- Baca buku secara malas --> baring (jangan ikut perangai buruk ni)
- Tengok TV dekat sangat (kalau boleh dengan aku2 ni nak masuk dalam TV tu )
Tak semua rasa gembira gembira untuk memakai nya, ada gak yang menyatakan akan kelihatan skema, hodoh dan tak menarik. tapi kalau pandai memilih cermin mata yang sesuai akan nampak cantik kan ..nak kongsi sikit untuk memilih cermin mata yang padan, menawan dan tertawan dengan mata dan bentuk muka anda... Eceh..
Wajah bulat
Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.
GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.
Wajah petak
Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.
Wajah bujur
Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.
jelous tul ngan korang muke bujur sebab leh aja padan dengan apa jua (cermin mata, pakai shawls) sebab i muka bulat mulat.. (T__T)
Wajah segi tiga
Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.
Wajah bentuk hati
Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.
Kenapa yaa..tak menurun power kedua belah mata ni, malah makin naik.. padahal totally aku dah buang dah tabiat lama tu.. mungkin penjagaan mata belum cukup sempurna agak nya.. Ayah suh tengok tumbuh-tumbuhan masa bangun pagi2. Adeh.. macam mana, bangun jer.. bukak tingkap nampak kete je memanjang.. maklum lah KL..
2 ulasan:
camne nk kurgkan rabun neh...atie siap rabun dkt n jauh skali pastu silau pun bertambah2..hish hish
Khaizarien @ atie Blog
atie@ teruk tu mata tu... macam yg wanie thu.. kene selalu wat check mata tu, then permkanan kne ikut cara doktor tau.. lebih kn mkn sayuran dan buah2an.. ingt tu.. selalu check mata tu tau..
Catat Ulasan