Musim mengawan memang semakin menjadi-jadi..hehe... bulan ni saja 7 wedding aku attend.. dari sedara ke kawan baik semua aku pergi. Macam tu jugak baju aku beli sampai 3 pasang bulan ni, ye lah tak kan nak pakai baju yang sama je,benar-benar pancit bulan ni, tapi tak apa yang penting dapat lihat yang tersayang dihari yang bahagia. eceh...
Setiap percintaan mesti diakhiri dengan perkhawinan.. Agak2 bila lah yer time aku lak nak rasa semua ni. Nak tunggu putera raja ker?? ish.. tak boleh, i bukan nyer secantik manohara
atau
Luna.Mungkin sebab hidung ni tak mancung kot, sebab hidung i ni kembang. Adeh. . nasib baek chumel...hehe.. Mama dan ayah jenis yang sangat sporting.Penah sekali ayah bersuara,menda ni tahun lepas punya cerita. "ayah tengok along ni asyik dok rumah je cuti-cuti ni, tak keluar ker?? tak da bf ker?"
"bukan ke elok along dok umah, tolong mama ke lagipun isnin sampai jumaat keje jer penat r ayah"
(statement tunjuk diri ni baik, padahal teringin tu nak ada bf masa tu, nak wat cm ,mana diri ku ini tak laku dimata lelaki )
(see.. ayah aku ni memang sporting kan, penah sekali dua dia kenalkan dak2 lelaki yang bujang dari opis dia, tapi aku ni jer hah yang jual mahal, dengan alasan, tak ada tak advanture kalau ayah dan mama carikan untuk diri sendiri.nak aku yang terpikat dan jatuh cinta sendiri.. baru lah dapat rasa angau, kerinduuan eceh...
Dan mama, consultant yang paling aku sayangi, tak kira lah apa jua masalah atau rahsia.. dia yang aku cari.. ingat dedulu.. masa putus chenta dengan incik boyfie, bila ngadu.. dia yang nangis.. sangat touching masa itu..kena buli dengan kengkawan pun aku beritahu.
Apa yang perlu buat masa ni kerjaya biar dah stabil, kewangan dah kukuh... Tapi yang paling penting persediaan untuk menjadi isteri orang tu kena ada.Insya-Allah doa-doa kan ya.. Sebenar nya malas nak planning lebih-lebih, sebab penah sekali tak jadi, nangis tak terkira.. tu malas nak planning. Tapi bagi aku, bila dah kawin pun, tetap nak kerja juga.. ye lah nanti sapa nak bagi duit kat aku kalau nak gi shopping.. :P
Panjang nyer mukadimah... hehe.. Actually nak cerita pasal wedding kawan baik aku ni, diaorang berdua dulu satu tempat keje dengan aku ni, kat mana lagi.. Telekom. Dulu jugak kami ni dalam satu department kat Vads tapi TM dah beli VADS ngan staff kat situ, macam tu jugak dengan organization semua berubah, rin dan syafiq still in one department ( gov) but aku lak pegang project entreprise...
Tapi diaorang berdua dah tak kje kat sana, rin dapat kat esso mobile dan syafiq lak dapat kat bank muamalat...gud luck guyz...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Tanggal 13 Feb 2010 kawan ku syafiq dan rin selamat bernikah dengan dua kali lafaz. Aku lah menitis air mata macam diri sendiri pulak yang kawin, hehe.. Tak sangka kawan yang selalu bersama, gi shopping sesama, gossip bersama akhir nya jadi isteri orang.. lepas ni gelaran pun dah bertukar dari cik ke puan.. shuweet bukan..
macam rin penah cerita, diaorang ni kenal dah hampir 7 tahun.. Alhamdulillah kekal sampai kehari ni..Majlis dia, simple but look nice sangat, dari make up artist,photographer, ke pakaian pengantin, pelamin dan hidangan makan. Sangat sedap okeh.. bagi **** empat bintang.. eceh.. banyak tu..
kat sana tak banyak amik gambar sebab rasa teruja tu dua ari tak habis.. hehe.
< hantaran dari pihak perempuan & lelaki >
< grab kat facebook reen :P >
< tadaaaaa... sangat chumel kan.. >
Nak upload dari kemera digital aku ni, tapi entah mana lah wayar usb aku ni... huhuhu...
yang sangat membuat aku ni sangat lah teruja sebab nyer make up artist si rin ni.. kak Dla. very gorgeous make up dia wat.. aduh, rasa cam tak sabar nak kawin dan ambik dia minta make up aku ni.
nak tengok belog dia sila tekan SINI ada picture reen pas make up...
manakala photographer yang sangat lah hebat, sampai aku ni jadi model tanpa bayaran adalah si wadi . Gambar aku dia tak bagi lagik ni.. kena tuntut ni.. hahaha..
Sedih sikit.. sebab pas ni tak tahu dapat jumpe bila lagik kan.. ye lah masing-masing dah tak keje tempat sama..
Mish u so badly...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
tak mahu banyak cakap yang aku tahu nanti waktu aku wedding nanti nak banyak fresh follower...hehe...
Agak2 kalau macam ni leh dapat tak..? hehe..
P/S : Kak Dla, Ti waktu wanie kawin nak akak make up kan jugak tau, dan wadi.. nnti aku nak hang amik lagi picture untuk aku ni.. heeee