Jumaat, 26 Mac 2010

ya.. saya suka baby



sapa kata jaga budak kecik ini membebankan?? sapa yang suka budak-budak mesti membangkang 100%. bagi saya, seronok jaga budak-budak ni. Diaorang ni ada 2 jenis peal. Kalau yang baik, memang baik lah sesangat. but yang lincah ni kena pandai menjaga nya, yang paling penting jangan terlalu manja kan sangat. Karang apa benda yang diminta nya kita kena tunaikan. Kalau tak bagi tengok lah dalam masa 20sec. Dibantai nya dengan rajukkan serta nangis yang boleh menggegar kan rumah.Dan jiran pula.. Mula lah gossip-gossip kata kita bantai budak kenit tu. Padahal tak pun. cuma tak berikan apa yang dipintanya sahaja kan.kan (T__T)

Saya ni dah tak ada adik-adik kecil yang boleh dikira paling muda lah (sekitar 1-4 tahun) . tu hah.. yang bongsu pun dah besar, sekarang ni usia dah menjangkau 12tahun. tak tahu lah dah baligh atau belum. opssss.. terlebih pulak.. hahahaha.... Okeh. kat rumah, family memang panggil dengan panggilan "ALONG". Nampak macam ganas kan dan tak kena dengan muka. hahaha.Entah budak-budak ni. bila suruh tukar panggilan tu dari "aLONG" ke "KAKAK". Masing-masing buat muke kegelian.Kepehal korang.lempang laju-laju kang melakat kat dinding nanti.Hahahaa..

ayah saya still kerja lagi. usia beliau baru sahaja mencecah 50tahun. tapi tahun ni dah up satu tahun lagi menambahkan lagi usia yang sedia ada.Manakala mama ku yang cumel dan masuh mantop ni baru berusia 48tahun ini.Mama tak kerja macam ayah. Jadi housewife sepenuh masa sejak saya dilahirkan lagi. Mama selalu pesan buat saya dan syuhada (adik kedua)

"nanti kalau dah kawin, kalau suami mampu untuk sara hidup..
jaga anak korang sendiri, Jangan biarkan orang lain yang jaga..
Biarlah anak yang kita susu serta didi itu daripada tangan kita sendiri...
Budak-budak dulu dengan sekarang banyak betul perbezaannya..
sekali abaikan dia.. senang benar dia terpesong dengan dunia luar..."

"ingat tu..............." tambah mama lagik..

Mungkin benar juga kata mama, tengok lah macam mana satu hari nanti.. kalau suami along boleh sara kami anak beranak.. along akan benti kerja. but jika disebalik nya.. alongstill lagi akan kerja..insya-allah..doa yang terbaik semoga dijauhi anasir-anasir jahat kat luar tu.

Bila bercerita tentang budak-budak ni.Actually.. Mama saya jaga anak orang.. Pada siapa yang penah baca entry saya sebelum ni mesti tahu tentang ni.Sorang gurl and sorang lagi boy.dua-dua berlainan emak.. yang si gurl ni nama dia insyirah Fatin panggil "SYIRAH" dan sorang lagi Mohd Ilham, panggil lak "Ilham" dua-dua kiut.. but si syirah ni.. lain sikit dia sangat lincah yang teramat sanagt. Umur baru sahaja 1 tahun 9 bulan tapi.. bila bercakap mengalah kan orang dewasa. Pot pet pot pet je memanjang. Nak tido pun kena nyanyikan lagu. Kalau tak sedap suara kita. kita digelak nya. hahaha..eleh dia tak sedar diri dia tu pelat.. Nakal bukan. tak macam si ilham ni. umur dia baru 1 tahun 4 bulan. Aduh baik teramat sangat. kalau nangis pun bila time lapar nak susu, biak or kencing tak pun nangis sebab kena ketuk dengan si kakak kenit ni.

Sejak kerja remove dari rumah ni. banyak jugak lah masa saya dengan diorang ni ditambah dengan ilmu camna nak jaga budak-budak ni.. One day nanti kan akan kawin. kenalah pratis sekarang kan.kan. hahaha.Budak-budak yang lincah ni.. memang cepat betul belajar dan tangkap apa jua yang kita buat mahupun bercakap. tak percaya. meh tengok video s syirah ni. Bila diulang banyak-banyak kali. rasa nak pecah perut gelak. ye lah pelat lagi kan. tapi bersungguh nak cakap. (^___^)


Actually sebelum ambik video ni ada record dia ada nyanyi


"Nak kelat...? hahaa.. macam2 lah kakak ni"

Kata Hati : hai.... bila lak nak ada baby ni pulak.. hihihi... okeh... dadaaaaaaaaaaa

Tiada ulasan: