Jumaat, 19 Februari 2010

yeaa... dah dapat cermin mata baru

Bukan semua orang mempunyai penglihatan mata yang baik dan sempurna. Terus terang aku katakan yang aku mengalami masalah penglihatan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Kalau tak salah masa tu, usia baru 9 tahun. Makk aii... kecik2 lagi dah pakai cermin mata. Nasib baek rabun jauh.. kalau rabun warna.. tak tahu lah nak kata apa... hikhik

Kalau tak silap setengah tahun aku cuba rahsia kan dari pengetahuan mama ngan ayah.. Akhir nya, masa ayah amik report card kat sekolah. cikgu bagitahu tu yang kena marah ngan ayah.. sob~~ sob~~ http://emo.huhiho.com
Aku siap nangis memberontak tak mo pakai dengan alasan nanti muka nampak cam "mak nenek". leceh lah, tak cantik la.. dan bla~~ bla~~ bla~~.

Akhirnya tewas jugak sebab ayah pasang jerat... okeh... redha.. http://emo.huhiho.com

Apek kedai optical tu kata. 2 faktor utama yang membuat kan mata ni
  1. Baca buku secara malas --> baring (jangan ikut perangai buruk ni)
  2. Tengok TV dekat sangat (kalau boleh dengan aku2 ni nak masuk dalam TV tu )

Tak semua rasa gembira gembira untuk memakai nya, ada gak yang menyatakan akan kelihatan skema, hodoh dan tak menarik. tapi kalau pandai memilih cermin mata yang sesuai akan nampak cantik kan ..http://emo.huhiho.comnak kongsi sikit untuk memilih cermin mata yang padan, menawan dan tertawan dengan mata dan bentuk muka anda... Eceh..

Wajah bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Wajah petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Wajah bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

jelous tul ngan korang muke bujur sebab leh aja padan dengan apa jua (cermin mata, pakai shawls) sebab i muka bulat mulat.. (T__T)

Wajah segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Wajah bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.


< tak leh besar kan gambar.. malu nak tunjuk diri sebenar :P >

Kenapa yaa..tak menurun power kedua belah mata ni, malah makin naik.. padahal totally aku dah buang dah tabiat lama tu.. mungkin penjagaan mata belum cukup sempurna agak nya.. Ayah suh tengok tumbuh-tumbuhan masa bangun pagi2. Adeh.. macam mana, bangun jer.. bukak tingkap nampak kete je memanjang.. maklum lah KL.. http://emo.huhiho.com

Teringin nak pakai contact lense, tapi penakut... mama kata, kalau pakai nanti masa masak kat dapur.. buat nyer terkena percikkan minyak tu cam ne...? kalo pakai spek ada perisai.. hahahah... ada2 je mama aku tu...

tapi bila dah besar ni nak jugak nampak cantik kan..dan try beli...



.
.
.
.
.
.
.



< tadaaaa... dah make over.. :P >

Sungguh tak tipu.. dah genap 2 tahun setengah aku pakai lense.. but pakai pun hanya pergi keje dan jejalan saja... bila kat rumah tetap pakai spek.

baru-baru ni aku pergi wat spek mata baru sebab yang spek lama tu, dah hampir 4 tahun usia nya..memang dah kene buang dah...

Terkejut bila amoi kedai tu cakap power mata aku dah kurang....meh tengok...


Saper cakap, kalau pakai contact lense ni hanya untuk cantik sahaja...see.. dah kurang kerabunan mata ni...

yeaaa.. akhirnye ciap cermin mata. dengan menggunakan tips yang ada tu... akhir nya.. aku pandai pilih cermin mata yang sesuai dengan wajah ni.. chewah..


sapa yang ada silau yang tinggi tu memang kena jaga mata tu...sebab, selalu nyer yang ada silau ni tak digalakkan untuk pakai lense. takut dapat sakit migrain.

p/s : yang sentiasa penting jaga mata tu http://emo.huhiho.com

2 ulasan:

Khaizarien berkata...

camne nk kurgkan rabun neh...atie siap rabun dkt n jauh skali pastu silau pun bertambah2..hish hish

Khaizarien @ atie Blog

wanie™ ◕‿◕。ღ berkata...

atie@ teruk tu mata tu... macam yg wanie thu.. kene selalu wat check mata tu, then permkanan kne ikut cara doktor tau.. lebih kn mkn sayuran dan buah2an.. ingt tu.. selalu check mata tu tau..