Ahad, 15 Ogos 2010

Bazaar raya??


wah.. ari ahad sudah... esok dah mula masuk office,aku akan berasa tekanan keje seperti biasa..sejak keja ni, kekadang masa tidur pun tak cukup dan siap bermimpi-mimpian ingat kan pasal keja yang makin menimbun kat office tu..benci kena arah, benci kena standby lewat malam, Menci !! menci!!..really hate this feeling.. nasib baik bulan pose, dapat gak aku cabut awal dari opis.. dengan alasan dok jauh..malas dok lama kt opis,naik tepu kepala ni

hmm...semalam sesaja merajinkan diri untuk kuar ,bagitahu mama kononnya nak gi cuci-cuci mata, kot-kot berkenan nak beli baju untuk raya tahun ni, maklum laa tak sempat nak gi jahit kat tailor, :( memula, ku gi times square. Tujuan gi sana ingat kan hanya nak gi digi centre nak check broadband, rambang tul mata aku tengok iphone tu, nak je grab sebijik bawak balik.. hahahah kemaen tamak kan, padahal dah ada handphone nokia touch screen kan. . nasib baik dihalang, kalo tak.. tewas gak duit ni dilabur kan kat situ saja.. huhuhu..

Tengok jam..baru kul12.30 alamak, awal lagi, nak kemanakah kite? tengok movie laa nak..? orite kite tengok movie,hmm... tak banyak movie yang menarik perhatian aku untuk tengok, memandangkan orang melayu masa tu beberapa kerat je yang mahu menonton movie. "bulan pose, sume still tido kat umah kot," desus dalam hati. Aku tengok cerita THE LAST AIRBENDER.Tayangan kul 2.30pm-4.20pm . not bad, aku bagi 4 bintang untuk citer ni. Sepanjang berada dalam panggung, rasa terpencil lak, sebab kebanyakkan yang tonton movie tu, india dan cina, siap makan suap-suap popcorn lagi. "Kuang asam korang, nunjuk2 lak makan depan aku erk" hahahahaha


pas menunaikan solat asar,kami gi turun SOGO.. Macam korang tahu, setiap hari sabtu kan ada pasar malam, so.. singgah gi sana, mana tahu dapat beli juadah untuk berbuka puasa nanti kan,

Makk aii... pasar malam berwajah baru,tak tahu aku nak sebut apa, sekali tengok macam bazaar ramadhan, dua kali tengok dah jadi bazaar raya pun ada, hahaha.. mungkin ni kali pertama aku jejak kan kaki kat sana, tahun lepas, aku tak tahu pun tentang kewujudan "pasar malam" depan sogo ni...


korang nak apa?? baju raya? kasut? beg tangan?? songkok? tudung?? semua ada.. rendang, ketupat, serunding pun dah mula jual dia sana... pasal biskut raya jangan cakap lah... bersepah2 orang jual.. bila pikir balik buat per nak beli biskut raya awal2, sat gi tak sempat makan masa raya dah habis..


Niat dihati nak gak tengok dan test2 baju kurung yang ada, tahun ni nak pakai kaler dark purple.. oke tak? tapi memandang kan manusia yang semakin ramai, sesak dan jem.. aku batal kan niat aku.. just beli, roti john, serunding, dan chicken chop (ooppsss..) terus balik... next week, i'll be back.. tunggu tau...

p/s : kalo korang nak jejalan cuci-cuci mata beli persiapan raya leh cuci2 mata gi sana

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan

pejam celik pejam celik, terasa masa semakin pantas.. rasa nyer macam baru semalam sambut birthday.. hehe ok itu tipu :P rasa nye tak terlambat untuk aku ucap selamat berpuasa buat kengkawan yang beragama islam... semoga puasa tahun ni lebih bermakna pada korang sume :)
hmm... macam tahun2 sudah, biskut raya jadi keutamaan buat semua menjelang raya nanti, begitu juga dengan aku sekeluarga. walaupun baru 3 hari kite berpuasa , Mama dah siap wat lists dah untuk buat biskut raya tahun ni... Sorry.. penempahan biskut raya tak da.. huhu..karang nak gi beli barang lah.. memandangkan esok aku cuti, jadi biar buat kerja semua sekali hari ni.. bak orang kata biar penat tu skali.. esok leh lah rehat kat umah.. :)

yang tak best tahun ni.. aku tak tempah mahupun book tailor untuk jahit baju raya ...sibuk giler dengan keja pending lama.. dah berpasang2 kain yang belum tempah since tahun lepas.. uuwaaa.. macam mana ya..jawab nyer tahun ni beli yang siap jelah kan... huhuhu...

sedih bangat...

Last week, sedara-sedara yang kecik kenonet ni, dah mula demand... katanya "kak wanie, raya tahu ni up kan duit raya, jangan nak kedekut cam raya tahun sudah" Ingat apa kite ni jutawan yang kaya tu ke, i ni jutawan miskin jer.. huhuu..ni laaa budak sekarang pandai benor nipu.. ok lah tu sorang dua hinggit ..korang tu kenit2 lagi mana boleh pegang duit banyak2. makruh hukum nya.. hahahaaha..

oklah.. ti sambung lagi... nak gi bersiap kuar :)

Khamis, 15 Julai 2010

MYVI color pink

Baru-baru ini,Produa lunch MYVI keluaran Limited Edition berwarna merah jamboo…Actually, kalo sekali tgk memang warne pink tapi sebenar nye dazzling red .Wah sangat teruja tengok MYVI baru ni,aduh tak sabar nya nak beli.. :)


nak tahu lebih lanjut leh tengok website PERODUA


Hati berkata : Agak-agak ajak lelaki naik kereta color pink ni diorang nak tak..? :P

Ahad, 11 Julai 2010

Terapi ikan (fish reflexology)


Perempuan dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkn sejak azali lagi.Kalau lelaki sekadar cukup mengenakan T-Shirt dan seluar pendek pun dah boleh keluar ke mana-mana sahaja… Tidak bagi seorang perempuan itu.. kena tengok baju dulu,kalau boleh .. habis dek almari diselongkarnya… bile dah pening nak pakai baju apa.. mule lah call encik boyfie,

“Lalink, today.. kita pakai baju color sama ya.. hmmm i choose color pink okeh”

Encik boyfie yang masa tu tengah minum, tersedak kemaen..,

“Eh, tak mahu lah warna pink, kalau hitam okeh.. ganas sikit”

“alaaaa.. u ni tak sayangkan i tau..warna pink kan cantik, hari tu u sendiri cakap dekat i kalau i pakai warne pink looks like barbie doll.. “

Jawab cik gurlfie yang mule nak merajuk

“ish, u ni .. malu lah i nanti kalo org kata i ni jamboo, boleh jatuh kan reputasi i tau”

“dah tu, u nak i ikut u warne hitam, tak mahu lah.. i ni kan lemah lembut org nya, takkan nak orang tengok i ni ganas, u jugak yang malu nanti.. n dah lah sekarang ni musim panas.. berpeluh i pakai warne hitam ,tak serap haba lagi.. eeiii namo..menci u…Menci!!! menci!!!!!!!!”

tambah cik gurlfie mula membebel..

Last2 decide same color tapi warna putih.. hehe… macam2 hal kn ..

*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。

okeh!

berbalik pada tajuk asal kan,rasa nya ada dikalangan korang pernah dengar atau pernah gi kat fish reflexology spa ..Kat KL ni banyak gak spa ikan ni.. sebagai contoh kat Central Market.Rasa nya, paling murah kot, dengan harga kos hanya RM5 untuk 10mint..tempat lain pun ada juga.. macam kat Pavilion, Times Square,mid Valley.. n lelain lagi..

untuk aku sendri, rasanya dah hampir 3 kali pergi.. dan pilihan tepat serta murah, kat mana lagi, Central Market(Pasar Seni). Selalunya,mesti kena cukup 30mint baru boleh balik, hahaha..

GARRARUFA ataupun lebih dikenali fish reflexology(doktor ikan). Ia berfungsi sebagai pemakan bagi sel-sel serta toksik pada badan manusia.. Selain boleh dijadikan sebagai treatment untuk kulit..Lebih kerap kita menggunakan ikan terapi ni, lebih cepat kulit kita cantik macam kulit chinese ladies :)

Masa sebelum aku menggunakan treatment ni, aku juga tak terkecuali mempunyai masalah kulit,macam banyak jerawat , ruam pada sekitar badan.. bila gi jumpa doktor,dia cakap hormon tak stabil.. :’(

Lepas try kaedah ni.. alhamdulillah.. jerawat serta ruam pada badan makin kurang, Serius, masa try buat.. sumpah geli, ye lah ikan tu macam gigit-gigit kaki ni.. hahaha.. tu baru yang jenis kecik, kalau ikan yang dah besar, agak nya sekali dia buat sedutan kat kaki ni, terus kuar toksik2 dalam badan ni kot.. hahaha

Fishes sucking foot

untuk yang first trial tu.. boleh try yang baby fish dulu… :)

P/S : selalu kalo gi dating asyik gi tengok wayang, shopping2, ngan lepak2 jer.. per kata try gi tempat gini.. Sungguh!! memang romantik.. :P

Ahad, 30 Mei 2010

Selamat Hari bapa :)



Bukan selalu menghabiskan masa bersama sekeluarga, disebabkan masing-msing mempunyai komitment sendiri, begitu juga dengan aku.




Ditambah pula dengan mood kurang baik mama sejak dua menjak ni, mahu tak nya, sejak ayah dah buka campany sendiri, dia asyik sibuk dengan kerjaya nya kesana sini, sampaikan urusan family pun jatuh ke tangan ku. Alasan ayah, nak cari duit untuk kami sekeluarga, kata ayah, "tak salah kan kalau along uruskan pembelajaran adik, sebab along kan anak sulung," . Ya.. aku tahu tu tanggungjawab ku.. tapi setiap kali planning untuk bercuti selalu terpakse ayah cancel kan, gara-gara mendapat panggilan urgent .rajukkan serta rungutan mama buatkan aku benar-benar rasa serba salah.."Sabar yer mama..jangan fikir bukan-bukan.. along tahu mama lebih mengenali suami mama seadanya berbanding dengan kami.. anak2 mama ni..." :'(

Walaupun sibuk dengan kerja dan pulang lewat ke rumah... soalan yang tak pernah lekang dari mulut ayah bila melangkah masuk ke rumah. "mana mama? dah tidur ke?"dari kecik sampai besar tu lh soalan yang akan terpacul dari mulut dia.. walau sibuk,ayah tak pernah lupa pada isteri tercinta :) "adik2 dah baca buku? cam mane dengan diaorang pergi sekolah atau tak?".. dua soalan itu adalah soalan wajib disoal olah ayah kekadang sengaja adik aku jawab sebelum ditanya.. hehe..

Cerita pertama

Teringat sewaktu aku menyambungkan pengajian diploma in IT di Kuantan. Dalam kelas tu, hanya aku yang tak mempunyai komputer riba mahupun PC.Ayah kata dia tak mampu untuk membelikan untuk aku memandangkan adik-adik ku masing-masing masih bersekolah dan lebih memerlukan duit. Aku akur sebab aku tahu, family aku bukan dikalangan orang senang.. Kalau waktu pengajian dulu, aku ada menerima loan MARA, tapi kalau dikira tolak mana lah cukup rm385 sebulan,dengan makan, duit photoshat mahupun print assignment (sekeping saja dah 50sen, tu baru 1 assignment, kalau banyk..paham2 je lah.. terpakse ikat perut.. huhu)Nah.. sekarang dah hampir 2 tahun aku menamatkan pengajian aku..dan sekarang aku dah bekerja untuk bantu family aku.

Cerita kedua

Masa tu bulan puasa, aku pula waktu tu berusia dalam lingkungan 15 tahun.... sepulang nya ayah dari umah nenek.. angin dia sangat tidak baik petang tu.. terus ngamuk2.. kami adik beradik terkedu menyaksikan perang mulut antara mama dan ayah..tak pernah aku tengok dioarang bergaduh sampai cam tu sekali.Takut giler waktu tu, tangisan adik-adik tak diendah kan mama dan ayah, aku pulak bawak adik-adik masuk ke bilik.. dengan alasan tak mahu diaorang ketakutan waktu tu..Punca pergaduhan.. sebab salah paham keluarga ayah dan ipar duai (macam dalam drama kat tv tu yang boleh porak perandakan keluarga.. :'( ). Sampai kan aku dengar mama jerit minta diceraikan.. ayah terus tepaku menangis lalu memeluk isterinya..dari sayup kami adik beradik dengar ayah meminta maaf.. ingat lagi ayah cakap kat mama "La.. maafkan abg, bukan niat abg nak marah dan menuduh Lela bukan2, abg keliru dengan keluarga abg atau pun isteri abg sendiri.. abg sayang kan la dan anak2 kita.. abg janji akan cari punca salah paham tu.. " ego-ego ayah pun, kalau dia lihat isteri tercinta menitis air mata, dia kalah terus..aku tahu mama tak salah.. tapi tu cerita lama.. yang penyebab punca pergaduhan tu ada datang ke rumah, mohon maaf, kerana memfitnah.. itu cerita lama, kini masing-masing dah berbaik-baik semula..

Cerita ketiga

satu kejadian telah berlaku, waktu tu, baru seminggu aku bekerja..tak salah aku tahun 2008.Kejadian tu berlaku masa kami sekeluarga ingin menuju ke kajang dimana tempat abg sedara aku akan melangsungkan perkahwinan.. tapi mungkin malang nasib kami sekeluarga, dompet ayah kena curi oleh orang yang tak dikenali sewaktu berada di dalam tandas.(kami berhenti di stesyen Petronas) korang bayang kan, tak cukup duit dalam dompet tu dicuri nya (adalah.. dalam RM400) malah dalam akaun dia pun turut dirompak, RM12k tu, . Pengurus kat situ macam tak bertanggungjawab langsung, @#$%^## betul... sakit hati aku ni..
2 bulan kami sekeluarga "ikat Perut", nasib baik lah, rezeki aku murah di tempat kerja baru ni.. dapat jugak membantu family, dan sekarang alhamdulillah... semua dah kembali normal.

buat si pencuri : tak selamat hidup ko nanti... satu hari nanti dapat lah balasan setimpal dgn per yang ko dah buat

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤



mungkin aku tak merasai apa yang ayah rasa sebagai ketua keluarga kerana aku sendiri belum berumah tangga.. ayah perahsia orang nya,ayah selalu cakap.. biar dia tak bertukar2 baju (beli baju baru) janji anak dan isteri dapat.. mana tak sebak... :'( Buat Ayah.. ingin ku ucap selamat hari bapa..Tak kira besar atau kecil jasamu pada keluarga kami hargai buat selama nya.. Sayang kat ayah !!!

Ahad, 23 Mei 2010

Shahir.. you are the best from the best :)



terpana + terkesima tengok konsert final AF8 semalam.. seronok betul dapat tengok student favorite i buat persembahan, sapa lagi kalau bukan shahir, sangat comel bukan :P kan besh kalau berada kat sana semalam, mesti dapat tonton dengan ribuan orang plus dapat rasa gegeran maxima semalam.

tak mahu komen banyak, tapi seronok tengok kesungguhan setiap pelajar buat persembahan. masa adira dan shahir nyanyi, meremang bulu roma aku ni hah bila dengar kelantangan suara mereka.. hehe.. Bangun je ari ahad ni.. aku open lappy.. n download lagu baru shahir.. besh wooo.. credit for person yang sudi kongsi kat 4shared.com. Berulang kali i dengar tau.. hehe..


Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

peserta yang lain macam adira, iwan, daus n maulana pun best gak.. tapi favorite shahir.. All the best for all of you (^__^)

kata hati : shahir ada berkenan kat i tapi i jual mahal dulu, sekarang menyesal... hahahaaa.. tipu sangat lah tu :p ok.. nak gi basuh baju tata..


Jumaat, 21 Mei 2010

bersawang dah belog ni..



agak lama aku meninggalkan "dia" .. siapakah "dia" ??? belog tercinta.. banyak keja yang mendatang plus masalah peribadi..I need wonderful vacation for my self ... entah bila pula kan.. :(

Baru2 ni aku dikejutkan dengab berita tergempar.. 'aisyah, anak kepada dua pensyarah aku semasa belajar di kuantan dahulu (Puan mai dan Encik Razif) telah kembali kerahmatullah...Salam takziah buat beliau sekeluarga..memang terkejut sangat2, kerana terkena jangkitan kuman pada peparu.. semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman.. aminn...

Ingat setahun yang lepas, sewaktu ke kuantan untuk ambik sijil2 masa diploma, sempat aku dan member aku ajak lecturer aku keluar untuk dinner.. masa tu 'aisyah n adik nye pun ikut sama.. sempat mengusik dia "macam mana muka 'aisyah waktu besar nanti kan, mesti comel macam ibu kan" berseloroh je dia cakap "nampak tak bulan tu?, muke echa cantik macam bulan.." gelak kami berderai masa tu.. sedih sangat2 sebab tak dapat tengok wajah dia membesar... :'(

'aisyah (baju color pink)

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Next month.. aku akan masuk hospital.. buat operation.. Sakit apa?? insya-Allah dah settle semua nye.. akan aku cerita kan.. sebab kang berderai lak air mata kat dpn laptop ni.. huhu..

mood --> teringin nak tengok cerita a nightmare on elm street, agak menyeram bukan.. hehe..