Selasa, 7 September 2010

Lengang!!!!


mood untuk kerja hari ni semakin hilang, hati tak sabar pulang.. tinggal 2 hari lagi untuk raya, kejap sahaja 30hari kite berpuasa. dan semakin hampir 2 tahun aku kerja di sini.

pagi tadi seawal 6.30am dah gerak seperti biasa, menunggu bus berhampiran rumah... Lengang!! tak banyak kereta yang ulang alik macam selalu. Tetiba aku teringat kata-kata ayah sewaktu beliau masih disabah lagi.

" Tahun ni kita kena raya rumah belah ayah ya.. nyayee terlantar tak leh nak bangun.."

* nyayee : panggilan nenek (bahasa jawa)

sayu saja kedengaran suara ayah.. hitung hari demi hari, dah 73tahun (rasa2nya) umur nenek aku. Ya, kami hanya berjumpe setahun sekali sahaja, memandang aku jauh dan ayah pulak outstation.jadi hari raya sahaja menemukan kami sekeluarga. Terngiang - ngiang suara gelak ketawa mereka di telinga. Rindu

PIN!! PIN!! dek, nak naik bus tak? kata pemandu bus.

Terkejut aku dari lamunan. tengok waktu dah 6:50am.ku masukkan sehelai kertas RM1 untuk tambang.bus terus memecut dalam keheningan subuh..

#########################################################

Sesampai kat office jam menunjukkan 8:05am
Lengang !!! aduhai... kat opis pun tak ramai orang, adalah dalam 5 , 6 orang yang tinggal.


Semua dah start balik kampung ya?? huhu...

tak apa.. nanti turn aku lak (T__T)

Oke. Oke ujan dah reda ni. nak balik dulu


Tiada ulasan: