n mengenakan jubah.. aku nmpk name tag student dari sbuah University.. yang lebih memeranjatkan aku.. diaorg kelihatan betul2 mesra.. berpegangan tangan.. n diaa.. dia mencuit pipi gadis tu..yg aku pasti mereka bkn muhrim... klo ikut kn dgn sifat keperibadian dia..mmg aku tk percaya smpai hati dia wat cm tu..huhuhu...

geram, marah, tu yang terlintas dlm hati ni....
aku tanpa berkira.. terus berhenti betul2 depan diaorang...aku cume cakap... "TERIMA KASIH......" dia benar2 terkejut waktu tu....mana tak nya.. mungkin ingat aku nak serang dia... tapi AKU??? AKU rase puas walaupon pendek jer kata2 itu.. sbb tu je yang dpt aku gmbarkan perasaan aku.. aku berlalu pergi tggl kn dia.. aku nampk dia terpinga2.. pmpuan tu lak cm blurrr... bengong... aku dengar dia jerit n pnggil nama aku... aku gi n wat tak tahu jer.. terus ke LRT putra n punch kad terus menuju blik umah mkcik aku...dlm hti ni ckp "padan muke ko.. aku dah dapat punca sebnarnya.."

aku benar2 rase tertipu.. n tertanyaaa... pe motif dia wat aku cm ni.. ???? dia ckp dia gi kelantan.. tpi yang aku nmpk tu sapa???? hantu??? terasa bodo bila ditipu mcam ni... msg2 n pnggiln dia aku tk jawb lngsung... geram, mcm2 nk ckp... tk perr laaa ari ni ari ko.. akan dtg hari aku lak..."

ps :- jgn terlalu mudah percaya kan org.. kekdang yg baik tu laa yang tak leh percaya...

Jumaat, 15 Januari 2010

Saya jadi salah seorang GengBlogger (^__^)


Bila nak buat entry ni, sebenarnya banyak kali saya memikir kan tentang nya, tapi nak tulis juga.. Terus terang saya katakan dulu masa buat blog sendiri hanya lah untuk sekadar mengisi masa lapang di samping jadikan blog sebagai diari harian. saya ni bukan lah jenis gadis yang gemar bersosial, keluar dengan kengkawan ker, melancong ke, kawan pun tak ada lah ramai, sebab masa zaman study pun saya ni pendiam diantara kawan-kawan.. Bukan kata sombong, tapi entah lah dulu saya sangat comot kot,sebab tu lebih biasa memencil kan diri dari mengexpose tak macam dah kerja sekarang.. hehe..

Bila baca blog orang saya suke membaca secara spontan tanpa meninggalkan jejak.. kiranya i ni adalah silent reader hehe.. Hati memang nak hantar komen, tapi segan, segan sebab apa entah.. Malu nak gambarkan (T__T). Tapi bila tengok orang popular di kalangan blogger-blogger mula lah cemburu buta.. apa ntah kan.. hahaha.. tak apa tahun ni saya tak akan jadi macam tu lagi, nak blogwalking kat rumah blogger-blogger yang sedia ada..siap tinggal kan kesan lagi kat blog korang.. hahaha

kemarin saya terjumpa 1 laman dimana blogger-blogger melebar kan sayap nya untuk berkenalan ditambah lagi dengan masing-masing berlumba untuk naik kan traffic bagi mendapatkan income nuffnang yang paling tinggi.. Sonok tengok gengblogger.com . semua ramah-ramah.. Mula- Mula tengok saya agak teruja sebenarnya, mana tak nya, tak sangka salah seorang rakyat malaysia boleh dapat 3K sebulan dari beliau berblogging.. Aduh.. kenapa lambat ya saya tahu benda ni semua?? atau kah mungkin kerna sibuk bekerja.. uweeek.. tipu tu...

Saya nak beritahu blog-blog yang saya gemari untuk dilawati, selain saya beli secara online hehe.. i love shopping very much.. hehe
Ya Nama gadis cantik tu hanis Zalikha tak sangka dalam diam dia leh dapat anugerah lagi dengan karya dia yang memikat hati pembaca.. dan saya pun tak terkecuali.. (^_^)


Zaman sekarang ni, jodoh di alam cyber bukan suatu yang asing bagi remaja mahupun golongan dewasa. Ada yang bertemu jodoh dalam myspace, facebook mahupon blogger. Dapat pasangan terbaik adalah satu anugerah tak semua milikinya..kalau dah dapat yang terbaik doa kan semoga berkekalan hendak nya dan yang saya maksudkan tentang ini adalah Chika. Best giler baca blog dia. walaupun setiap entry dia panjang giler ditulis.. tapi terus terang katakan bila sekali dah bace mesti jadi gian.. hahaha... Diawal perkenal dia dengan hubby nya, dia pun tak menyangka itu jodoh nya.. yelah kenal tanpa melihat wajah.. tup tup akhir nya kawin selepas beberapa bulan menyemai cinta...
hebat bukan ?? (^__^)

dan yang terakhir nya, Saya mengenali nya dengan bear pink gemuk belaan dia.. hahaha.. tak adalah sebenar nya beliau ni dikenali diantara blogger yang ramah disamping ayat nya ganas tapi mempunyai maksud tersirat.. Cik Epal itu nama panggilan beliau.. mudah masuk blog dia tanpa menunggu loading yang terlalu lama (^_^).. sonok baca entry-entry belian yang di buat secara spontan...
all the best..

I pun nak jadi cam diaorang jugak.. hahaha...
itu sahaja entry kali ni..
bubbye