Rabu, 20 Januari 2010

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Speechless saja minggu ni.. boleh tak tukar mood macam tukar channel kat TV tu?? Okey. Okey..

Petang tadi masa duduk kat dalam train, teringat kejap masa zaman kechik-kechik. Masa yang amat nakal. Hikhik… rasa nak tergelak sorang-sorang pun ada. Tu pun adik aku dah perasaan yang aku ni senyum sorang2.

“kebenda ko ni along, ko demam erk. Sengeh macam kera busuk sorang2… hah!! Aku tahu ko ingat boypren ko yeeee”

“Diam lah ko hilang kan mood aku bersama doreamon je tadik”

hahaha tipu jer bila masa aku ingat doremon dikala kepenatan ni menjelma ditambah pula dengan bauan bangla-bangla yang mengangkat ketiak sambil memegang tiang kat dalam train tu… huhuhu… tak. Tak. Bukan benda lain yang aku mengelamun.

Sebenar nya aku teringat kan kisah lucu masa kechik-kechik. Masa kechik aku tinggal dengan atuk dan nenek memandang kan aku ni cucu mereka yang pertama. Atuk yang request kat mama dengan ayah. Aku just balik rumah pada sabtu dan ahad je.

Aku punya kampong tak jauh macam korang yang terpaksa beli tiket penerbangan lah, naik bus lah. Dan aku lak?? Balik tak sampai sejam pun.. hikhik.. mana tak nya aku nya dua-dua atuk dan nenek tinggal kat KL, sorang area Cheras (Bandar Tun Razak) dan yang sorang lagi kat area Taman melawati. Dekat bukan (^_^)

Aduh terbeliy mukadimah pulak.

Okey. Okey. Nak story sikit kisah lucu masa kanak-kanak yang masih mentah dah suka bertanya.Kiut sangat-sangat

Jom baca perbualan chumel antara neneh pah dan cucunya ni.. hehe

BAB 1

“Nenek… Nenek.. sapa perempuan tua tu, wanie takut lah” tanya aku sambil berlari macam nak nangis kearah nenek yang sedang membuat minuman.

masa tu baru balik dari sekolah tadika.atuk yang ambik

“Dia ambik Barbie doll wanie”

“Ada hantu ke??” nenek memang suka mengusik.

“oooo.. ni unyang” tambah nenek memperkenalkan.

(unyang tu panggilan untuk moyangku (^_^))

“kenapa unyang tak gosok gigi. Kuning je gigi nya, takut wanie..” tanya aku mencebik.

Sebenar nya aku tak puas hati sebab unyang rampas permainan Barbie doll aku dan bagi kat cucu kesayangan dia. (T_T)

“sayang tu bukan gigi kuning disebabkan tak gosok gigi.. tapi itu gigi emas”

Google

“gigi emas tu apa? Berkilat je? Tak cantik betul” mulut aku masa kechik memang laser. Tapi budak-budak kan, mana pandai tipu. Huhu.. unyang aku pandang semacam je dari tadik.

“orang yang pakai gigi emas tu orang kaya-kaya je tau.” Tambah nenek macam malas jer nak jawab.

“nek.. kalau wanie nak beli anak patung baru, wanie ambik gigi unyang dan jual boleh dapat tak anak patung tu”

“$%$^@#% ?????????????????????????”

Tiba-tiba atuk datang buatkan kami berdua terhenti.

Aku pun tak ingat pe nenek cakap lepas tu, yang aku tengok dia macam memikir kan jawapan untuk soalan aku tu.hahahahahaha nakal kan.

BAB 2

Kalau korang nak tahu. Unyang aku ni garang sangat-sangat. Jangan kan menjawab guna perkataan “AH, EH, KEJAP “semua tak boleh tau.kalau tak ..tengok lah berbirat lah kat badan dan mulut kome masing-masing. Tapi aku tak pernah pun kena. Takut gilerr habis kulit ini nanti.. hikhik.

Meh aku mula kan cerita ~~~~

Suatu petang yang indah. Unyang ajak nenek dan mama ku pergi teman dia ke kotaraya KL.Kejadian ini diceritakan balik oleh nenek ku yang comel ni, hmmm dia cakap kalau tak salah tahun 90an .Masa tu mama baru lepas tamat belajar dan tak kawin lagik dengan ayah aku.

Ok.Ok sambung balik.

Dia minta teman pergi tengok anak bongsu unyang aku ni yang kabar nya kerja dekat hotel terkemuka pada waktu tu(entah lah betul ke tak.. hehe)

Unyang tak mahu nya naik bus turun bus. Kata nya tak standard.. huhuu.. jadi diaorang pergi dengan naik teksi. (dasyat kn )

Mula-mula round kat KL maklum lah unyang tinggal kat kampong, anak-anak nya semua dok KL jadi teruja sampai tak ingat arah tujuan sebenar.

“Cik Puan nak pergi mana, dari tadik saya tak tahu nak berhenti dimana”

“cuba kau tengok alamat ini, tak Nampak sanggat aku” jawab unyang sambil menunjuk sekeping kertas yang dah comot gara-gara tertumpah air kopi masa nak keluar rumah.

“saya tak Nampak tulisan kembang”

“Bodo betul lah kau ni, patut lah jadik draiba (driver) “ Marah unyang

confident jer unyang aku ini.Mama dan nenek aku tak berani nak kata apa-apa tak pasal-pasal kene pelangkong pulak… huhuhu

“Ala… apa ini dia tulis….errr…………..

“TELUK PENYU…..”

“@#$$%$$#@@?????????????????? Mana ada kat KL ni TELUK PENYU mak cik… konpius saya“ jawab pakcik teksi tu.

Google

Mama dan nenek duduk kat belakang tu aku tahu mesti nak gelak tapi tahan kan.. hahahaaha…

“Menda nya betul lah aku tengok ni.. aku belum buta lagi tau” angin dah unyang .

“Meh saya tengok kertas tu”, jawab mama.

“Nek….. ni bukan TELUK PENYU nek… tapi……………..

“LORD OF NEW”

Hah!!!!! Sapa yang salah sebenar nya.hehehehe………….. :P



5 ulasan:

Aidi-Safuan berkata...

huhu...cam KERA busuk tuh camne erk?
tak tau la plak. cam kerang busuk tau la. :p

wanie™ ◕‿◕。ღ berkata...

ni tukaq ayat sikit tu... hikhik...

ejaa berkata...

hahahah terkejut tgk gg emassssss

erin myth berkata...

tu ke gg emas unyang wanie tu?

wanie™ ◕‿◕。ღ berkata...

#ejaa : hehe... kan dulu femes gg mas kn...

#reen : unyang org dah meningga; mse raya ari tu.. tu bkn dia.. huhu