Khamis, 25 Mac 2010

aku ingin mobil yang besar~~~~~ yang besar-besar saja


yang besar-besar saja~~~

Pakwe nak yang besar? saya tak kisah.. asal kan ada yang sayang. hahaahhaa.. tak.tak. jangan.. saya dah ada yang sayang ok.berbalik dengan title entry tu cam pelik je bunyi nye.. Sila abaikan kalau kurang mengerti, heheheee...nak nyanyi lagu sebenar nya, tapi lirik tak ingat.. hahaaaha.. hmmm.. nak tulis apa ya malam ni?tiba-tiba terpandang handphone kat ebelah. dah jarang dah dia berbunyi.masa zaman muda-muda dulu aktif benar dengan msg. bila dah dewasa-dewasa ni kureng sikit.

Bila bercakap dengan handphonem huh... kemana saja pergi, orang sibuk bebenor cakap pasal black berry. Kenapa ya? ada apa dengan black berry? hmmm...Padahal kita ni je yang kuno, lambat pickup dengan teknologi baru. hahahaaa.. tipu je. Actually, sekarang still pakai nokia 5800 express music
rasa sayang pulak nak tukar.tu punca nye yer.. bukan i tak mahu change another phone k.. :P (padahal tak dak duit nak tukar lain.. hahaahaa)

Flash back zaman remaja duit. handphone pertama yang saya beli waktu itu, SAGEM . gini bentuk nya.


Ingat lagi waktu tu beli bukan second hand or third hand tau.. but forth hand.. dasyat kan. kalau tengok rupa tepon tu. rasa kalau baling kat anjing, anjing pun larikk !!! tapi keinginan nak kan tepon tu meluap-luap macam nak meletup jantung ni. Akhir nya saya tewas. berbekal kan duit raya yang ada sebanyak RM180.50 saya beli tepon tu dari kawan pakcik saya. (Eceh.. macam cerita lak gayanya.. hehee)

sim card pulak. mahal sangat-sangat waktu dulu. tak salah saya dulu ada line lain sebelum kewujudan MAXIS, CELCOM or DIGI tapi.. macam TIME CELL, ADAM and lelain. tapi saya tak guna kan line lama tu. Hotlink pilihan saya. beli pulak degan harga RM98 untuk 1 sim card. mak aiiii... sanggup simpan duit sekolah, ikat perut semata-mata nak beli sim card tu. kalau SMS-SMS ni, mana main macam sekarang ni.. dulu 1 msg 20sen, pas tu turun 10sen. tengok sekarang siap ada reward bagai, sampai tak da kena tolak kredit.

haiii... tengok sekarang ni. Touch -N- Go pun dah leh pakai handphone. just Touch Phone -N-Go. pas ni tukar apa lah kan.. Sejak keja kat telekom ni, terpaksa guna bil. tak leh pakai topup-topup. Hari tu try change pakai topup. Leh lak tengah urgent pasal kerja tetiba kredit lak habis.. uwwwwaaaaaa rasa nak campak je tepon ni. marah hotlink sebab makan kredit kita cepat sangat. tu tukar pakai bil. huhuu....

Kata Hati :- rasa dah jatuh cinta pula lah dengan IP PHONE 3G ni.. masa try pegang kat maxis center. rasa nak je beli.Dah lah nipis n kurus. bila sentuh secara lembut pun dah leh bukak application.tak macam Nokia 5800 tu. Dah.Dah berangan...heheee..
k. Sekian...ღ(✿◠‿◠)ღ

Tiada ulasan: