Ahad, 30 Mei 2010

Selamat Hari bapa :)



Bukan selalu menghabiskan masa bersama sekeluarga, disebabkan masing-msing mempunyai komitment sendiri, begitu juga dengan aku.




Ditambah pula dengan mood kurang baik mama sejak dua menjak ni, mahu tak nya, sejak ayah dah buka campany sendiri, dia asyik sibuk dengan kerjaya nya kesana sini, sampaikan urusan family pun jatuh ke tangan ku. Alasan ayah, nak cari duit untuk kami sekeluarga, kata ayah, "tak salah kan kalau along uruskan pembelajaran adik, sebab along kan anak sulung," . Ya.. aku tahu tu tanggungjawab ku.. tapi setiap kali planning untuk bercuti selalu terpakse ayah cancel kan, gara-gara mendapat panggilan urgent .rajukkan serta rungutan mama buatkan aku benar-benar rasa serba salah.."Sabar yer mama..jangan fikir bukan-bukan.. along tahu mama lebih mengenali suami mama seadanya berbanding dengan kami.. anak2 mama ni..." :'(

Walaupun sibuk dengan kerja dan pulang lewat ke rumah... soalan yang tak pernah lekang dari mulut ayah bila melangkah masuk ke rumah. "mana mama? dah tidur ke?"dari kecik sampai besar tu lh soalan yang akan terpacul dari mulut dia.. walau sibuk,ayah tak pernah lupa pada isteri tercinta :) "adik2 dah baca buku? cam mane dengan diaorang pergi sekolah atau tak?".. dua soalan itu adalah soalan wajib disoal olah ayah kekadang sengaja adik aku jawab sebelum ditanya.. hehe..

Cerita pertama

Teringat sewaktu aku menyambungkan pengajian diploma in IT di Kuantan. Dalam kelas tu, hanya aku yang tak mempunyai komputer riba mahupun PC.Ayah kata dia tak mampu untuk membelikan untuk aku memandangkan adik-adik ku masing-masing masih bersekolah dan lebih memerlukan duit. Aku akur sebab aku tahu, family aku bukan dikalangan orang senang.. Kalau waktu pengajian dulu, aku ada menerima loan MARA, tapi kalau dikira tolak mana lah cukup rm385 sebulan,dengan makan, duit photoshat mahupun print assignment (sekeping saja dah 50sen, tu baru 1 assignment, kalau banyk..paham2 je lah.. terpakse ikat perut.. huhu)Nah.. sekarang dah hampir 2 tahun aku menamatkan pengajian aku..dan sekarang aku dah bekerja untuk bantu family aku.

Cerita kedua

Masa tu bulan puasa, aku pula waktu tu berusia dalam lingkungan 15 tahun.... sepulang nya ayah dari umah nenek.. angin dia sangat tidak baik petang tu.. terus ngamuk2.. kami adik beradik terkedu menyaksikan perang mulut antara mama dan ayah..tak pernah aku tengok dioarang bergaduh sampai cam tu sekali.Takut giler waktu tu, tangisan adik-adik tak diendah kan mama dan ayah, aku pulak bawak adik-adik masuk ke bilik.. dengan alasan tak mahu diaorang ketakutan waktu tu..Punca pergaduhan.. sebab salah paham keluarga ayah dan ipar duai (macam dalam drama kat tv tu yang boleh porak perandakan keluarga.. :'( ). Sampai kan aku dengar mama jerit minta diceraikan.. ayah terus tepaku menangis lalu memeluk isterinya..dari sayup kami adik beradik dengar ayah meminta maaf.. ingat lagi ayah cakap kat mama "La.. maafkan abg, bukan niat abg nak marah dan menuduh Lela bukan2, abg keliru dengan keluarga abg atau pun isteri abg sendiri.. abg sayang kan la dan anak2 kita.. abg janji akan cari punca salah paham tu.. " ego-ego ayah pun, kalau dia lihat isteri tercinta menitis air mata, dia kalah terus..aku tahu mama tak salah.. tapi tu cerita lama.. yang penyebab punca pergaduhan tu ada datang ke rumah, mohon maaf, kerana memfitnah.. itu cerita lama, kini masing-masing dah berbaik-baik semula..

Cerita ketiga

satu kejadian telah berlaku, waktu tu, baru seminggu aku bekerja..tak salah aku tahun 2008.Kejadian tu berlaku masa kami sekeluarga ingin menuju ke kajang dimana tempat abg sedara aku akan melangsungkan perkahwinan.. tapi mungkin malang nasib kami sekeluarga, dompet ayah kena curi oleh orang yang tak dikenali sewaktu berada di dalam tandas.(kami berhenti di stesyen Petronas) korang bayang kan, tak cukup duit dalam dompet tu dicuri nya (adalah.. dalam RM400) malah dalam akaun dia pun turut dirompak, RM12k tu, . Pengurus kat situ macam tak bertanggungjawab langsung, @#$%^## betul... sakit hati aku ni..
2 bulan kami sekeluarga "ikat Perut", nasib baik lah, rezeki aku murah di tempat kerja baru ni.. dapat jugak membantu family, dan sekarang alhamdulillah... semua dah kembali normal.

buat si pencuri : tak selamat hidup ko nanti... satu hari nanti dapat lah balasan setimpal dgn per yang ko dah buat

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤



mungkin aku tak merasai apa yang ayah rasa sebagai ketua keluarga kerana aku sendiri belum berumah tangga.. ayah perahsia orang nya,ayah selalu cakap.. biar dia tak bertukar2 baju (beli baju baru) janji anak dan isteri dapat.. mana tak sebak... :'( Buat Ayah.. ingin ku ucap selamat hari bapa..Tak kira besar atau kecil jasamu pada keluarga kami hargai buat selama nya.. Sayang kat ayah !!!

Tiada ulasan: