semalam saya teman kawan baik saya, Sarimah nama nya, dia kenalan saya sewaktu belajar dekat kuantan dulu.. lama tak jumpa, jadi bila jumpa semalam memang banyak benda yang dibualkan, Rasa happy sangat-sangat, walaupun kadang-kadang kami sering terserempak semasa berselisih di office tapi kami jarang berbual lama, maklum lah kerja yang sentiasa menghadkan perbualan antara kami. walaupun begitu, semalam benar-benar happy jumpa dia.
Kebetulan saya memang teman dia pergi bangunan MARA untuk membuat pengurangan bayaran, MARA memang bagus bukan sahaja membantu student bagi membuat pinjaman malahan dapat mengurangkan kadar bayaran mengikut CGPA student tersebut. TQ MARA..
saya tiba sejam lewat berbanding dengan waktu yang ditetap kan bukan sengaja tapi jalan dekat area Selayang sangat sesak, ada accident dan pembaiki jalan dibuat disana. tu yang lambat tu, tapi masa jumpa imah tak "tarik muka" pun.. fuhh lega hati.huhu.. (T__T). lepas pergi MARA kami pergi shopping brooch, sangat murah disana, saya menghabis kan dalam RM30 untuk benda itu, sangat cantik bukan?? saya kan pandai memilih, warna yang dipilih mesti lah color pink, Sebab pink membuatkan saya menawan, sungguh kan!! hehehe...
Selepas keluar masuk satu per satu kedai, sengaja saya membawa imah ke kedai buku, saya tahu dia amat meminati buku novel dan motivasi, Ya!! dan hari ini saya terpengaruh dengan nya, terpengaruh untuk membeli novel. Seingat saya, waktu belajar dulu dia yang memperkenalkan kepada budak-budak kelas IT, apa lagi kalau bukan "ayat-ayat cinta". sangat famous kan cerita tu waktu dulu?? hehe... Dan saya pula berkenan untuk membeli novel baru, bukan untuk menambah koleksi sahaja tau...Tajuk nya, BAGAIKAN PUTERI. tapi saya belum mula membaca nya, sebab mood itu belum tiba, apa pun membuatkan saya tertarik sebab sinopsis nya, saya cukup meminati sejarah, dan latar belakang nya memang berbentuk sejarah lama.
Sipnopsis
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
aduhai, si kenit dah datang menggangu, nanti saya tambah lagi cerita.. hehe......