Ahad, 31 Januari 2010

lagu cinta pemes masa zaman remaja .. :P

Jarang sekali kite dengar kalau cinta pertama itu berakhir dengan perkahwinan. tapi jika ada.. tahniah diucapkan sebab korang jumpa yang benar-benar terbaek dalam hidup korang. Flash back maza zaman budak-budak dulu.. bila ingatkan balik mesti mencuitkan hati bukan.. hehe. Aku pun tak terkecuali bercinta mahupun jatuh cinta..seawal tingkatan 5 tu.eceh... :P notty kan. bukan nak belajar sungguh-sungguh untuk SPM :P tapi tu semua cerita lama, akhir nya putus ditengah jalan maklum lah kan "cinta monyet" huhuu (T__T)

teringat balik lagu jiwang yang pemes2 lewat 90-an dan awal 2000 . Aku ini suka lagu-lagu rock kapak dedulu... tak salah dulu, group artis remaja memang menjadi kegilaan budak-budak sekolah pada waktu itu, dan aku pun diantara mereka gak :P . contoh nya, Newboyz, Antz, Q-face, Boboy dan lelain lgik. Agak-agak kan cam mana lah diaorang sekarang?? saya ni minat benor dengan syuk dari group Newboyz tu... hikhik tapi dedulu lah... :P

Moh lah tengok balik lagu pemes diorang diwaktu kegemilangan masing-masing. Eceh...





Aku kureng cikit kempulan gitu tapi kalau aku lagu cinta cinton yang paling aku minat dulu.. ni hah.. X factor dan
britney spears...




Kata hati : dah besar rupanya aku ni.. hehe...

Khamis, 28 Januari 2010

kucing ku, Si Niner sudah tua.

Genap dah sebulan usia kucing-kucing aku kat rumah ni. Actually mama da tak mo dah kucing berada kat rumah ni. Korank paham kan tak lama lagik bile masing2 akan membesar. Akan ada lah yang akan wat taik lak kat umah ni.. huhu (T___T) dan aku akan ada keje baru iaitu jadi cleaner yang membersih kan najis2 ni… hiihi… tapi apa leh wat bile dah sayang kan tak kisah r… nanti kita ajar lah diaorang biyak n kencing kat tanah :P

Kalao korang nak tahu, baby meowww ni ada 7 ekor kesemua nya, 3 ekor datang dari “mama niner” dan 4 ekor lagik datang dari “nini”. Nini ni anak niner, baru usia 7 bln tapi ah “diperkosa “ oleh kucing jantan hitam jiran sebelah umah aku tu. Kejam bukanSebab sebelum nini di’mengandungkan” aku nampak 2,3 kali kucing sebelah heret nini keluar dari umah kiteorang. Bila masa aku nak halang saja. Ayah lak tak bagi. Dia kata biarkan lah kucing tu mengawan. Huhuhu. Tak baik tul. Sebab nini kecik benar waktu tu.

Tapi sekarang . ada 6 ekor saja yang tinggal. Mana lagik sekor. Okeh.Okeh nak story sikit

Kenapa ya ibu kucing akan bawak anak2 nya lari, an kalau boleh bawa larik kat tempat gelap even aku dah bagi tempat tinggal yang empuk untuk diaorang?????

Satu malam tu, masa adik bongsu aku (irfan) tidur, si niner ni gongong sekor-sekor anak dan cucu nye kebilik adik aku tu. Dia letakkan kan kt atas katil adik aku. Korang tahu lah kan budak-budak ni tidur memang teramat lah ganas nya. Entah macam mana, adik aku tidur entah macam mana posisi. Terhimpap anak kucing tu. Adik aku leh bantai tidur lena sampai lah dia sedar esok pagi yang tengok kecik tu tak sedar kan diri.

Aku nangis wey.. yelah kalau aku tak salah kucing tu baru 4 hari lahir. Dah mati. meraung adik aku. Mana ta nya, yang mati tu lah yang dia paling sayang, sebab lagil chumel antara yang lain. Huhu (T__T). kesian kat kucing tu. Tak sempat aku bubuh nama dan “kau pergi jua” speechless kejap. (T_T)

Apa pun yang lain ini akan aku jaga sebaik mungkin. Yang tak besh nye 6 ekor yang tinggal ni semua betina . jangan beritahu mama aku okeh. Karang dengan sangkar-sangkar ni dia minta kami bagi orang., sebab mama tak suka kucing.

Si niner, kucing pertama kami, kini dia dah berusia 2 tahun, sudah tua kan. bermakna kalu calculate umur dia dah 24 tahun . Mak aiii... hah tua dah kam0 yer yayang.

umur kucing

kucing aku ni tak ada lah segebu macam kucing-kucing kat bawah ini.

cute-cat-sleeping

Google image

Google image

kucing mucing aku ni pun sama macam tuan nya, suka bebenor amik gambar. hehe

yang si chumel dua ekor ni, abang-abang kepada si nini merangkap anak kepada niner. chumel kan.. hikhik

nak tengok mana nini dan mama dia.... tadaaaaa

~

~

~

yang tembam pipi tu "mama niner" atau nama sebenar dia "liner". aku sorang ker panggil "niner" sebab itu suka hati aku jer :P kami panggil dia "Liner" sebab tengok mata dia tu.. cantikkan ada liner lagik tu ... hikhik... Dan yang sebelah tu "nini"

dan ni heroin-heroin yang dilahir kan. aku tak amik gambar banyak sebab asik2 tido jer diaorang ni. muntil-muntil kan.. hehe

Scroll down... (•ิ_•ิ)

ni mesti keja syirah ni bubuh lady bird aku kat sangkar kucing ni

apa lah keje "momot" ni.. skodeng erk


nak kuar lah tu


aik.. hilang pulak..


nak memaen rupanya...


adik beradik dah bangun..

ni "mika" (reen yg bagi nama")
model baru "minyak cap kapak" hikhik
yang ni paling aku shayang...

Nak tahu tak. Kami kat rumah. Makan ikan tapi tak ada kepala ikan. Tak senunuh bukan.. (^__^) Kalau goreng tu memang awal-awal aku dah siang ikan ni tanpa ada kepala nya.. mana pergi kepala ikan tu??? Ni hah lah yang makan.. hikhik

Kata hati :- kadang kala ada nya haiwan peliharaan, boleh gak release tension dan kurang pikir kan masalah. Jadik tak dapat dating dengan boyfie pon tak apa meowww kan ada :P

wanita dan kecantikkan tak dapat dipisah kan...

Pompuan dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan,sebagaimana kita dengan technology yg terus berkembang pesat ni.Tak. Tak. Tak pompuan dengan shopping pun tak dapat dipisahkan... hikhik~~

Pejak celik-pejam celik usia terus meningkat tahun demi tahun.tahun ini, genap lah umur ku 23tahun, yaa aku sudah tau nampak nya, dan dah sesuai jadi bini orang kan hahaha.. Dulu budak comot plus gedempoll huhu.. sekarang tak lagik, tak mahu jadi macam dulu, orang pijak-pijak pala ni (kena buli) nope.. tak mungkin ada yang berani kenakan sekarang.

Masa untuk manja kan diri!!!!!!! Ya.. semalam aku pas balik dari meeting aku teman member aku wat facial muke padahal dalam hati nak try tapi takut, sebab kengkawan cakap diorang akan korek-korek muka kita ni.hahaha.. aku tahu muke ni banyak benar jewarat. Klo aku wat facial, agak2 kan 2 jam pun tak habis lagik kn,.. hihihi…

Punya lah lama kakak salon tu bagi explaination kat aku suh try jugak, sebab dia kata waktu umur gini dah sesuai benar untuk manja kan kulit, dia cakap nanti kalau nak kawin senang sebab kita dah biasa dengan benda-benda alah tu. Lama gak aku pikir, dan memandang kan aku tawar menawar dan akhir nye dia bagi kurang sebanyak RM40 . hah!! Aku just ambik basic facial saja. Just nak try, kalau bagus leh wat selalu.. hikhik :P

“Malini, please do it for me” kata kakak tu pada staff dia..

“Mak aaiii!!! Tak kan nak suh nyah ni wat muke aku” jerit hati kecik ku..

“I never want her, huhuhu” mencebik aku tanda tak setuju

“trust me… I boleh buat u jangan takut,” sekali tengok macam pompuan asli, tiba2 bila mata aku ni tertumpu kat leher dia rupanya ada halkum… cam ne tu cik kak.. tak mo deh… hehe..

nasib baik bukan dia yang kena buat kalo tak i balik terus ... huhuu.....

Terus terang masa buat tu, sakit gak muke ni, digodek-gogek dengan kuat nya…ditayang untuk buat stim, then massage . sampai cik ni tertido mana tak nya… diurut2 syok tul hikhik…

Proses pertama dia akan cuci muka kita ni, n then halakasn muka dekat tempat stim tul, sambil tu dia akan ambil alat penguntil jerawat, dan korek segala benda yang tak patut ada kat muka tu. Merah-merah muka aku ni, siap nangis lagik… tu yang tak tak boleh tahan tu.. hehe..

Dan siap semua tu. Dia wat massage kat muka, kekadang kalau kulit kita ni sensitive, Pas wat facial segala jerawat mawat akan keluar sekali banyak.. pada pandangan positif elok gak sebab ianya tak akan keluar lagik jerawat tu. Tapi yang perit nya.. huduh kejam r muka korang… huhu yang aku ni tak tahu r pulak.. huuhu..

Dan last step, dia akan cuci muka kita sekali, then wat massage.. cam gini..

Chewah, yang besh.. pas siap sume, I try tisu sebagaai bahan bukti kulit licin … lurut kejap jer tisu tu… hahaha… sengeh sorang2 bila wat aksi tu, ye lah kono r katakan bab2 ni… hehe… janji kat diri nanti aku nak buat 2 minggu sekali, dari duit habis beli baju, kali ni nak ubah arah untuk kecantikkan.... okeh kan, caya lah… hikhik…


Pas ni nak try ni pulak "gold facial treatment" :P

p/s : kena hati2 dengan produk kat luar sana, takut memberi impak pada kulit muke kalo salah pilih.. ingat tu… (^_^)

Ahad, 24 Januari 2010

Makan Janin bayi???????

Sangat kejam dan tak berhati perut!!!!!! Tu yang dapat aku katakan lepas tengok e-mail member aku hantar pagi tadi.

Apa ya nak beritahu yang sebenar nya???

Meh tengok picture-picture bawah ni dulu. tapi pada yang lemah semangat jangan tengok tau.. (T__T)

janin bayi??

apa dosa insan ini, sampai korang buat dia macam ni

masak kat air yang mendidih, kesian betul baby ni

Brief translation: Shocking news circulated in China .

A town in Canton is now on trend taking baby herbal soup to increase health and sexual
performance/stamina. The cost in China currency = approx $4000. A factory manager was interviewed and he testified that it is effective because he is a frequent customer.It is a delicacy whereby expensive herbs are added to boil the baby with chicken meat for 8 hours boiling/steaming. He pointed to his second wife next to him, who is 19 (he is 62), and testified that theyhave sex everyday..
After waiting for a co uple of weeks, he took this reporter to the restaurant when he was informed by restaurant Manager that the spare rib soup (local code for baby soup) was now available. This time, it was a couple who have 2 daughters and this 3rd one was confirmed to be daughter again. So the couple aborted the baby which was 5 months old. Those babies close to be born and die naturally costs 2000 in China currency. Those aborted ones cost a few hundreds in China Currency.
Those couples who did not want to sell dead babies, placentas can be accepted also for couple of hundreds. The reporter making comment that is this the problem arise from Chinese being taking too much attention in healt h or is the backfire when China introduced one child in a family policy (since majority prefers to have male babies and those poorer families need ended up selling their female babies.)

Ianya benar-benar berlaku kat China, bukan kat malaysia. tak sayang ke kat bayi yang nak lahir kat dunia ni, tengok pun dah lengkap bentuk manusia, ada tangan, kaki, badan muka hidung...

tak ada benda lain ker yang dioarang ni nak makan, Memang benar lah dunia ini nak kiamat. sedey aku bila tengok gambar-gambar ni. takkan tak ada herba dan ramuan lain untuk kesihatan.. entah lah... (T___T)

Sabtu, 23 Januari 2010

Sesi bergambar bersama si kenit di hujung minggu..

Bangun pagi, tahu-tahu si kenit syirah datang kat rumah, mana mak dan ayah dia? Mesti lah ke sekolah.. because nak urus kan budak-budak darjah 6 terlibat dengan aktiviti motivasi.

Mula-mula my mom tak bagi adik saya pergi sekolah memandang kan sekarang ini banyak betul kes kematian budak-budak semasa melakukan aktiviti mahupun motivasi sekolah. Sebagai contoh jambatan runtuh kat perak tu…Sebelum pergi motivasi tu yangdiadakan di Ulu Yam, guru besar sekolah adeq saya call untuk mintak kebenaran dasyat tu pujuk rayu memandang kan haya 2 rang pelajar tahun 6 yang tak ikut. Huhu…Akhir nya mak saya akur.

Pagi-pagi dah kena layan kerenah dia, dia suruh kita ambik gambar dia, dan dia nak posing... nyampah.... ngada-ngada je erk... hehe...

apa-apa pun meh lah layan sesi photo shoot dengan si momot ni...... :P

Ni lak cara dia mengajar kita untuk memakai cermin mata dan bergambar…

Sooooo… sweet………


"Mula-mula setting tepon ni, kena ada flash tau"


"pas tu pakai cermin mata macam ni jangan bagi kena hidung tau, T tumbuh jilawat" :P


"wat muka chumel2, supaya ramai jatuh hati"


"auuww chakkk.. dah bersedia untuk posing... hehe"


"bila dah siap bergambar.. tengok lah hasil nyer... "



bila dia dah penat bergambar tahu-tahu tido pulak dia ni.... chumel jer.... (^_^)

dah-dah wanie, mama suh pergi masak... (T_T)

Rabu, 20 Januari 2010

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Speechless saja minggu ni.. boleh tak tukar mood macam tukar channel kat TV tu?? Okey. Okey..

Petang tadi masa duduk kat dalam train, teringat kejap masa zaman kechik-kechik. Masa yang amat nakal. Hikhik… rasa nak tergelak sorang-sorang pun ada. Tu pun adik aku dah perasaan yang aku ni senyum sorang2.

“kebenda ko ni along, ko demam erk. Sengeh macam kera busuk sorang2… hah!! Aku tahu ko ingat boypren ko yeeee”

“Diam lah ko hilang kan mood aku bersama doreamon je tadik”

hahaha tipu jer bila masa aku ingat doremon dikala kepenatan ni menjelma ditambah pula dengan bauan bangla-bangla yang mengangkat ketiak sambil memegang tiang kat dalam train tu… huhuhu… tak. Tak. Bukan benda lain yang aku mengelamun.

Sebenar nya aku teringat kan kisah lucu masa kechik-kechik. Masa kechik aku tinggal dengan atuk dan nenek memandang kan aku ni cucu mereka yang pertama. Atuk yang request kat mama dengan ayah. Aku just balik rumah pada sabtu dan ahad je.

Aku punya kampong tak jauh macam korang yang terpaksa beli tiket penerbangan lah, naik bus lah. Dan aku lak?? Balik tak sampai sejam pun.. hikhik.. mana tak nya aku nya dua-dua atuk dan nenek tinggal kat KL, sorang area Cheras (Bandar Tun Razak) dan yang sorang lagi kat area Taman melawati. Dekat bukan (^_^)

Aduh terbeliy mukadimah pulak.

Okey. Okey. Nak story sikit kisah lucu masa kanak-kanak yang masih mentah dah suka bertanya.Kiut sangat-sangat

Jom baca perbualan chumel antara neneh pah dan cucunya ni.. hehe

BAB 1

“Nenek… Nenek.. sapa perempuan tua tu, wanie takut lah” tanya aku sambil berlari macam nak nangis kearah nenek yang sedang membuat minuman.

masa tu baru balik dari sekolah tadika.atuk yang ambik

“Dia ambik Barbie doll wanie”

“Ada hantu ke??” nenek memang suka mengusik.

“oooo.. ni unyang” tambah nenek memperkenalkan.

(unyang tu panggilan untuk moyangku (^_^))

“kenapa unyang tak gosok gigi. Kuning je gigi nya, takut wanie..” tanya aku mencebik.

Sebenar nya aku tak puas hati sebab unyang rampas permainan Barbie doll aku dan bagi kat cucu kesayangan dia. (T_T)

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Google

“gigi emas tu apa? Berkilat je? Tak cantik betul” mulut aku masa kechik memang laser. Tapi budak-budak kan, mana pandai tipu. Huhu.. unyang aku pandang semacam je dari tadik.

“orang yang pakai gigi emas tu orang kaya-kaya je tau.” Tambah nenek macam malas jer nak jawab.

“nek.. kalau wanie nak beli anak patung baru, wanie ambik gigi unyang dan jual boleh dapat tak anak patung tu”

“$%$^@#% ?????????????????????????”

Tiba-tiba atuk datang buatkan kami berdua terhenti.

Aku pun tak ingat pe nenek cakap lepas tu, yang aku tengok dia macam memikir kan jawapan untuk soalan aku tu.hahahahahaha nakal kan.

BAB 2

Kalau korang nak tahu. Unyang aku ni garang sangat-sangat. Jangan kan menjawab guna perkataan “AH, EH, KEJAP “semua tak boleh tau.kalau tak ..tengok lah berbirat lah kat badan dan mulut kome masing-masing. Tapi aku tak pernah pun kena. Takut gilerr habis kulit ini nanti.. hikhik.

Meh aku mula kan cerita ~~~~

Suatu petang yang indah. Unyang ajak nenek dan mama ku pergi teman dia ke kotaraya KL.Kejadian ini diceritakan balik oleh nenek ku yang comel ni, hmmm dia cakap kalau tak salah tahun 90an .Masa tu mama baru lepas tamat belajar dan tak kawin lagik dengan ayah aku.

Ok.Ok sambung balik.

Dia minta teman pergi tengok anak bongsu unyang aku ni yang kabar nya kerja dekat hotel terkemuka pada waktu tu(entah lah betul ke tak.. hehe)

Unyang tak mahu nya naik bus turun bus. Kata nya tak standard.. huhuu.. jadi diaorang pergi dengan naik teksi. (dasyat kn )

Mula-mula round kat KL maklum lah unyang tinggal kat kampong, anak-anak nya semua dok KL jadi teruja sampai tak ingat arah tujuan sebenar.

“Cik Puan nak pergi mana, dari tadik saya tak tahu nak berhenti dimana”

“cuba kau tengok alamat ini, tak Nampak sanggat aku” jawab unyang sambil menunjuk sekeping kertas yang dah comot gara-gara tertumpah air kopi masa nak keluar rumah.

“saya tak Nampak tulisan kembang”

“Bodo betul lah kau ni, patut lah jadik draiba (driver) “ Marah unyang

confident jer unyang aku ini.Mama dan nenek aku tak berani nak kata apa-apa tak pasal-pasal kene pelangkong pulak… huhuhu

“Ala… apa ini dia tulis….errr…………..

“TELUK PENYU…..”

“@#$$%$$#@@?????????????????? Mana ada kat KL ni TELUK PENYU mak cik… konpius saya“ jawab pakcik teksi tu.

Google

Mama dan nenek duduk kat belakang tu aku tahu mesti nak gelak tapi tahan kan.. hahahaaha…

“Menda nya betul lah aku tengok ni.. aku belum buta lagi tau” angin dah unyang .

“Meh saya tengok kertas tu”, jawab mama.

“Nek….. ni bukan TELUK PENYU nek… tapi……………..

“LORD OF NEW”

Hah!!!!! Sapa yang salah sebenar nya.hehehehe………….. :P



Isnin, 18 Januari 2010

Suka mengarah?? diarah?? terarah atau tak tentu arah??

tarik nafas panjang ~~~
Fuhhh~~~

cute Pictures, Images and Photos

Tak tahu semenjak dua ni asyik nak marah orang jer, haisshhh... nak datang bulan ker apa saya ni... Sila abaikan perasaan anda di luar ok. Baek...

Semalam dapat warning from HR sebab nya saya menggunakan printer dan print out mobile phonebill tanpa kebenaran kata nya. Actually saya nak print out from 21st floor kat department saya, entah macam mana silap setting, tunggu punya tunggu tapi kertas tu tak mahu keluar-keluar.

"Ceh... tak guna punya printer", marah dalam hati
" tak apalah nanti hari rabu baru print out n pass to my boss minta dia sign", tambah saya dalam hati lagi.

Saya terus kemas-kemas barang dan bungkus laptop sebab dapat invitation kena pergi meeting kat telekom tapi entah macam mana berdetap hati ini seolah-olah ada yang tak kena sahaja. kenapa ya.. uhuuhuhu... mungkin perasaan kot malas nak ingat sangat..

Habis meeting awal, saya tak terus balik dekat office Taman Tun tapi terus balik rumah. Balik tu buka laptop kot-kot ada kerja perlu diselesai kan.. but OMG... i got warning from HR person... atas kesalahan menggunakan printer bukan tujuan kerja... Speechless kejap (T__T) orang lain guna boleh i guna tak boleh yaaa.. Merajuk tak mahu dah guna lagi.. Janji~~ (T__T) Okey.Okey cukup . tak sangka kertas tu keluar kat 19 floor... huhuhu... sedey..(T__T)

Just refresh benda yang yang berlaku minggu lepas, meeting yang sepatut nya berjalah pada pukul 3 petang tapi kelewatan atas sebab masing-masing datang lambat. but I tak pernah lewat tau. sebelum timing yang sepatutnya i dah duduk dulu tanpa dipelawa. hikhik... pukul 3:45 pm baru bermula, saya pun tak tahu kenapa masing-masing yang join meeting tu panas baran. adeh... dia suruh dia. dia merngarah dia untuk buat presentation. entah lah. but saya diam saja. tak mahu keruh kan keadaan. tiba-tiba terpacul satu statement dasyat seolah olah mengarah dari mulut salah seorang ni.


"I dah instruct u untuk buat benda ni"
"Sorry ok, I'm not your staff, buat apa i buat kerja yang bukan i yang kene buat" tambah satu suara seakan marah tapi pandang muka saya.

OMG... jangan pandang saya macam tu, bukan saya yang kata menda tu. Balik kang. Just kick off meeting. jangan emo sangat. dah habis masing masing balik okeh. (T__T)

Memang semua orang tak suka diarah. tapi kalau mengarah entah lah...Boss saya selalu cakap.

"wanie u ni baik sangat lah sebab tu semua orang berani buli u.
mengarah u buat kerja sedang kan itu ukan kerja u. "

Diorang kalau menyuruh bukan main lagi "wanie tolong i" wanie buat tu" "wanie buat ni" saya tahu kekadang saya ni terlalu overdose bila buat kerja tak membantah tanpa ambil tahu skop kerja sendiri yang macam mana tapi sekarang tak boleh macam tu. kekadang saya benar-benar tertekan. nampak sangat ada sahaja muka -muka yang nak membuli. Benci sungguh. nasib baik boss saya baik hati tak pernah pun buat macam tak macam tu. orang lain buli staff anda sampai rasa kepala ni dipijak-pijak.. Adeh.

Lepas ini nak jadi garang boleh????? Just tegakkan keadilan pada benda yang benar sahaja.

Sabtu, 16 Januari 2010

Contest "Serlahkan dirimu"

semalam saya baca 2 kali link from pinkypwincess,cik pinky ajak join contest "Serlahkan Dirimu". Menarik bukan.. 4 kali saya blogwalking kat blog beliau.. hehe dasyat tu, sebenar nya teragak-agak nak join.. maklum lah tak ada gambar peribadi yang menarik perhatian untuk dijadikan pertandingan.. waduh.. skema ke ayat..


Layak ke saya join erk... hehe.. ish.. apa ni cik wanie tak baik cam tu.. semua layak bukan.. akhir nya saya tewas, dan terus menjadi follower beliau, tak sangka i yg ke #100 macam petanda baik je.. hahaha...dis is my first contest .. tak mengharap kan pun totally menang but kalo menang ape salah nya.. hehe..

saya tertarik dengan produck ini.. ampoules ingin tau sila klik sini

meh saya baca kan syarat-syarat nya di petik dari blog beliau (^_^) :-

1. terbuka sesiapa sahaja yang ade blog sendiri.

2.Letakkan contest banner berikut di sidebar blog anda dan banner tersebut tersebut mestilah link ke kepada blog cik pinky pwincess ini (klu xde link, penyertaan anda dianggap tidak lengkap syarat ye)



3. sila letakkan blog cik pinkypwincess di bloglist anda

4. WAJIB jadi follower sy agar anda tidak terlepas daripada mengetahui siapa pemenang contest ini kelak.. ;)

5. Buat entri mengenai contest ini dgn tajuk "cOntesT sErLaHkAn DiRiMu" ....Didalam entri anda juga perlu ada backlink ke blog saye ini

6. Letakkan gambar individu anda yg mane anda rase anda kelihatan menyerlah didalam gambar itu..xkisahlah gmbr close up muke je ke, half body ke, full body ke..yg penting pic itu adalah diri anda sendiri.

7. Nyatakan ape masalah kulit anda atau pun ape yg anda inginkan untuk kulit wajah anda..contoh nye masalah jerawat, masalah kulit berminyak, masalah kulit kering ..pigmentation,nk mencerahkan kulit, nk kecikkan liang pori2, nk menegangkan kulit muke dan ape2 sajelah. ini penting supaya sy tahu ape yg sesuai untuk kulit anda apabila pemberian hadiah kelak sekiranya anda berjaya.

8. Di dlm entri anda sila nyatakan anda mengetahui contest ini dari blog siapa.

9.Sila tinggalkan URL contest anda di ruangan komen pada entri ini.(sekiranya letak url di komen pada ruangan entri yg laen, penyertaan anda tidak akn diterima.) dats it!

Tarikh tutup :15-02-2010

dan ini picture yang di pertaruhkan.. (^_^)



Kalau bicara tentang maslah kulit berminyak, jerawat tu perkara biasa kan tiap-tiap bulan dan tiap-tiap bulan dan kalau boleh nak kecikkan liang pori-pori dan menegangkan kulit..

check jap dah penuhi syarat lum
  1. ada blog sendiri ( memang ada pon)
  2. contest banner ( pon dah ada kat left side)
  3. masuk kan pinkypwincess dalam blog list ( dah ini bukti nya..)
  4. follower?? dah jugak...
  5. buat entri?? (yup.. ni lah dia...(^_^)
  6. gambar dan masalah kulit seperti diatas...
Rasa nya semua dah lengkap... doakan kejayaan saya... ahakzzz aminnnn...
sekian...