Khamis, 25 Mac 2010

Saya suka Origami



rasa rindu pulak dengan zaman belajar sekolah rendah.. mak aii.. jauh betul waktu itu.. rasa-rasa korang ingat tak tentang "ORIGAMI"??? mesti ada yang tak paham atau buat-buat paham.

Okeh. research kejap dekat wikipedia.


Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.


Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cinaadalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

sekarang baru ingat balik kan. kalau dulu.. saya suka buat kotak. rasa itu yang paling senang kot. Member pula siap beli CD origami lagi. sebab kat dalah CD tu. kita boleh print mana-mana bentuk origami yang diminati plus diajar cara untuk membuat nya. Contoh macam buat HEART.

click SINI untuk lihat

kalau still kurang paham leh saja tengok kat you tube ni.. Klik cini ❤❤❤❤❤ (untuk heart)

tengok.. rose pun cantik jugak.. haiii... karang nak test buat ni.. heheheee...

kalau nak belajar cara buat nya sila klik cini ROSE

Okey. jangan lupa try nanti.. :)

2 ulasan:

tujuhhariseminggu berkata...

e eh... santeknye rose tuh...
nak wat gak la..

wanie™ ◕‿◕。ღ berkata...

buat kan untuk kite satu erk.. hehehe...