Rabu, 13 Januari 2010

bungamu kini dipetik orang

Semalam saya dapat kad kahwin dari office mate, siapa ya? mesti lah cik cucimata kita ni, next month dah jadi cik puan dan kan reen tak leh join dengan level cik lagi macam kita ni.. hehe. Saya dengan berkhemah nya ingin bekerja keras untuk menurunkan berat badan ni balik tak mahu berada dalam keadaan yang sama sahaja kan,yelah nak tempah baju untuk pergi wedding tu, mesti kene cun.. bagi semua mata melilau melihat diri ku ini.. hahaha..

Actually, Semalam saya balik seawal 4:30pm dari office disebabkan mendapat panggilan hanggit dari mama dirumah yang berbunyi macam ni.
"along nak balik pukul berapa ni, kata pergi office kejap sahaja, ni dah pukul berapa, tipu yaa"
uwwwaaaaa nak nangis ku rasa bila my mom tuduh saya ni penipu... tahan sahaja bila dengar itu semua
" Kenapa ye mama, along ada kerja nak disiapkan sikit ini, karang along balik, ke mama nak pesan apa-apa?
"tak ada apa.. syirah ni hah asyik sebut nama ko je ni.. bila cakap along pergi kerja dia menangis bagai ayam tercabut ekor "
ish... biar betul statement tu, "bagai ayam tercabut ekor" ganas tul ayat tu hahahaha.. dari riuh rendah kat belakang tu terselit bunyi kucing ku mengiau, kedengaran lagi suara si kenit menangis dan merengek seakan-akan merayu memanggil kakakmu bukan kakakmu ini untuk pulang ke rumah,
"ayong alik.. pat aaaaa "
Tersentap sekejap bila dengar suara halus dia, sumpah hati ini tak sabar untuk pulang, walaupun dia bukan adik saya, tapi saya dah anggap dia antara teman yang paling rapat kalau berada dirumah
"Rin orang nak balik dulu tau..." Tiba-tiba suara saya memecah kedengaran di office
" wanie nak balik dah?? okey.." Tambah Rin
Tanpa berlengah saya pun membuat penghabisan kerja sebelum keluar dari Annexe, dua kali saya ketempat duduk tersebut untuk pasti kan semua barang dibawa keluar tanpa tinggal kan satu pun, lain lah kalau saya tinggalkan jejak kaki ni, mesti berkesan kan, hehehe.. berdetap dalam hati ini, "bila lah aku akan masuk kat office ni lagi kan, ye lah Rin this week last kerja kat sini, mungkin selepas ini agak sukar kaki ku melangkah ke sini lagi" Sebak sekejap tapi still kontrol muka ni kalau tak hilang chumel nya, hahahaha.. ngada-ngada jap :P

Tapi, ini bukan cerita yang ingin saya sampaikan, kalau bab melalut sangat cepat dari mendapat kan informasi dari internet. hehe..panjang sungguh kalau mukadimah nya,

Berbalik pada cerita asal, sesampai nya saya di lif, saya pun menekan butang untuk turun ke tingkat bawah, tiba-tiba kalut sekejap handphone tak ada dekat tangan ni. Lantas saya turun kan beg laptop ini tanpa menyedari yang pintu lif dah lama terbuka, cepat-cepat saya masuk.
"Ting" bunyi loceng lif tu apabila sampai ke tingkat 14, Seorang lelaki bertubuh tegap memasuki diruang lif ini, muka nya kemerahan hendak dikata sedang marah, entah ah tak mahu ambil tau wajah nya menampak kan sedang resah, orang nya biasa sahaja tapi tinggi, berkulit cerah usia anggaran lingkungan 20an tapi tidak menarik perhatian pandangan mata ni untuk melihat lebih lama. hahaha jahat betul mata ni, hanya memilih kecantikkan duniawi sahaja untuk melihat kan.. hyaipp apalah wanie ni...
tersentak saya bila lelaki itu tiba-tiba bersuara
"Awak nak turun mana, kenapa tak tekan butang, karang sampai malam pun tak kan sampai"
Sekali lagi saya dah buat salah sebab lif tu tak bergerak, sambil cakap dalam hati
"Eh mamat ni perli aku pulak" kata saya dalam hati
"ha'ah kan lupa pula, patut tak nampak color merah kat G ni" kata saya sambil memandang wajah dia
saya nampak dia tersenyum sambil tunduk memnadang lantai lif itu, Saya terdengar dia tersedu. Mulut saya ni pula gatal nak bertanya.
"kenapa awak menangis? kena marah dengan boss ya?? ala.. biasa lah tu kan kalau tak berkenan dihati boss akan kena marah" tanya saya dengan panjang nya.
"Bukan pasal tu.. " Jawab nya
"dah tu kenapa" tanya ku seakan mendesak
"Makwe saya nak kahwin dengan lelaki lain, ni kad kahwin nya" jawab nya sambil menunjuk sekeping kad kawin berwarna peach di hadapan saya.
Saya hanya melihat dari jauh tanpa memegang nya..nampak dia macam menahan kesedihan lalu dia menyambung lagi ayat dia
"kami dah 3 tahun bercinta, sampai hati dia buat macam ni kat saya, dia minta putus dengan mudah atas alasan kami tak lagi sehaluan.. rupa-rupa nya.."
dia tak dapat menahan kesedihan dan kebetulan pula kami dah tiba di tempat yang mutlak, tapi saya nak lagi tahu cerita.
"kad ni pun saya dapat dari kawan baik dia.. saya benci sungguh perempuan, maaf yer awak saya ada hal ni, maaf cerita kan benda ni" tambah dia meninggal kan saya terpinga keseorangan
Dah tu saya ni bukan perempuan ke?? don't simply cakap macam tu, tak semua perempuan sedemikan rupa, yang lelaki pun lebih kurang apa... Muka kita ini tak dapat di ubah tapi hati tu cukup senang berubah,kalau ada yang lebih didepan mata yang lama dibuang begitu sahaja.Sedangkan yang sudah kahwin pun boleh bercerai ini kan pula yang belum mendirikan rumah tangga kan.kalau dilihat sekarang tak mustahil perempuan zaman ini lebih melihat pada kebendaan, sebab bagi mereka tanpa wang cinta tu tak ada makna, lain lah kalau dahulu,"Susah sama susah senang sama senang " sekarang kiasan itu semua hanya lah sekadar omongan biasa. Dah biasa dengar cerita bercinta dengan orang lain, berkasih dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin pun dengan orang lain kan, tapi saya ini tak termasuk dalam golongan itu yaaa...

Buat jejaka lif tu, Sabar ya.. bukan dia jodoh awak, kalau awak kejar dia sampai mati pun kalau dihati dia ada nama lelaki lain pun tak guna bukan..Anggap lah semua yang berlaku itu ada hikmah nya semoga berjumpa yang lebih baik dan sempurna dari gadis itu......

Tiada ulasan: