Isnin, 30 Ogos 2010
yea... saya dah makin "slim" hikhik
Khamis, 26 Ogos 2010
jiwa kacau

Ahad, 15 Ogos 2010
takut kena breast canser.. :'(

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
SUMBER dari : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/apakahkp.htm
aku pun tak mahu kena sakit gini, siksa.. macam devaki kata auntie tu dah operate dua2 belah.. still virus tu menyerang...

P/S : semua penyakit berbahaya, yang penting jaga kesihatan sebab mencegah lebih baik dari mengubati..waallahualam...
Bazaar raya??






Rabu, 11 Ogos 2010
Salam Ramadhan


Khamis, 15 Julai 2010
MYVI color pink
Baru-baru ini,Produa lunch MYVI keluaran Limited Edition berwarna merah jamboo…Actually, kalo sekali tgk memang warne pink tapi sebenar nye dazzling red .Wah sangat teruja tengok MYVI baru ni,aduh tak sabar nya nak beli.. :)
nak tahu lebih lanjut leh tengok website PERODUA
Ahad, 11 Julai 2010
Terapi ikan (fish reflexology)
Perempuan dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkn sejak azali lagi.Kalau lelaki sekadar cukup mengenakan T-Shirt dan seluar pendek pun dah boleh keluar ke mana-mana sahaja… Tidak bagi seorang perempuan itu.. kena tengok baju dulu,kalau boleh .. habis dek almari diselongkarnya… bile dah pening nak pakai baju apa.. mule lah call encik boyfie,
“Lalink, today.. kita pakai baju color sama ya.. hmmm i choose color pink okeh”
Encik boyfie yang masa tu tengah minum, tersedak kemaen..,
“Eh, tak mahu lah warna pink, kalau hitam okeh.. ganas sikit”
“alaaaa.. u ni tak sayangkan i tau..warna pink kan cantik, hari tu u sendiri cakap dekat i kalau i pakai warne pink looks like barbie doll.. “
Jawab cik gurlfie yang mule nak merajuk
“ish, u ni .. malu lah i nanti kalo org kata i ni jamboo, boleh jatuh kan reputasi i tau”
“dah tu, u nak i ikut u warne hitam, tak mahu lah.. i ni kan lemah lembut org nya, takkan nak orang tengok i ni ganas, u jugak yang malu nanti.. n dah lah sekarang ni musim panas.. berpeluh i pakai warne hitam ,tak serap haba lagi.. eeiii namo..menci u…Menci!!! menci!!!!!!!!”
tambah cik gurlfie mula membebel..
Last2 decide same color tapi warna putih.. hehe… macam2 hal kn ..
*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。
okeh!
berbalik pada tajuk asal kan,rasa nya ada dikalangan korang pernah dengar atau pernah gi kat fish reflexology spa ..Kat KL ni banyak gak spa ikan ni.. sebagai contoh kat Central Market.Rasa nya, paling murah kot, dengan harga kos hanya RM5 untuk 10mint..tempat lain pun ada juga.. macam kat Pavilion, Times Square,mid Valley.. n lelain lagi..
untuk aku sendri, rasanya dah hampir 3 kali pergi.. dan pilihan tepat serta murah, kat mana lagi, Central Market(Pasar Seni). Selalunya,mesti kena cukup 30mint baru boleh balik, hahaha..
GARRARUFA ataupun lebih dikenali fish reflexology(doktor ikan). Ia berfungsi sebagai pemakan bagi sel-sel serta toksik pada badan manusia.. Selain boleh dijadikan sebagai treatment untuk kulit..Lebih kerap kita menggunakan ikan terapi ni, lebih cepat kulit kita cantik macam kulit chinese ladies :)

Masa sebelum aku menggunakan treatment ni, aku juga tak terkecuali mempunyai masalah kulit,macam banyak jerawat , ruam pada sekitar badan.. bila gi jumpa doktor,dia cakap hormon tak stabil.. :’(
Lepas try kaedah ni.. alhamdulillah.. jerawat serta ruam pada badan makin kurang, Serius, masa try buat.. sumpah geli, ye lah ikan tu macam gigit-gigit kaki ni.. hahaha.. tu baru yang jenis kecik, kalau ikan yang dah besar, agak nya sekali dia buat sedutan kat kaki ni, terus kuar toksik2 dalam badan ni kot.. hahaha

untuk yang first trial tu.. boleh try yang baby fish dulu… :)
P/S : selalu kalo gi dating asyik gi tengok wayang, shopping2, ngan lepak2 jer.. per kata try gi tempat gini.. Sungguh!! memang romantik.. :P








