Sabtu, 12 Disember 2009

Pengantin 3 Jam

Terpana aku bila membaca satu artikel kat paper semalam... ISTERI 3 JAM?? mula-mula tu.. macam nak marah, ingat kan pasal kes cerai berai.. tapi tafsiran tetiba melesat bila penampakkan sekeping gambar kereta remuk pada tengah2 artikel tu... Sumpah!! berderai air mata ni bila tengok, kaku renungan si isteri melihat sekujur tubuh diusung pergi, pergi yang tak mungkin akan kembali, begitu juga senyuman yang hanya tinggal sebagai kenangan abadi..
mangsa meninggal dunia kat tempat kejadian disebabkan kereta remuk di langgar sebuah bas, kereta berpusing lalu mengheret sehingga 10meter, bayangkan betapa sakit nya arwah2 tu, bukan tu sahaja, 4 mangsa meninggal dunia akibat kemalangan ngeri tersebut, ibu, ayah, pengatin lelaki dan adik nya meninggal sekelip mata. Yang lebih menghayat kan hati, pengantin lelaki baharu selesai akad nikah 3 jam yang lalu, kenduri yang sepatut nya berlangsung dengan meriah nya bertukar menjadi kenduri arwah,hanya 3 jam bergelar isteri...tiba-tiba menerima pukulan besar pada diri seeolah2 dipukul badai dan berlalu pergi...


Yang lebih tak tenteram, entah kenapa aku yang tak boleh tidur disebab kan artikel tu. Sedih.. Kesian.. hanya itu yang dapat aku ungkapkan dengan kata2.. terasa diri ni seolah2 si pengantin perempuan tu.. bohong lah kalau aku kata pada sesapa yang terbaca tu tak kan mengalir air mata. Sedang kan aku yang membaca hanya sepintas lalu tu pun dapat merasa setiap detik kejadian sampai ianya menusuk terus ke lubuk hati, Apatah lagi yang menerima yang mungkin pedih yang teramat dalam.

Terlalu awal rasa nya, dia pergi menemui pada YANG mencipta, tanpa meninggalkan sebarang pesanan terakhir lalu meninggalkan insan yang terlalu menyintainya.. -iaitu si isteri- . Mungkin itu semua sudah tersurat dari illahi,setiap yang hidup pasti akan kembali, seumpama daun yang merimbun menyerikan pokoknya, sampai masa ianya akan layu ketanah jua..
Semoga roh mereka ditempat kan dikalangan hamba2 mu yang beriman....
Amin.....

Tiada ulasan: